Sunday, 16 February 2014

perlu ke like dan follow bagai?

assalamualaikum..

perlu ke like dan follow bagai?
hari ni aku nak berceloteh pasal facebook page n blog.hahaha. menjawab persoalan aku sendiri. perlu ke nak like page orang dan follow blog orang bagai? jawapan aku untuk soalan aku (sendiri soal sendiri jawab la) memang perlu! titik!hihihi.



like page facebook
dulu aku agak kerek nak layan orang invite suh like page bagai. sungguh bosan bila orang suh like benda yang kita tak 'like'. rasa macam ni paksa untuk suka benda yang tak di suka. tapi masa berganti masa, detik berganti detik (cewah!) sejak aku buat bisnes ni. aku mula alert ngan kepentingan like page ni. bukan kalo dulu rasa macam buang masa, sekarang aku like page kawan-kawan sebagai tanda sokongan aku. moga mereka lebih bersemangat untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga. cuma yang aku tak like page yang tak bagi manfaat or page yang merepek je.hehe. sekadar like. tak salah bukan?hihihi. orang eppy n bersemangat. aku pun tumpang eppy.


follow blog
aku ni kadang-kadang tak ada masa nak blogwalking. ade pun seciput dua masa aku pi follow blog orang je. kadang-kadang luangkan baca entry-entry dorang yang bermanfaat. kenapa aku follow?hihihi. walopun aku jarang nak involve ngan hal-hal blogging, macam 'i follow u, u follow me back' atau 'giveaway' yang memerlukan kita follow blog orang tu. tapi kadang-kadang aku suka follow blog orang.hehe. pada blog yang info best tuh aku follow untuk dapatkan info n ilmu. pada yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging tuh aku follow sebagai sokongan untuk dorang teruskan berblogging dan teruskan memberi manfaat pada umum. 
pada yang follow blog aku plak aku follow gak, sebagai tanda terima kasih n sokongan aku ugak. tapi sedih kadang-kadang kat profile korang, tak letak link blog korang.camne aku nak follow.hehe. cuma blog yang bagi info tak baik je aku tak follow.maaf ye korang. aku tak nak sokong industri blogging yang tak bagus macam tulis entry lucah etc. aku harap kita tak tambahkan benda sampah kat tenet ni. cukup la benda-benda tak baik yang orang dah lambakkan kat tenet.hehe.

ukhuwah di alam maya
dari follow blog, like page fb, aku dapat kenal rapat ngan member-member aku. banyak ugak kenalan aku kenai melalui blog hingglah bawa ke fb (senang sket nak sembang kencang kat chat). tapi yang aku sedih kekadang tuh. kengkawan yang ajak like page or suh follow blog. lepas tu diam seribu bahasa n tak de dah contact-contact or gebang kencang sembang ngan aku. macam perhubungan terhenti kat situ. aku kadang-kadang ingatkan diri aku ugak, jangan like or follow hanya untuk kepentingan diri sendiri. tapi kembangkanlah ia menjadi ukhuwah sesama sahabat. mungkin boleh tambahkan jaringan (network la) kengkawan. ye dok? boleh la bajet-bajet pemes.hahaha. (eh, ni aku gurau je.kihkihkih) aku kadang-kadang tak sangka gak dunia blogging aku sampai ke tahap ni. boleh jumpa ramai kawan n jumpa bisnes gak melalui blog. dulu ingat berblogging nak lepas tensen jerk.hahaha. aku harap, penulisan aku kat sini boleh bagi manfaat kat sesiapa. sungguhpun entry aku hanyalah bagaikan melukut di tepi gantang.eceh!

syarat like page
hahaha.macam bagus je bagi syarat bagai.ngehngehngeh. bukan syarat mane pun. aku cuma nak menyenangkan korang je.haha. untuk senang aku like page korang sini aku bagi senarai tips (syarat tuh macam bajet melampau bagus lak aku.haha):

1- kalo nak suh aku like cepat, bleh pm aku lepas invite
sebab aku nih kadang-kadang dapat banyak sangat invitation, untuk men game la. aku dah tak ade masa skang nak men game. siyes. bukan bajet bagus. tapi aku bajet bizi.hahaha. aku tak tipulah. aku bizi ngan bisnes n keje skang.hehe. dulu ade ugak la aku layan candy crush saga n pepper panic saga. sampai siap nak cuba cipta record tertinggi lagi. gigih ntah hape-hape je aku neh ;p 

2- kalo nak aku like page
page korang mestilah tak ada unsur-unsur yang aku tak gemar. contoh, jual pakaian seksi, page gossip artis, make up (sebab aku jenis tak reti pakai make up, celak pun aku takut nak pakai takut tercocok bijik mata.hihi) ataupun page-page yang tidak bagi faedah atau dengan kata lain. susah nak temui info yang bleh aku guna pakai kat page tuh. aku mohon maaf kat korang kalo aku tak boleh nk like page macam tu.hehe. sebab paling koman aku pertimbangkan info berguna pada umum walopun aku tak minat barangan yang korang jual. contoh aku like page jual skirt muslimah walopun aku tak suka pakai skirt.hihi.

3- berhubung
aku harap lepas suh aku like page, kita kekal berhubung. aku suka ramai kawan. tapi suma orang berharap tidak ada kawan yang gunakan kawan. jangan sekadar kita berhubung hanya bila ada kepentingan je. kan tak manis cenggitu. ye dok? jom, kita eratkan hubungan n jalinkan ukhuwah. kan tak salah.hehe.

syarat follow blog
blog pulak aku tak kesah sangat nk follow blog korang. antara tips untuk aku senang nak follow blog korang:

1- entry mesti beri manfaat kepada umum
sungguhpun aku tak dapat nak ambil manfaat dari blog korang. contoh blog korang pasal jual ekzos kereta (aku pakai motor je bang) aku boleh lagi follow sebagai sokongan bisnes korang. jangan nak merapu mengata orang sana sini, tulis entry lucah. aku tak boleh nak terima bab-bab macam tu.hihi. mintak mahap awai-awai erk kawan. bukan aku bajet bagus kat sini (walopun aku memang budak bajet) tapi aku memang tak mau terjebak dalam menyokong industri blogging dengan info-info tak bagus camtu.

2- jangan cakap 'i follow u, pliz follow me back'
jangan gunakan ayat cenggitu ngan aku.hihi. aku terasa cam di paksa. aku memang tak gemar di paksa. walopn kadang-kadang aku suka paksa orang.hahaha. jangan risau, kadang-kadang aku tak kesah sangat nak follow korang balik bila korang follow blog aku tuh.hihi. cuma aku tak amalkan sistem 'i follow u, u follow me back'. sungguhpun kat diri aku sendiri, aku cuba didik diri aku agar ikhlas. ikhlas bila like or follow untuk menyokong kengkawan. jangan pernah harapkan balasan. cuma kalo aku sendiri, aku tak lokek sangat nak balas balik.hehe. memberi itu lebih membahagiakan, tapi syaratnya ikhlas. tanpa ikhlas, hilang rasa nikmat memberi. ye dok?

3- letak link blog
letak kat link blog korang kat profile korang tuh. sebab kadang-kadang aku tak dapat nak excess blog korang ngan senang sebab tak ada link yang direct. dah tuh nak follow cemana eh jang oit.hihi. kalo tak tau camne nak letak link kat profile, meh aku ajar.hehe. korang edit je profile n letak link blog korang kat tempat 'my blog'. kan senang.hihihi. aku nak follow kang pun sonang. tak perlu terkial-kial cari mana blog korang.hehe.

habes cerita
akhir kata, dah abes apa yang aku nak citer kali ni.hehe. pada yang berbisnes guna page. moga korang sukses. pada yang berblogging, moga korang dapat sumbangkan info-info bermanfaat buat tatapan umum. blogging ke menulis ke bersyarah ke, ada manfaatnya kalo kita gunakannya dengan jalan yang betul. boleh jugak tuai pahala. oklah. aku dah malas nak bebel panjang. bubbye korang.   


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates