Sunday, 5 January 2014

wanita cantik dan seni mempertahankan diri

assalamualaikum..

sorry korang lambat pulak aku update blog hari ni.hehe.

apa kaitannya wanita cantik dan seni mempertahankan diri. jom kita terokai :)


seni mempertahankan diri
seni mempertahankan diri atau dalam bahasa inggeris di sebut 'martial art' bukan sahaja teknik yang di gunakan untuk mempertahankan diri, tetapi juga membantu wanita menjadi cantik. selain cantik, wanita yang ingin memiliki tubuh langsing dan menarik.

jenis seni mempertahankan diri
beberapa jenis seni mempertahankan diri yang aku tahu adalah:
1- seni silat 
2- taekwondo  
3- karate
4- silambam 
5- tomoi 
6- wushu 
7- kungfu 

seni mempertahankan diri dan langsing
ahli-ahli atau pengamal seni mempertahankan diri biasanya memiliki tubuh badan yang kurus dan otot yang lebih pejal. bagi lelaki mereka akan memiliki tubuh yang lebih tegap dan bagi wanita mereka biasanya memiliki tubuh yang lebih langsing. ini kerana, seni mempertahankan diri memerlukan rutin aktiviti fizikal yang konsisten untuk mengasah bakat dan stamina mereka. di samping itu juga, mereka biasanya mengamalkan cara pemakanan yang sihat bagi menjaga stamina untuk persembahan mereka. selain itu juga, seni mempertahankan diri juga bertindak sebagai medium untuk melakukan senaman secara berkala, jadi, tidak hairanlah mereka mempunyai tubuh yang langsing bukan? 

wanita cantik dan otot pejal
perlukah wanita yang ingin tampil cantik memiliki otot yang pejal? adakah bila otot pejal, wanita akan memiliki otot yang berketul-ketul seperti lelaki? adakah wanita akan memiliki ciri-ciri maskulin bila beroto pejal?hihihi. jangan panik. jika kita mengamalkan seni mempertahankan diri dan bila berotot pejal kita tidak semestinya akan kelihatan seperti lelaki.

ini kerana kita memiliki hormon yang berbeza berbanding lelaki. lagipun, jika kita mengamalkan seni mempertahankan diri sebagai senaman, ianya hanyalah seperti aktivti fizikal yang biasa untuk kesihatan badan. berotot pejal bukan sahaja penting untuk lelaki, malah wanita juga. pejal tidak semestinya keras, tapi bila berotot pejal, tidak ada lagi lengan menggeleber, perut yang berlipat (spare tyre ;p) dan sekaligus, kita akan memiliki punggung dan dada yang lebih pejal. haa..otot pejal tidaklah terlalu menakutkan bukan? malah menjadi idaman wanita cantik ;)

seni mempertahankan diri dan cantik
wanita yang mengamalkan seni mempertahankan diri akan memilki tubuh yang lebih cantik. kenapa? hahaha. pernah dengar ada yang mengatakan cantik itu subjektif? memang benar cantik itu subjektif. tapi di sini, aku hanya nak berkongsi tips bagi wanita di luar sana untuk tampil lebih cantik. dengan latihan fizikal seni mempertahankan diri yang konsisten, kita akan berpeluh dengan lebih banyak daripada biasa dan aktiviti ini juga boleh di panggil senaman kardiovaskular. boleh rujuk senaman kardio dan kempis. berpeluh membantu kita menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan dan ia merupakan salah satu cara untuk detox.detox akan akan membantu kita memiliki kulit yang lebih sihat dan cantik. haa..bonus bukan? boleh rujuk detox dan sihat.

wanita cantik dan seni mempertahankan diri
wanita yang mengamalkan seni mempertahankan diri biasanya akan tampil lebih yakin di hadapan umum. ini kerana, senaman seni mempertahankan diri akan membuatkan mereka memiliki badan yang lebih cergas dan sihat, otak yang lebih cerdas, kulit yang lebih cantik dan sekaligus mereka mempunyai fikiran yang lebih positif hasil dari penampilan diri yang lebih menarik. 

keyakinan diri dan cantik   
percaya atau tidak, senaman seni mempertahankan diri sememangnya membantu kita untuk lebih berkeyakinan diri. wanita yang berkeyakinan diri juga akan kelihatan lebih menarik berbanding wanita yang tidak mempunyai keyakinan diri walaupun rupa paras mereka tidak begitu cantik. jadi ayuh wanita di luar sana, jom kita mementingkan senaman untuk kesihatan dan keyakinan diri.

aku dan seni mempertahankan diri
aku pilih seni silat gayung fatani sebagai seni mempertahankan diri pilihan aku. aku terlibat dengan seni mempertahankan diri sejak 1999 (ketika umur 13tahun). pencapaian tertinggi adalah tali pinggang hijau. kira otai ke? hahaha. jangan risau aku tak tumbuk orang sembarangan ;p (cuma ada beberapa kali je time muda aku belasah orang, sekarang makcik lebih matang ;p) hahaha.

shaklee dan cantik
antara produk shaklee untuk kecantikan adalah:
1- vita-E complex
vita-E complex adalah makanan untuk kulit cantik. ia membantu mencantikkan tekstur kulit dan memperbaiki struktur parut. kulit akan lebih lembab secara semulajadi dan parut akan pudar dalam masa yang lebih singkat. boleh juga di buat masker.

set combo budget vita-E untuk yang ingin tampil sihat dan cantik dengan budget yang lebih rendah.


2- sustained release vita-C
sustained release vita-C shaklee dengan pembebasan yang berperingkat merupakan antioksidan yang berkesan untuk meningkatkan sistem imuniti badan. selain itu juga, vitamin c terkenal dengan vitamin cantik. bagi yang takut dengan suntikan, nah, inilah penyelesaiannya. tidak perlu suntikan yang mahal dan menyakitkan lagi untuk tampil cantik dengan kulit yang bersih gebu. dengan harga yang jauh lebih murah, sekarang semua orang mampu untuk memiliki kulit yang cantik dengan vita-C shaklee.

set combo budget vita-c untuk yang ingin tampil sihat dan cantik dengan budget yang lebih rendah.


3- B-complex
kombinasi 3 serangkai vita-E, vita-C dan B-complex memlengkapkan set kecantikan shaklee. selain membantu untuk mengatasi stress, B-complex adalah vitamin untuk kecantikan. B3 adalah sinonim dengan kecantikan. banyak pengeluar barangan kosmetik mengeluarkan kosmetik berasaskan B3. contohnya krim mandian dan pelembab muka. sekarang, tak payah susah-susah sapu-sapu kosmetik kecantikan di badan. kita makan terus untuk kecantikan yang menyerlah dari dalam.

set combo budget b-complex untuk yang ingin tampil sihat dan cantik dengan budget yang lebih rendah.


4- esp soy protein isolate powder
esp mengandungi protein yang boleh mengeyangkan untuk sarapan pagi bagi mereka yang sibuk. selain itu juga, esp membantu kita mendapatkan kulit yang anjal dan tidak menggeleber. esp juga membantu kita memiliki kulit yang lebih gebu dan cantik. ia juga bagus untuk mereka yang mengalami gastrik. 

set combo budget esp untuk yang ingin tampil sihat dan cantik dengan budget yang lebih rendah.


untuk pesanan:
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

note: 


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates