Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..kesenangan yang kekal ada di akhirat bukan di dunia

kawan-kawan, apakah kamu ingin selalu awet muda, sihat, kaya dan tidak mati??? Jika kamu menginginkan itu maka bukan di dunia tempatnya, tapi di akhirat.
kehidupan dunia ini telah Allah ciptakan untuk sebuah penderitaan dan kefana'an. Allah saja menyebutnya "main-main, senda-gurau dan penuh tipu daya."

pernah seorang penyair hidup tanpa wang dan tidak mempunyai apa-apa, padahal dia sedang berada di puncak usia keemasannya. dia pernah berusaha mencarinya, tetapi tidak di temuinya. pernah cuba menikahi seorang gadis, tetapi gagal. ketika usianya sudah lanjut, rambutnya sudah beruban dan tulang-tulangnya telah mulai rapuh, harta itu datang sendiri kepadanya dari mana saja, isteri tidak susah di dapati dan juga tempat tinggal. tetapi ia membuatnya mengeluh:

segala yang ku angan-angankan 
saat usia dua puluhan baru dapat ku gapai 
sesudah usia melampaui tujuh puluhan
kini aku di kelilingi gadis-gadis Turki
yang cantik-cantik lagi bermata tajam
begitu merayu dan menatangku
mereka mengeluh:
"rintihanmu sepanjang malam membuatkan kami tidak dapat tidur.
apakah yang engkau rasakan?"
ku jawab : "kerana usiaku telah delapan puluhan."

firman Allah s.w.t
....bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang berfikir dan (bukankah) telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan.
surah Fathir ayat 37.

....dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan di kembalikan kepada Kami?
surah Al-Qashah ayat 39.

Tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan senda gurau dan main-main...
surah Al-'Ankabut ayat 64.

perumpamaan kehidupan ini adalah seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sejenak kemudian pergi dan meninggalkan pohon itu.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates