Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..jika semua berpaling dari kita, Allah tetap bersedia menemani kita

apabila rentetan kesedihan datang meruntun, kegelisahan bergayut di sekeliling, kedukaan semakin tidak dapat ditanggung, jalan di hadapan semakin buntu dan segala ikhtiar tidak berguna, maka insan malang itu akan berseru kepada Allah:
“Ya Allah. Ya Allah. tidak ada Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. tidak ada Tuhan selain Allah Tuhan pemilik arasy yang agung. tidak ada Tuhan selain Allah Tuhan Pemilik Langit, Bumi dan arasy yang agung.” oleh itu kesedihan lenyap, bencana lenyap dan kesusahan dapat di atasi.

firman Allah s.w.t:

“maka Kami kabulkan permintaannya dan Kami selamatkan dia dari kesedihan. demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”. surah al-Anbiya’ ayat 88.

“tidak ada satu pun nikmat yang ada pada kamu kecuali kesemuanya dari Allah. apabila kamu di timpa bahaya, kepada-Nya kamu mengadu”. surah an-Nahl ayat 53.

Apabila kesakitan telah sampai ke kemuncaknya, tubuh tidak bermaya, wajah pucat lesi, tenaga dan kekuatan telah tiada, segala usaha sia-sia, doctor pun sudah menyerah, jiwa mulai mengeluh, tangan tidak mampu di gerakkan, hati sudah tidak lagi punya harapan, maka orang yang sakit itu pasrah menghadapkan wajahnya kepada Zat Yang Maha Tinggi sambil berseru:
“Ya Allah, Ya Allah. kerana itu penyakit itu akan hilang, penderitaan akan lenyap dan doa di dengarkan:
“ketika Ayub berseru kepada Tuhannya, sungguh aku telah di timpa kemalangan dan Engkau adalah Zat Yang Maha Mengasihi. kerana itu Kami kabulkan seruannya dan Kami hilangkan kesusahan yang menimpanya. Kami datangkan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka sebagai kasih sayang dari Kami dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah”. surah al-Anbiya’ ayat 83-84.    


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates