Sunday, 27 May 2012

jangan bersedih..bacalah kaedah-kaedah menuju bahagia

  • insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya untuk sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda dan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. inilah makna sabda baginda rasul: "jika pagi tiba janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba janganlah menunggu waktu pagi".
  • lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada sesuatu yang telah berlalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  • jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih di alam ghaib. jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  • jangan mudah tergoncang dengan kritikan. jadilah orang yang teguh pendirian dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setaraf dengan kritikan tersebut.
  • beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  • sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  • hamba perlu sedar bahawa setiap sesuatu berdasarkan ketentuan qada' dan qadar.
  • jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
  • persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
  • kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  • semua qada' bagi seorang Islam ada baiknya.
  • berfikir tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  • anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang di miliki orang lain.
  • dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
  • dengan musibah, hati tergerak untuk berdoa.
  • musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
  • sesungguhnya selepas kesusahan ada kemudahan.
  • jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak.
  • sesunguhnya Allah itu Maha Luas ampunan-Nya.
  • jangan marah, jangan marah, jangan marah.
  • hidup ini tidak lebih dari makanan, air dan bayangan. maka tidak perlu bersedih jika semua itu ada.
  • "dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) di janjikan kepada kamu." surah az-zariat ayat 22.
  • kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  • pada orang-orang yang di timpa musibah itu ada teladan.
  • sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  • ulangi doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  • anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan, dan meninggalkan kekosongan atau pengangguran.
  • tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.
  • kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  • semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa. 

No comments: