Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..ketahuilah bercakap banyak mensia-siakan waktu yang ada

jangan sesekali membiasakan diri dengan tabiat suka bertekak dan jangan terbabit dengan perbincangan yang tidak ada hujung pangkalnya tentang masalah yang bersifat mungkin. hal itu membuatkan hati menjadi sempit dan kotor. janganlah kita memaksa orang lain menerima satu pendapat kita, tetapi keluarkan idea dengan santun, tenang, tidak tergesa-gesa dan tidak mengumpat.

sikap suka membantah dan mengkritik tidak mendatangkan kebaikan. hal itu menyebabkan hati tidak tenang dan imej tidak baik. ucapkanlah kata-kata dengan penuh sopan dan penuh kasih sayang jika kita ingin di senangi.

perbuatan yang sentiasa mendatangkan kegelisahan dan kesedihan adalah menganggap orang lain tidak ada, menekan mereka, mencela mereka dan meremehkan mereka. hal-hal tersebut akan menghilangkan pahala, mengumpul dosa dan menimbulkan perasaan tidak tenang.

oleh itu, sibukkan diri untuk memperbetulkan aib diri sendiri daripada mencari aib orang lain. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. setiap dari kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. berbahagiakan orang yang sibuk memperbaiki diri sendiri dari sibuk memerhatikan aib manusia yang lain.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates