Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..kita lebih bertuah berbanding jutaan yang lain

sekarang cuba tebarkan pandangan kita ke sekeliling. lalu berfikirkan tentang dunia dan isinya. bukankah di katil-katil hospital di penuhi manusia yang di timpa penyakit bertahun-tahun? bukankah di penjara terdapat ribuan manusia yang hidup terkurung dan terhina?

bukankah di pusat-pusat pemulihan dan hospital-hospital ramai manusia yang kehilangan akal sihatnya, lenyap kesedarannya dan menjadi gila? bukanlah di luar sana ramai fakir-fakir miskin tinggal di khemah-khemah yang koyak dan pondok-pondok yang tidak mempunyai makanan untuk di makan? bukankah di luar sana, antara ramai manusia, ada yang di timpa musibah, anak-anak meninggal semua dalam satu peristiwa tragik? atau manusia yang cacat, buta bisu, pekak, kehilangan sebahagian anggota badannya, seperti kaki, tangan dan sebagainya bahkan hilang akal sihatnya ataupun menghidapi penyakit yang belum di temui ubatnya?

sedang kita di sini selamat, di lindungi, dalam keadaan baik, tenteram, aman dan damai. justeru itu, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya. jangan menghabiskan waktu dengan hal yang tidak di redhai Allah.

No comments: