Monday, 28 May 2012

bersama mereka

bersama mereka
kita berpadu tenaga dan usaha
bercerita tentang sastera dan agama
bercerita tentang Tuhan dan kemanusiaan
berbicara tentang pengetahuan dan kebenaran
berbicara tentang pengalaman dan bimbingan
berkongsi minat dan matlamat
berkongsi rasa dan bicara


mari kita bersama mereka
menumpang teduh rumpun ilmu
membuang angkuh di hati yang terbuku
melaungkan kebenaran di medan kebatilan
memahat kasih sayang di hati yang terbuang


bersama mereka
kita mengaut ilmu dan kebaikan
kita menyahut seru dan panggilan
jangan sekadar menumpang bangga
jangan sekadar menumpang nama
ayuh! kita garap ilmu di dada mereka
ayuh! kita sentap kebatilan yang lantang bersuara


bersama mereka
mari kita berjuang bersama
usah hanya lantang bersorak menyokong di kaki lima


13 mei 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates