Monday, 28 May 2012

selamat jalan (buat teman dari daerah asing)

pergilah dengan tenang
usah lagi meoleh ke belakang
usah ekor mata sekilas memandang

jangan lagi ada curiga
walau aku tidak mengatakan apa-apa
walau engkau seakan memaksa
aku masih tersenyum menyimpan kata-kata
cukuplah dengan apa yang mereka perkata
aku harap engkau tidak terlibat sama
dengan itu aku masih tetap tahu
kita dan mereka berbeza dengan di pandu ilmu

keyakinan kita berbeza
tidak ada bahasa yang engkau fahaminya
engkau mengharapkan aku
berkata sesuatu
ucapan maaf atau pengakuan sesalan
kata-kata perangsang atau ucapan selamat jalan

bagiku tidak perlu aku luahkan semua itu
apa yang terzahir tidak sama dengan yang terbuku
tidak perlu aku turut serta berkata ini dan itu
sebagaimana ucapan mereka menyedapkan hatimu
sedang hakikatnya di hati menipu

cukuplah engkau sentiasa ku ingat
cukuplah engkau sentiasa dekat
di dalam doaku tanpa jemu
tidak perlu sebarang kata
sebagai buktinya
engkaulah musuh yang menjadi sahabat
pulangmu sentiasa ku doa
moga segala-galanya selamat
moga engkau berbahagia
di tanah airmu tercinta

08 februari 2012 


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates