firman Allah yang berikut ini di tujukan kepada orang yang sentiasa di bawah keredhaan dan kekuasaan Allah s.w.t. orang yang tidur dengan bantal lembut ketika cuaca sejuk, tiada kesedihan singgah di hatinya dan tiada air mata berlinang di pipinya.
juga di tujukan kepada orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, ibu bapa dan sahabat. bahkan kepada setiap orang beriman yang sedang bersedih dan berduka. mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala yang besar, mengangkat darjat dan mengcukupkan kekurangan anda. Allah s.w.t berfirman:
“minta tolonglah (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. surah al-Baqarah ayat 45.
saidina ali pernah berkata: “perumpamaan sabar dan iman adalah seperti kepala dan tubuh.” kerana itu bergembiralah kerana pahala akhirat, iaitu syurga firdaus dan syurga ‘adn, yang ada di sisi Allah yang Maha Esa. itulah habuan dan balasan bagi amalan dan perbuatan anda. tahniah kepada anda kerana sesungguhnya tetap dalam iman, sabar dan menahan diri. anda sentiasa tahu bahawa anda sentiasa beruntung. berbahagialah orang yang sabar.
No comments:
Post a Comment