Sunday, 27 May 2012

jangan bersedih..bersedekah boleh menghalang musibah

menderma dan memberi bantuan adalah amalan mulia yang mendatangkan amalan mulia. sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan di beri ganjaran, di anugerahi kecukupan bagi Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya dan sentiasa dalam pemeliharaan.

justeru itu, mendermakan walaupun jumlahnya kecil dan sedikit. jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebiji kurma, sesuap nasi ataupun seteguk air. berilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. derma adalah ubat yang tidak di peroleh di mana-mana kecuali dalam ajaran islam.

abdullah bin al-mubarak pernah di kemukakan pertanyaan: “wahai abu abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun lalu ia mengeluarkan nanah. aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga”.

ibnu al-mubarak menjawab, pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang memerlukan air. galilah di tempat itu perigi. aku berharap di sana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah”. dia mengikut nasihat itu dan penyakitnya pun sembuh.    

rasulullah pernah bersabda, “ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan menderma.”
baginda bersabda, “sesungguhnya dengan menderma dapat memadamkan kemarahan Allah dan kematian yang buruk”.   


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

BLOG ARCHIVE

Designed By Seo Blogger Templates