Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..pelajarilah syarat-syarat hidup bahagia

ada dua sifat buruk yang merosakkan manusia dari dalam iaitu sifat rakus dan tamak. kedua-dua sifat ini boleh di atasi dengan cara-cara berikut:

-          berjimat, pandai berbelanja dan bijak menguruskan kewangan. orang yang gemar berbelanja tak akan pernah merasa cukup bahkan akan menjadi semakin kedekut dan tamak. hidup jimat merupakan kunci kepuasan diri. ada ungkapan indah mnyebut: “merancang segala sesuatu adalah separuh dari kejayaan”.
-          jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan. kawallah angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki sudah di tentukan, maka ia tidak akan jatuh ke tempat lain.
-          meningkatkan ketaqwaan. kerana bertaqwa kepada Allah adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana firman Allah s.w.t : “barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka”. surah at-Tallaq ayat 2.
-          berpuas hati menerima apa adanya. sifat ini adalah sifat terpuji sedangkan sifat tamak dan tidak kenal cukup adalah sifat yang tercela. ambillah pengajaran yang berguna dari kedua-dua sifat tersebut.
-          bacalah kemudian hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang yang soleh, terutama sekali dalam hal sikap dan akhlak mereka seperti sifat qanaah iaitu rendah diri mereka dalam menikmati hidup, dan kecintaan mereka terhadap akhirat. jadikanlah mereka teladan dan ikutan.
-          perhatikan keadaan mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri anda. kemudian banyaklah belajar dari semua itu.

No comments: