jangan pernah bersedih andai hati anda di sakiti..tetapi maafkan mereka dan anda akan merasa bahagia.
sepanjang hidup kita, adakalanya kita sering di sakiti oleh mereka di sekeliling, pedih, sakit hati dan terluka menyebabkan kita cenderung untuk sentiasa mengingati apa kesalahan mereka kepada kita hingga membawa kepada datangnya satu penyakit berkunjung ke dalam hati kita iaitu DENDAM.
dendam biasanya tidak hanya duduk diam di dalam hati tetapi membawa kepada perasaan ingin membalas dendam.
panasnya api biasanya di padamkan dengan sejuknya air..tapi panasnya dendam apakah yang mampu memadamkannya???
hidup kita memang tidak akan lepas dari berjumpa dan di kelilingi oleh mereka yang menyakiti hati kita, dengan sengaja ataupun tidak. bagaimanakah kita ingin merawat hati yang di sakiti dan di lukai???
yang berlaku sudahpun berlaku dan janganlah bawa sampah bersama-sama sepanjang hidup kita.
cuba renungkan, mungkin sama dengan apa yang anda alami.
apabila kita di sakiti, kita cenderung untuk ingat apa yang telah di lakukan oleh orang lain terhadap kita. mereka melukakan hati kita, menyakitkan dan membuatkan kita marah ataupun menangis. sesuatu yang tidak menyenangkan bukan?
hati kita akan berasa sesak, otak senak memikirkan dan dada sebak menahan sakit dan marah. kenapa ini semua boleh terjadi??? sebab kita seringkali memikirkan mereka dan kesalahan yang mereka lakukan kepada kita, sehingga berhari-hari, berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun mereka masih menyakiti kita dalam diam..di dalam hati. hati kita parah..terluka dan menangis, tidak kenal erti sembuh. bermacam-macam kita lakukan untuk mengubati hati. cuba bergembira dan tersenyum tetapi masih tidak berjaya. mereka masih menyakiti kita di dalam hati. mereka masih menghantui di dalam mimpi dan juga kehidupan nyata kita walaupun kita tidak lagi bersua muka dengan mereka. kenapa mereka begitu hebat? mampu menyakiti kita walaupun dari jauh, mampu melukakan kita walaupun jarak berbatu-batu memisahkan kita dengan mereka.
cuba fikirkan bersama..kenapa ye? kenapa mereka tidak pernah berhenti meyakiti hati kita walaupun sudah berbulan-bulan dan bertahun kita tidak lagi bersua muka dengan mereka?
hmm..cuba kita lihat kedalam hati..selami fikiran kita. oh..rupa-rupanya mereka masih ada di situ..di dalam hati dan fikiran kita. sedang mengetuk-ngetuk hati kita dengan kenangan-kenangan yang pahit itu.
patut la hati kita masih berasa sakit..fikiran dan hati kita sedang bermain-main dengan mereka. kita tidak membiarkan kesakitan itu pergi..tetapi kita sering melayan perasaan sakit itu. jadi macam mana la hati kita nak sembuh kalo hari-hari masih ingat ape yang mereka pernah buat kat kita.
kawan-kawan cuba hari ini kita halau mereka dari hati dan fikiran kita. izinkan mereka pergi dengan tenang. selama ini kita masih membiarkan mereka menyakiti kita di hati. apa kata hari ini kita biarkan mereka pergi dari terus menyakiti hati kita mungkin dengan itu hati kita boleh beransur-ansur sembuh apabila mereka tidak ada lagi untuk menyakiti kita di hati. kenapa kita masih nak membawa sampah bersama-sama kita sedangkan sampah itu kita boleh buang di tong sampah? kenapa nak biar sampah itu membusuk dan menjadi dendam di hati? buanglah sampah itu, biarlah sampah itu di buang di tempat yang sepatutnya..biarkan mereka pergi dari hati kita. dengan izin Allah hati kita akan sembuh sepenuhnya.
tapi mungkin ada yang akan berkata.."saya tak boleh lupakan apa yang pernah mereka buat kat saya, sampai bila-bila saya ingat".
hmm..sampai bila-bila saya ingat ke sampai bila-bila saya 'nak' ingat???
semuanya terpulang pada kita, kalo kita nak hati kita sembuh kita mesti biarkan mereka pergi dari ingatan dan hati kita dengan cara melupakan mereka. kalo mereka masih di hati, selagi itulah hati kita takkan sembuh. hidup kita takkan ceria dan hati kita tidak akan berasa tenang dan bahagia. sebab kita membawa mereka bersama hidup kita, kita tetap membiarkan mereka menyakiti kita dengan berdendam terhadap mereka. kita membawa sampah bersama kita..kita tidak membuang sampah itu.
hmm..bagaimana ye nak biarkan mereka pergi dari hati kita? bagaimana ye nak lupakan apa yang mereka buat pada kita? bagaimana ye nak sembuhkan hati kita?
memaafkan..kemaafkan adalah ubat yang boleh menyejukkan dendam yang membakar di hati. hanya dengan memaafkan mereka kita mampu untuk berasa lega. mereka hanya akan pergi dari terus menyakiti hati kita bila kita memaafkan mereka ikhlas dari hati. IKHLAS..sepenuh hati. insyaAllah dengan izin Allah, hati kita akan sembuh sepenuhnya. luka-luka di hati akan hilang bersama parut-parutnya sekali.
sambil itu, berdoalah..andai kita belum mampu memaafkan mereka, berdoalah moga Allah membantu dan mengajar kita memaafkan mereka sepenuh hati. berdoalah moga hati kita dapat sembuh dari terus di sakiti oleh DENDAM..ameen.
No comments:
Post a Comment