andainya anda tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka nestapa, maka sesungguhnya anda sedang meringankan beban dan membuka satu pintu kebahagiaan.
jangan ragu-ragu untuk tersenyum kerana di dalam diri anda ada kekuatan besar yang meluap dengan senyuman.
jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti anda memaksa jiwa anda masuk ke dalam botol penderitaan..
tersenyum tidak akan membahayakan anda..berbicara dengan orang di sekitar anda dengan bahasa qalbu. alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyuman..
seorang kaunselor pernah penasihati saya..tersenyumlah dan bergembiralah walaupun di dalam hati menangis. kerana bila tersenyum badan kita mengeluarkan satu hormon yang memberi isyarat rileks ke kepada otak kita, jadi dengan tersenyum kita akan berasa ringan dari stress.
hanyatilah satu nasihat..jangan tunggu bahagia datang untuk mampu tersenyum. tapi tersenyumlah untuk merasa bahagia..
No comments:
Post a Comment