Sunday, 8 April 2012

kematian itu pasti

meneliti satu persatu
catatan perubatan itu
bagaimana mereka mampu setenang itu
sedang jantungku berdegup laju
hatiku cemas tidak menentu


kematian itu pasti
mereka berdepan dengan kematian setiap hari
mereka tidak boleh di ganggu emosi
hatiku berdebar emosiku menjadi-jadi
aku bukan doktor
gentarku gugup sebelum bertempur
belum lagi melihat pesakit menggelupur


bagaimanakah rasanya mereka
berdepan dengan kecemasan setiap harinya
bagaimanakah rasanya mereka
berdepan dengan kematian setiap kalinya
bagaimanakah rasanya aku
berdepan dengan kematianku bila sampai ketikanya


aku takut!
aku cemas!
bukan bermakna aku pengecut
aku cuma lemas
bertarung dengan emosi dan perasaan
kerana aku bukan ahli perubatan
kerana aku cuma manusia yang memperjuangkan nilai kemanusiaan
sarat dengan mainan perasaan


memang benar kematian itu pasti
namun aku bukan mereka
untuk kuat berdepan dengan kematian setiap harinya


8 april 2012

No comments: