Sunday, 8 April 2012

bukan sekadar hiasan

katanya..
kami hanya sekadar perhiasan
kami hanya sekadar pelengkap kehidupan
tanpa kami tidak cacat kegagahan


kata kami..
kami tidak minta di agung-agungkan
kami tidak minta kalian bermati-matian
tanpa kami kalian teruskanlah kehidupan


katanya..
secantik manapun kami
kealim manapun kami
kami tetap hanya sekadar hiasan
usah kerana kami masa depan di korbankan


kata kami..
cantiknya kami bukan untuk tontonan
alimnya kami bukan untuk bermegahan
kami tetap dengan pendirian
usah kerana kami kalian hilang pedoman


kami bukan sekadar barang dagangan
kami bukan sekadar tugu ingatan
kalian ada kami tidak akan menghalau
kalian tiada kami tidak akan sasau
kami menerima kami di puji
kami menolak kami di tuding jari
kalian sayang kalian tidak pernah kisah
kalian benci kalian tidak pernah rasa bersalah


sungguhpun bagi kalian kami perhiasan
sungguh kami bukan perempuan sembarangan
kerana kami perempuan muslimah
kerana seindah hiasan adalah muslimah solehah


usah kalian sembarang melontarkan kekecewaan
kerana kami bukan hanya sekadar hiasan
kerana kalian bukan Tuhan untuk memberi penilaian


8 april 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates