Tuesday, 3 April 2012

kami hormat dia

dia marah bila kami berlengah
dia marah bila kami tidak beralah
dia marah bila kami tidak mengaku salah
walau dia menegakkan benang yang basah


pada kami ada sahaja tidak kena
pada dia semua betul belaka
memang kami orang biasa-biasa
tapi kami bukan hamba
untuk di perlaku sewenangnya


katanya dia memberi ruang
untuk kami pertahankan kebenaran
tapi bila kami bersuara
ada sahaja yang ingin di bangkangnya
apakah hak kami terbela?
atau dia sekadar berbahasa
kononnya berlaku adil pada semua


kami sudah penat
meluat untuk terusan berdebat
kalau dia ingin tunjuk kuat
ambillah! di dadanya kami sematkan pingat
memang dia cukup hebat
sungguhpun dia jauh tersesat


kami juga marah
bila dia asyik melatah
tapi kami tidak mampu membantah
di hati terusan berdoa moga dia berubah


kami hormat dia
walau dia menengking tidak ingat dunia


3 april 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates