Sunday, 8 April 2012

kemanusiaan yang di temukan

hanya kerana keadaan
aku membesar dalam kebencian
aku membesar dengan hati penuh dendam
itulah sumber kekuatan
untukku mendongak ke depan


hanya kerana keadaan
aku membesar dalam kekeliruan
aku membesar dengan hati penuh persoalan
itulah sumber kekuatan
untukku membantah mencari jawapan


hanya kerana keadaan
aku membesar dalam ketakutan
aku membesar dengan hati penuh tekanan
itulah punca segala
aku menjadi manusia yang panas baran


hanya kerana keadaan
aku membesar dalam kebingungan
aku membesar dengan hati penuh kesangsian
itulah punca segala
aku menjadi manusia yang mencari Tuhan


hanya kerana keadaan
perlukah masa di persalahkan
kiranya baru kini aku di pertemukan 
dengan kemanusiaan
setelah sekian lama di permainkan keadaan


8 april 2012

No comments: