Tuesday 25 February 2014

perasaan sebagai sukarelawan

credit picture to: tattuum.com

assalamualaikum..

perasaan aku
ada yang bertanya apa perasaan jadi sukarelawan? perasaan orang lain mungkin aku tak tahu, tapi meh aku citer sket perasaan aku nih!hehe. perasaan aku masa mula-mula aku decide nak jadi sukarelawan, aku mula terfikir aku perlu tanamkan benih-benih pahala untuk aku tuai di akhirat kelak. dah cukup selama ni aku hanya fokus pada kehidupan sendiri dan keluarga sendiri sahaja. aku patut menyumbangkan sesuatu kepada komuniti. bonusnya kita boleh bersosial untuk lebih rasa happy.hehe. 

rasa lebih happy
jika dulu, kehidupan aku hanyalah keje keje dan keje. jadi kalo stress pon kehidupan aku hanya sekitar benda tu je. stress kat tempat keje, balik umah. stress kat umah, pegi keje. hidup aku macam tak ada benda lain sangat. kawan-kawan aku n family aku jela n keje. hmm..bosan kan? tapi bila aku dah start jadi sukarelawan, aku mula ada kawan-kawan baru. bina hubungan sosial baru dengan lebih ramai kawan. jumpa ramai orang yang tak pentingkan diri sendiri. yelah, untuk jadi sukarelawan pon awal-awal kita dah hapuskan dah perasaan pentingkan diri. target kita adalah berbakti kepada komuniti selain fokus kepada diri sendiri. so, hari demi hari aku makin happy. kalo dulu asek bergaul dengan orang yang pentingkan diri, tikam sana sini (kat tempat keje), skang aku mula jumpa golongan yang lebih positif sekaligus aku pun semakin jadi orang yang positif.

bina jaringan sosial
jika dulu kehidupan hanya fokus pada individualistik, skang aku dah boleh sesuaikan diri bergaul dengan masyarakat berbilang kaum, peringkat umur dan negara. tanpa aku sedari, dengan sendiri aku telah membina satu jaringan sosial yang besar. dari kawan face to face hinggalah kawan alam maya. lagi-lagi bila aku secara sukarela handle program dr zakir naik semasa aku dah benti keje, aku juga dapat ramai kawan-kawan melepasi jangkauan negara. boleh kenal ramai kawan-kawan foreigner ugak. dari situ aku mula asah skill speaking in english.hehe. walaupun awalnya english aku sangat la broken. skang aku lebih confident untuk cakap bahasa inggeris (walopun tak fluent).

tingkatkan keyakinan diri
bergaul dengan ramai pihak dari pelbagai lapisan (umur, status, negara etc) kita dapat tingkatkan skill komunikasi kita dan juga kita akan lebih berkeyakinan diri untuk bergaul. macam aku makin yakin nak bercakap bahasa inggeris dan sebagainya. selain itu, kita dapat mengubah diri kita. aku maksudkan cara kita berfikir sebelum ni, cara bergaul, bercakap dan sebagainya akan berubah. sebab itulah di katakan persekitaran adakalanya mengubah siapa diri kita. yang penting, kena tahu pilih persekitaran yang mana kita nak involve, baik atau buruk.

menjadi lebih sensitif
menjadi lebih sensitif bukan bermakna kejap-kejap nak nanges kejap-kejap nak tacing.hihi. itu meroyan namanya ;p tapi dengan bergaul dengan ramai pihak, berjumpa ramai orang. tolong orang tak mampu dan miskin, yang susah dan tidak bernasib baik. kita akan lebih sensitif dengan perasaan orang lain. seolah-olah ia mendidik kita menjadi lebih peka dengan perasaan orang lain. kita senang untuk cuba letakkan diri kita di dalam 'kasut' mereka. untuk menyelami kesusahan, penderitaan dan kesedihan yang mereka alami. berbanding mereka yang tidak turun padang, 'feel' itu mungkin kurang di rasai. jadi, dengan menjadi sukarelawan, kita mendidik diri menjadi lebih memahami insan lain. jadi, kita bukan sahaja boleh berbakti dengan menyumbangkan sumbangan berbentuk material, malah juga semangat, sokongan moral dan juga motivasi. 

akhir kata
oklah. itu sahaja aku kongsikan buat masa ni. ada masa, kalo korang nak tau lagi aku kongsikan lagi erk.inshaAllah.hehe.   


2 comments:

Unknown said...

Bila dr zakir naik nk dtg malaysia lg?

edogawa conan said...

sy xsure :D

Designed By Seo Blogger Templates