Saturday, 22 February 2014

tips latih diri minum air lebih banyak

assalamualaikum..

minum air lebih banyak
mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak minum air dengan banyak hingga 2-3liter sehari kan?
ada tak korang tertanya-tanya? tak ada?hahaha. 
ada ke tak ada tak kesah, aku nak ugak share kot-kot ada yang malu nak tanya.haha. (bajet bagus betul aku nih :p)

pengalaman sendiri
ni pengalaman aku sendiri. jadi, aku nak share sket tips macam mana aku latih diri untuk minum lebih banyak air. khas untuk korang.hehe. kalo dulu aku susah sangat nak minum air, alasannya malas kerap ke tandas dan alasan paling biasa 'nak minum macam mana sebab tak dahaga'.hahaha. tapi aku sekarang lebih suka minum banyak air kosong.hihi. alhamdulillah. kenapa aku beria latih diri minum air banyak-banyak ni? selain untuk hadapi cuaca panas, minum air ugak bagus untuk detox. air penting untuk menghidratkan tubuh, lagi-lagi bagi mereka yang kerap beraktiviti luar atau bersenam


tips latih diri minum air kosong
1- beli botol air yang menarik
ini motivasi untuk rasa teruja minum air walopun air kosong, sebab botolnya cantik, semangat nak teguk air berkali-kali walaupun tak dahaga. bonusnya. badan sihat! nak design n bentuk macam mana pun boleh. nak yang ade gambar mickey mouse, detective conan (opps..hihi). 

aku punya pun macam-macam. ade bentuk macam gelen minyak pon ade.haha. ade 1.8liter, ade 1liter, ade 2liter. kaler pulak toksah cakap, kaler putih jernih, pink, biru n kuning di raja pon hado.hahaha. kan boleh bergaya gituh. sungguhpun hanya dengan botol air.haha.

2- botol air dengan sukatan
guna botol air yang ada sukatan 500ml, 1liter, 2liter dan 3liter untuk senang nak monitor pengambilan air seharian. di samping itu juga, kita boleh tahu prestasi harian kita minum air. dari kita minum dengan gelas tanpa sukatan, kita cepat lupa berapa banyak kita minum air pada hari tu. dengan tahu prestasi, kita makin semangat nak improve dari hari demi hari.
contoh:
- jika hari ni hanya start 500ml, esok kita dengan semangat akan target 1 liter dan seterusnya.
- jika semalam 1 liter, tapi hari ni hanya 500ml, kita akan risau prestasi minum air yang menurun dan akan cuba kejar balik target minum air esok hari.

3- variasikan air kosong
jika rasa bosan nak minum air kosong bergelen-gelen. rasa plain yang buat kita rasa muak, boleh perasakan air dengan beberapa cara. contoh:
- letak sesudu madu dan 2biji perahan limau kasturi untuk 2liter air. madu tambah tenaga dan limau akan bantu untuk detox. amaran: jangan terlebih letak madu pulak, kang terlebih manis.hihi.
- letak perahan lemon
- letak hirisan timun
- letak perahan limau nipis + daun mint + hirisan timun

4- sentiasa bawa air bersama
biasakan diri letak air di depan mata.
contoh:
- kalau kat ofis, kat atas meja. kejap-kejap paksa diri minum.
- kalo nak pegi mana-mana pula, biasakan diri bawa air botol (boleh jimat ugak).
- motivasikan diri dengan cakap setiap hari 

'orang yang berjalan bawa botol air yang bergelen-gelen itu gojes dan sihat'.hahaha. 
aku selalu gunakan tips ini untuk bergaya bawa botol air ke mana-mana.eceh! saiko diri sendiri gituh.haha.  

5- paksa diri
paksa orang lain itu kurang bagus, tapi tidak salah memaksa diri untuk lebih berdisiplin. aku ajar dan paksa diri untuk minum air walaupun tak dahaga. minum dan minum air. tipsnya minum setiap 15minit. bila semakin mencapai target kita akan semakit bersemangat dan sudah lupa awalnya kita minum air waktu tak dahaga.

6-selalu ke tandas

mesti korang tertanya-tanya minum air banyak-banyak tak jenuh ke nak ke toilet?haha. memang nak jenuh. aku pun manusia gak. takkan minum tapi tak buang. tapi cari masa yang sesuai untuk latih diri. biasanya aku buat latihan minum air ni masa hari cuti. so masa cuti aku cabar diri untuk minum target berapa liter air. contoh 3liter. so aku akan ke toilet setiap 15minit tahu.hahaha. tapi jangan risau, lama-lama korang akan terbiasa n senang la nak praktikkan masa kat tempat kerja n bila badan dah terbiasa, korang takkan rasa nak pi toilet setiap 15 minit macam masa training.hihi. awal-awal je try latih kat rumah.hihi. kalo nak latih kat tempat kerja takut boss pelik lak kejap-kejap tercecet-cecet pi toilet.hahaha.  

7- motivasi yang kuat
motivasikan diri setiap hari dengan ingatkan diri kita dengan target nak minum air banyak-banyak untuk sihat.hehehe. up kan target kita hari demi hari. contoh hari pertama 500ml dan bila dah lulus 1 liter, dah lulus lagi up 1.5liter hinggalah tahap maksimum yang kita boleh.

akhir kata
moga korang berjaya disiplinkan diri minum air banyak-banyak.hehe. gambateh!


6 comments:

Linda said...

Bagus info ni...thanks!

edogawa conan said...

linda: sama-sama :)
moga bermanfaat. selamat mencuba ;)

Nurul Fara said...

Superb info :) semangat nak praktik . Tq tq :)

edogawa conan said...

nurul fara: hihi.chaiyok2 ;)

suhailey mohd noor said...

bab beli botol air menarik tu, memang berkesan,aha ade 2,3 botol baru yg dibeli.memang semangat nk minum.Jangan lupa pengaruh kawan sekali.so ade geng, lagi semangat

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Minum air yang cukup jika ambil vitamin

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates