Sunday, 29 December 2013

detox dan sihat

assalamualaikum..
apa khabar korang ari ni? :)
apakah itu detox?kenapa perlu detox?
jom kita terokai apa itu detox! 

apa itu detox?
apabila terlalu banyak toksin terkumpul di dalam badan, metabolisme menjadi perlahan dan organ-organ tidak berfungsi dengan baik.
detox atau detoksifikasi merupakan suatu proses pembersihan tubuh dari segala macam kotoran dan racun-racun atau toksin yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedari telah lama berada di dalam badan kita.


detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu organ hati, usus dan ginjal.

akibatnya toksin berpotensi membahayakan tisu badan dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit. untuk mengekalkan kesihatan kita, kita perlu melakukan program pembersihan yang komprehensif.
detox menyingkirkan toksin yang tidak diingini badan. sesetengah orang melakukan detox sebagai persediaan untuk plan diet utama mereka. 
detoksifikasi adalah penting untuk saluran pencernaan, membuang toksin dari paru-paru, membantu buah pinggang untuk menapis darah, meningkatkan keberkesanan fungsi hati dan hempedu dengan lebih baik dan membuang bahan buangan dari pundi kencing. 
kandungan toksin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kelesuan, sakit kepala, nafas berbau, sukar tidur, sakit otot, keletihan dan justeru itu mengurangkan kualiti hidup.
sayur-sayuran untuk detox
1- asparagus
2- avocado
3- ubi bit
4- brokoli
5- kubis bulat
6- celeri
7- bawang putih
8- halia
9- daun salad/lettuce 
10- selada air
11- serai
12- kunyit
13- cili benggala (hijau)
14- minyak zaitun
15- rumpai laut
16- dendalion
17- articok
buah-buahan untuk detox
1- limau gedang
2- lemon/buah sitrus
3- oren

minuman untuk detox
1- teh hijau
2- air putih

detox dan cantik
pada yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam, ekzema, radang kulit, alahan, gatal-gatal, panau, kurap dan lain-lain, amat di sarankan buat detox.kenapa? sebab kemungkinan masalah kulit tersebut berlaku kerana badan kita banyak toksin dan darah kotor.
detox akan membersihkan dalaman kita sekaligus menyerlahkan kulit kita dari dalam. nah! terus kulit cantik. bukan cantik semata tetapi lebih bersih dan sihat :)

detox dan cergas
pada yang sering mengantuk, letih, tidak bertenaga, kurang tumpuan kerja dan belajar boleh cuba detox bagi mengatasi masalah anda.
toksin yang berlebihan juga menyumbang kepada prestasi fizikal kita.
toksin yang berlebihan di dalamm badan mengganggu penyerapan nutrien-netrien yang di makan, akibatnya kita tidak mendapat nutrien harian yang di perlukan dengan mengcukupi, dan kita akan mudah letih atau mengantuk. 
ayuh detox dan tampil lebih cergas dan aktif :)

detox dan kurus
pada yang mempunyai berat badan yang berlebihan. telah cuba pelbagai diet untuk kurus, tetapi lemak-lemak di dalam badan masih degil untuk di nyahkan atau mengalami masalah gemuk air? 
anda perlu mencuba detox. 
ini kerana faktor toksin yang berlebihan di dalam badan juga merupakan penyebab utama anda tidak mampu kurus walaupun berdiet kerana toksin-toksin di dalam badan 'memblok' atau mengikat lemak-lemak ini dari keluar dari badan. dan air juga turut di ikat bersama lemak, terjadilah gemuk air atau water retention.
setelah detox, pembakaran lemak inshaAllah akan lebih berkesan. dan masalah gemuk air inshaAllah akan dapat di atasi dengan pembersihan dalaman badan yang intensif (detox). 

detox dan awet muda
dengan pembersihan dalam yang intensif atau detox, kulit akan menjadi lebih bersih dan sihat sekaligus menampil diri kita yang lebih sihat dan awet muda :)

alternatif untuk detox
super detox set daripada shaklee terdiri daripada:
1- alfalfa complex


sumber zat makanan semulajadi dan klorofil 
alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

alfalfa complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
• sumber semulajadi alfalfa.
• pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

*produk ini mengandungi alfalfa (medicago sativa). individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (sle) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

2- dtx complex
DTX complex mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.

• digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*

3- garlic

allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

setiap tablet garlic shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

note: detox adalah untuk pembersihan diri dan hati secara fizikal untuk membersih noda dan kotor dalam badan dari toksin-toksin.

pembersihan diri dan hati secara spiritual atau rohani pula adalah muhasabah diri, istighfar dan taubat kepada Allah s.w.t untuk setiap noda dosa yang kita palitkan pada diri dan hati kita. jom, tampil bersih dan sihat dalaman, luaran dan juga rohani :). 


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates