Thursday, 22 March 2012

untuk wanita sahaja

aku tidak suka
bila tempat khas untuk bunga
di ceroboh kumbang sewenangnya
tanpa ada yang mengawalnya

aku tidak suka
bila ada yang tidak kenal jantina
atau tidak tahu mengeja
boleh juga tidak reti membaca
atau tidak faham bahasa
untuk memahami apa yang tertera
“untuk wanita sahaja sepanjang masa”

aku tidak suka
bila tempat yang di sedia
khas untuk bunga
bila sahaja aku cuba mendapatkannya
datang kumbang hinggap melata
ada sahaja yang ingin menyibuk sama
menyesakkan tempat yang sedia ada

aku tidak suka
bila bunyi kumbang membingitkan telinga
bila bau kumbang menyengat deria
bila kumbang tidak tahu untung nasibnya
sudah menumpang tidak tahu berjasa
sudah menumpang menyusahkan pula
sudah di sindir tersengih sahaja
tidak tahu atau hanya pura-pura
nak kata pandai bodoh sahaja gayanya

aku tidak suka
rasanya ingin sahaja aku campakkan semua
humbankan kumbang perosak ke luar jendela

23 oktober 2011

No comments: