Thursday, 22 March 2012

bekerjalah kamu

bekerjalah kamu dengan sabar
walau dugaan selalu mencabar
walau kamu seorang pegawai kerajaan atau buruh kasar
mungkin hari ini tidak kamu sedar
cuba bukakan pandangan dengan lebar
masih ramai yang berlapar
tidur sekadar beralas surat khabar
mungkin juga berjalan kaki tanpa selipar
pengangguran semakin luas tersebar
hidup miskin terbiar
menunggu kamu menyapa bertanya khabar

bekerjalah kamu dengan tenang
walau air mata selalu bergenang
walau kamu orang susah atau senang
selalulah berfikiran lapang
mungkin hari ini kamu terasa seorang
kepenatan membanting tulang
cuba kamu pandang
jauh ke pekan dan ladang
masih ada yang hidup terbuang
menunggu kamu menghulur barang sekupang
buat mengalas perut yang berdendang

 bekerjalah kamu dengan tabah
walau peluh mencurah
walau fikiranmu resah
mungkin hari ini kamu tidak kisah
syiling sekupang di biar bersepah
lebihan makanan di anggap sampah
tapi ingatkah kamu mereka yang susah
pernahkah kamu memberi atau bersedekah
saat mereka terdesak menadah?

kerja itu amanah
kerja itu ibadah
tidak perlu di persoalkan lagi
tidak perlu di perdebatkan lagi
yang hanya menjadi tanda tanya
sejauh mana kamu mampu menghayatinya

17 November 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates