Sunday, 4 March 2012

aku percaya pada Dia

di tengah keadaan yang kian bergolak
aku takut untuk menghadapi
kemungkinan yang bakal tiba
cuma acapkali aku yakinkan diri
Dialah yang memberi rezeki
dari sumber yang tidak di sangka-sangka
dalam keadaan yang tidak terduga

bila aku tidak tahu untuk berkata-kata
mereka tertanya-tanya
tidak memahami apa yang terjadi
bungkam memikirkan nasib diri
aku cuba menyakinkan
tidak perlu takut pada keadaan
walau apa jua yang bakal menekan
bukankah Dia yang memegang penyelesaian
membuka pintu setiap jalan

di tengah keadaan yang huru-hara
aku berlagak bagaikan tiada apa
pada mereka aku tersenyum bersahaja
di dalam dada getarnya sukar di baca
ya..aku pun risau juga
cuma aku memilih bersangka baik-baik sahaja
apa jua ketentuan dari-Nya
segalanya terbaik buat kita
Dia lebih mengetahuinya
atas apa yang kita tidak punya
pengetahuan tentangnya

bila aku benar-benar tidak tahu
tentang kebenaran di sebalik
tanda tanya yang mengganggu
aku memilih untuk tidak ambil tahu
di luar sana ribut tidak menentu
di sini kami diam seakan bisu
cuma di dalam detak kerisauan kian laju

apa jua kemungkinan bakal berlaku
aku serahkan segalanya pada-Nya
aku tidak takut pada semua itu
kerana aku percaya pada Dia..

4 march 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates