Thursday, 29 March 2012

kosong dalam pencarian

Tuhan..
aku tidak tahu
bagaimana harus ku lukiskan rasa yang terbuku
makin ku selami hatiku
bermuhasabah diri semampunya aku
makin ku sesat dalam pencarianku


Tuhan..
aku tidak tahu
apakah yang ku cari dalam hidupku
kosong tanpa lagu
kosong tanpa rindu
mungkin jua masih kurang cintaku
pada-Mu


Tuhan..
berdiri di sini
ada sahaja yang tidak kena
cacatnya ada di mana-mana
pandanganku kosong tanpa bicara
aku masih tidak dapat meneka
jauh sekali untuk ku rasa
pencarianku tanpa makna


Tuhan..
berjuang di sini
masih ada yang tidak selesai
kakiku terasa longlai
apa lagi yang belum ku gapai
walau segala-galanya aku ada
kekosongan masih menggila


Tuhan..
dalam kekosongan
berbaur ragu bisikan syaitan
aku masih tercari-cari
apakah sebenarnya yang aku cari
dalam pencarian ini? 

29 mac 2012

Thursday, 22 March 2012

izinkan aku temui dia

dia tidak pernah ku jumpa
dia tidak pernah ku bertegur sapa
ku kenali dia
hanya melalui tinta-tintanya
menyapa mesra
walau tidak pernah bersua muka

mengalir semangat dalam dirinya
tidak pernah mengenal erti kecewa
bersama desas-desus nafas yang di hela
mengalir kekuatan dalam dirinya
tidak pernah mengenal erti putus asa
bersama pesan darinya
“kita tidak tahu sejauh mana kuatnya kita
hingga menjadi kuat satu-satunya pilihan yang kita ada”

dia pernah berkata
kesakitannya dia yang rasa
kesakitanku aku yang rasa
saham kita mungkin berbeza
namun hikmahnya tetap sama
moga terpadam noda dosa
moga mendapat redha dari-Nya

dia mengajarku erti berbahagia
dengan kurniaan dari pencipta
dia mengajarku erti berusaha
dengan kudrat yang ada
dia mengajarku hakikat dunia ini sementara

ku temui ceritanya setelah dia tiada
ku temui ceritanya setelah tinta tidak lagi bernyawa
ku temui ceritanya setelah dia berhenti bercerita
tentang derita yang di tanggungnya

teringin sekali aku berjumpa dengannya
walau sekejap cuma
izinkan aku temui dia
orang yang telah meninggal dunia

26 november 2011

ajarkan aku erti malu

zaman jahilliahku
terpercik malu pada rona wajah
masa-masa yang telah berlalu
mampukah aku mengubah
desir angin yang membawa
hanyir debu dosa

alangkah malunya diriku
pada rimbun rindu yang terlakar dulu
hati yang ternoda
pada gelak tawa yang bergema
bingit seakan tidak ku kenal erti malu
walaupun ku tahu siapa diriku
hanyalah seorang muslimah
namun berbicara begitu petah

dimanakah rasa malu
diriku tidak pernah kenal erti tersipu
apa yang ku tahu
aku punya hak untuk mengukir rasaku
buat apa malu-malu
laungkan saja hak yang perlu
ada saja tingkahku
aduhai malunya aku
mengungkit kisah lalu

zaman jahilliahku
ajarkanlah aku tersipu
saat ku di ajarkan erti malu

9 disember 2011

berlari memujuk diri

jauh dari-Mu
seakan aku hilang pegangan
jauh dari-Mu
seakan aku bongkak berlari tanpa pedoman

hari yang semakin gelap
merangkak perlahan-lahan
merobek masa yang bersisa
dengan kudrat yang ada
aku berlari lagi menjauh dari-Mu

aku sayang Kamu
aku rindu untuk kembali kepada-Mu
namun rasa sayang ini
membawa diriku jauh pergi
dari Engkau yang benar ku sayangi

marahkah aku?
manjakah aku?
tetap berlari pergi
walau di panggil berkali-kali
tetap berlari walaupun kepenatan sendiri

aku berlari lagi
membawa diri dari-Mu
bila kepenatan menangis sendiri
aku mengumam lagi
merajukkah aku dengan-Mu?
bila tersadung kaki
aku menangis ingin kembali
mengadu kepada-Mu
kakiku terluka tidak mampu berlari lagi

merajukkah aku?
dengan Tuhan yang ku rindu

05 disember 2011

bahagia kita berbeza

gembira dulu tidak lagi ku rasa
namun aku bahagia
memburu cita-cita
walau dengan deraian air mata

pada mata mereka
tangisan itu bermakna derita
tangisan itu bermakna duka
tangisan itu bermakna terluka
namun bagiku maknanya tidak sama
walaupun betul tekaan mereka

menderita, berduka dan terluka
semuanya pernah ku rasa
namun itu bukan penamat segalanya

mereka bahagia dengan tertawa
mereka bahagia dengan bergembira
aku bahagia dengan air mata
kerana bagiku itulah harga
perlu di bayar untuk sebuah bahagia
dalam memburu cita-cita

kerana ujian kita berbeza
kerana bahagia kita berbeza
begitulah kita merasainya
dengan cara yang berbeza

22 november 2011

makna sebuah persahabatan

wahai kawan
inikah yang engkau namakan
sebuah persahabatan
terikat tanpa perjanjian
menangis aku sendirian
tertawa kita berdampingan

adakalanya aku tidak memahami
makna persahabatan
di depan aku di puji
di belakang aku bahan umpatan
inikah makna kesetiaan
yang engkau maksudkan?

wahai kawan
terkadang terfikir untuk seorang
berjalan pulang
tanpa kawan mahupun teman
tapi aku tidak mampu berjalan sendirian
sunyi dan ketakutan

ajarkanlah aku makna sebenar persahabatan
moga aku tidak lagi kebingungan
memahami makna yang engkau maksudkan

18 november 2011

bekerjalah kamu

bekerjalah kamu dengan sabar
walau dugaan selalu mencabar
walau kamu seorang pegawai kerajaan atau buruh kasar
mungkin hari ini tidak kamu sedar
cuba bukakan pandangan dengan lebar
masih ramai yang berlapar
tidur sekadar beralas surat khabar
mungkin juga berjalan kaki tanpa selipar
pengangguran semakin luas tersebar
hidup miskin terbiar
menunggu kamu menyapa bertanya khabar

bekerjalah kamu dengan tenang
walau air mata selalu bergenang
walau kamu orang susah atau senang
selalulah berfikiran lapang
mungkin hari ini kamu terasa seorang
kepenatan membanting tulang
cuba kamu pandang
jauh ke pekan dan ladang
masih ada yang hidup terbuang
menunggu kamu menghulur barang sekupang
buat mengalas perut yang berdendang

 bekerjalah kamu dengan tabah
walau peluh mencurah
walau fikiranmu resah
mungkin hari ini kamu tidak kisah
syiling sekupang di biar bersepah
lebihan makanan di anggap sampah
tapi ingatkah kamu mereka yang susah
pernahkah kamu memberi atau bersedekah
saat mereka terdesak menadah?

kerja itu amanah
kerja itu ibadah
tidak perlu di persoalkan lagi
tidak perlu di perdebatkan lagi
yang hanya menjadi tanda tanya
sejauh mana kamu mampu menghayatinya

17 November 2011

hebatkah kamu atau dia

jika kamu lebih hebat dari dia
pandanglah dia dengan kedua belah mata
siapa kamu dan siapa dia
adakah kamu memegang kuasa
atas kehebatan yang kamu ada?

jika hari ini dia bukan sesiapa
bukan juga orang berguna
bukan juga orang ternama
tapi hanya Tuhan yang berkuasa
mengubah atas kehendak-Nya
bukan hakmu meletakkan kedudukan darjatnya
bukan juga kuasamu menghukumnya
hina atau mulia
siapakah kamu untuk melabelnya?

jika kamu berasa bangga
atas kehebatan yang kamu punya
pernahkah kamu bertanya
hebatkah kamu atau hinakah dia
siapakah yang menentukannya
jawapannya bukan kamu atau dia
tapi Tuhan yang menilainya

jika hari ini kamu bongkak menghina
atau memandang dia
sebelah mata
mungkin suatu ketika
dia melangkah sebagai juara
dengan langkah bersahaja

apakah hari itu kamu masih berbangga
atau mungkin juga kamu ternganga
bisu tertawa dengan  hati tertanya
hebatkah kamu atau dia?
masih perlukah menjadi kayu penanda
syarat untuk di pandang sebagai manusia

31 oktober 2011

ibu yang jauh

ibu yang jauh
bagaimana harus aku mengadu
segala ceritaku padamu
aku buntu

aku merindu pada ibu yang jauh
tapi bagaimana hendak ku sampaikan rasa ini
bila malam sendiri
unggas bisu tanpa bunyi
aku rindu untuk tidur di pangkuanmu lagi

aku perlukan ibu yang jauh
tapi tidak ku sampaikan rasa ini
ku diamkan ceritaku sendiri
agar ibu tidak risau lagi
kerana ku tahu air mataku tidak tahu henti

aku sayang pada ibu yang jauh
diriku seakan dahaga
pada kasih sayang yang bersisa
seakan takut jika segalanya
menjadi nyata
tiba saatnya ibu yang jauh
benar-benar akan pergi menjauh

ibu yang jauh
maafkan aku terpaksa pergi jauh
namun sesekali tidak ku lupakan ibuku yang jauh

31 oktober 2011

tertikam dari belakang

tidak ingin aku menuduh sesiapa
tidak ingin aku mencari salah sesiapa
tapi bila aku terkena
seringkali aku berkata
ini mesti dia, dia dan dia
oh Tuhan
syaitan apakah yang sedang merasuk fikiran?

susah benar untuk menghalang
orang yang menikam dari belakang

oh bukan
orang itu bukan menikam
orang itu hanya tertikam
semua itu tidak di sengajakan
iu sahaja yang aku ucapkan
memujuk hati supaya tenang

27 oktober 2011

untuk wanita sahaja

aku tidak suka
bila tempat khas untuk bunga
di ceroboh kumbang sewenangnya
tanpa ada yang mengawalnya

aku tidak suka
bila ada yang tidak kenal jantina
atau tidak tahu mengeja
boleh juga tidak reti membaca
atau tidak faham bahasa
untuk memahami apa yang tertera
“untuk wanita sahaja sepanjang masa”

aku tidak suka
bila tempat yang di sedia
khas untuk bunga
bila sahaja aku cuba mendapatkannya
datang kumbang hinggap melata
ada sahaja yang ingin menyibuk sama
menyesakkan tempat yang sedia ada

aku tidak suka
bila bunyi kumbang membingitkan telinga
bila bau kumbang menyengat deria
bila kumbang tidak tahu untung nasibnya
sudah menumpang tidak tahu berjasa
sudah menumpang menyusahkan pula
sudah di sindir tersengih sahaja
tidak tahu atau hanya pura-pura
nak kata pandai bodoh sahaja gayanya

aku tidak suka
rasanya ingin sahaja aku campakkan semua
humbankan kumbang perosak ke luar jendela

23 oktober 2011

Tuesday, 6 March 2012

aku tidak ingin membebani

ya Allah...
andai aku menangis
biarlah mereka terusan tertawa
aku tidak sanggup mereka
turut merasai bahangnya
cukuplah Engkau menemani
cukuplah Engkau melindungi
cukuplah Engkau mengetahui


ya Allah...
tetapkanlah diri ini
untuk terusan berdiam diri
untuk tidak bercerita itu dan ini
kuatkanlah aku untuk tidak merungut lagi
berkali aku katakan
tidak! mereka tidak perlu tahu
mereka tidak berhak 
turut memikul bebananku


ya Allah...
aku rela berkongsi bahagia
bersama mereka
aku rela berkongsi tawa
bersama mereka
namun air mata ini
biarlah aku yang menyekanya sendiri
aku tidak ingin membebani
kerana Engkau yang lebih mengerti
apa yang ada di dalam hati ini


6 march 2012 

Sunday, 4 March 2012

aku percaya pada Dia

di tengah keadaan yang kian bergolak
aku takut untuk menghadapi
kemungkinan yang bakal tiba
cuma acapkali aku yakinkan diri
Dialah yang memberi rezeki
dari sumber yang tidak di sangka-sangka
dalam keadaan yang tidak terduga

bila aku tidak tahu untuk berkata-kata
mereka tertanya-tanya
tidak memahami apa yang terjadi
bungkam memikirkan nasib diri
aku cuba menyakinkan
tidak perlu takut pada keadaan
walau apa jua yang bakal menekan
bukankah Dia yang memegang penyelesaian
membuka pintu setiap jalan

di tengah keadaan yang huru-hara
aku berlagak bagaikan tiada apa
pada mereka aku tersenyum bersahaja
di dalam dada getarnya sukar di baca
ya..aku pun risau juga
cuma aku memilih bersangka baik-baik sahaja
apa jua ketentuan dari-Nya
segalanya terbaik buat kita
Dia lebih mengetahuinya
atas apa yang kita tidak punya
pengetahuan tentangnya

bila aku benar-benar tidak tahu
tentang kebenaran di sebalik
tanda tanya yang mengganggu
aku memilih untuk tidak ambil tahu
di luar sana ribut tidak menentu
di sini kami diam seakan bisu
cuma di dalam detak kerisauan kian laju

apa jua kemungkinan bakal berlaku
aku serahkan segalanya pada-Nya
aku tidak takut pada semua itu
kerana aku percaya pada Dia..

4 march 2012

aku terasa di rahmati

segala puji bagi Allah
yang memberi segala sesuatu
dan aku hamba-Mu yang menerima
memanjat syukur pada-Mu
terlalu banyak kurnia
yang melimpah dari kasih-Mu

segala puji bagi Allah
yang berkuasa ke atas segala sesuatu
dan aku hamba-Mu yang di uji
memanjat syukur untuk sekian kali

segala puji bagi Allah
yang memiliki segala sesuatu
sungguhpun Engkau mengambil kembali satu
nikmat pinjaman-Mu dariku
namun terlalu banyak nikmat-Mu
masih dalam genggamanku

segala puji bagi Allah
yang mengetahui segala sesuatu
dan aku hamba-Mu yang tidak tahu
sendirian termangu
untuk apa aku harus menangis?
untuk apa aku harus meratapi?
pada hanya satu nikmat yang telah pergi
dan bisikan itu bertanya padaku
bagaimanakah kiranya
Engkau mengambil kesemuanya sekali gus?
ya Allah..ampunkan aku terlalu rakus
lalai dengan kurniaan-Mu yang terlalu tulus

segala puji bagi Allah
yang satu-satunya aku sembah
dan ajarkanlah aku bersyukur
dengan kurniaan-Mu yang melimpah
dan ajarkanlah aku akur
pada setiap ketentuan dan perintah

segala puji bagi Allah
aku benar-benar rasa di rahmati
bila aku punya Kamu
terasa hidup ini telah di lengkapi

4 march 2012

Saturday, 3 March 2012

tips menghadapi kegagalan atau kekecewaan (i)

salam..


hari ni aku nak kongsi tips yang aku guna untuk menghadapi kegagalan..hehe.
kalo aku bagi tips bukan bermakna aku ni budget diri bagus sangat ataupun aku ni lebih bagus dari korang. tapi..ini sekadar inisiatif aku nak kongsi tips yang aku guna n aku rasa mungkin juga berguna untuk korang. aku tak janji hasilnya confirm berjaya..tapi kengkawan, ape salahnya mencuba. ye idak???hehe.


ok..kita teruskan..aku ada banyak tips, tapi ni siri satu.siri berikutnya akan bersambung kalo aku ada masa. (ala-ala komik bersiri lak..layan je.haha).


tips menghadapi kegagalan atau kekecewaan..


1) menangislah sepuas hati
tak ade sapepun bleh halang korang nak nanges, meraung ataupun nak meroyan. korang ade hak sebab air mata meleleh korang lap sendiri, kalo tekak korang saket pun korang yang rasa n kalo orang cakap korang gila memang korang gila la..haha. so, peduli ape kat depa. ye idak??hehe. so, jangan risau. nanges dan nanges lagi sepuas hati korang. pergh..puaskan?huahahaha. tapiiiiiiiiiiiii..tanya diri korang, SAMPAI BILA???
sampai bila nak nanges, sampai bila nak meraung n sampai bila nak meroyan. korang tanye n korang jawab kat korang sendiri. tak payah bagi jawapan kat aku.haha. ingat, hidup untuk di nikmati bukan untuk di ratapi..huhu.


2) sibukkan diri
kalo korang sedey sangat, so tak tahan nak nanges, no hal beb, tarak masalah. nanges la. tapi sesambil korang nanges, korang mesti jangan berhenti buat keje berfaedah. sesambil korang hukhukhuk..hush(buang hingus..haha) sesambil tu tangan korang jalan. buat la sesuatu, buat keje n buat keje jangan stop sampai korang penat. (tapi korang jangan buat keje jahat sudah..aku ulang, buat benda berfaedah).


tahu tak nape aku cakap camni? sebab manusia hanya boleh fokus pada satu benda sahaja untuk satu-satu masa. jadi, kalo korang nanges tapi sesambil tu korang buat keje, mula-mula fokus korang adalah pada benda yang buat korang nanges (kecewa ke kegagalan ke or ape-ape jelah), tapi bila korang paksa diri, buat keje, buat keje n buat keje lagi (walopun sesambil nanges) fokus korang selepas itu akan beralih pada keje.


contoh, mak bedah nanges sebab kecewa anak dia kurang ajar ngan die (die suh makan nasi kerabu anak die bantah nak makan stik daging lembu). jadi mak bedah pun prepare tuk masak stik daging lembu, sesambil tu mak bedah nanges sebab kecewa ngan amat mendalam kat anak die.


mak bedah pun potong daging lembu sambil membebel nanges "aku suruh makan nasi kerabu tak nak, nak jugak makan stik lembu ala-ala omputih la konon. dah tak mau makan makanan orang kampung cam aku ni. lupe daratan. aku didik susah-susah ini yang die balas. lembu jugak yang die nak. biarkan..amik kau jadi macam lembu..hukhukhuk(nanges)"


sesambil tu mak bedah masak n masak tangan tetap bekerja walopun nanges. tetiba..time mak bedah nak rasa masakan die, mak bedah tetibe terkesima lalu berkata "wah..sedap ugak stik daging lembu yang aku masak ni. kira aku dah bleh jadi chef western food ni.kalah chef selebriti.hehe".


korang bleh nampak tak fokus mak bedah telah bertukar dari kecewa ngan anak die kepada rasa bangga dengan masakan die setelah die tetap berusaha memasak walopun kecewa dengan anak die. agak-agak la, kalo mak bedah tak masak n menangis je ape faedah yang mak bedah dapat??? cuba korang teka..hehe.


so, korang pon sama. bleh cuba tips ni. walopun korang terpaksa nanges (sebab tak tahan) tapi korang still paksa diri buat keje n buat keje lagi, maka hasilnya pasti korang akan cakap "wow..tak sangka, keje aku suma sudah siap..yeah!!!"(keje yang berbulan-bulan tertangguh tetiba boleh siap) huahaha..inilah hikmah di duga dengan kekecewaan..cewah!


3) jangan layan perasaan
kalo korang teramat sedih, kecewa n geram. di waktu tengah membuak-buak perasaan tu, korang ignore atau abaikan je perasaan korang. itu yang terbaik untuk masa tu. ini macam terapi orang nak berhenti merokok, iaitu lengahkan.


tengah-tengah korang rasa nak nanges n nak pikir benda-benda yang buat korang sedih, cepat-cepat ignore perasaan korang atau lengahkan dari berfikir benda tu. jangan di layan. korang anggap je perasaan korang tu macam budak kecik yang merengek nak beli gula-gula kat kedai runcit. makin di layan makin menjadi. kalo di layan die berguling-guling kat lantai n bikin malu je.haha.


jadi ignore perasaan korang, buat-buat ape yang korang rasa tu (sedey n kecewa) tak pernah wujud. sesambil tu korang pegi buat benda lain (berborak ngan kawan ke, baca buku ke) untuk hilangkan fokus korang dari berfikir n layan perasaan sedih tu. nape aku cakap macam ni? sebab makin korang layan perasaan korang, makin korang sedey n perasaan tu makin mengada-ngada. benda kecik korang akan besar-besarkan. kalo korang layan n layan lagi korang lama-lama akan meroyan, stress n korang akan jadi tingtong (macam bunyi loceng la pulak..haha). jadi sebelum korang jadi ting-tong ting-tong macam bunyi loceng, penyelesaian terbaik adalah "ABAIKAN PERASAAN".


4) rangka plan baru
pada pendapat aku, hidup ni kita perlu ada macam-macam plan atau perancangan. aku biasa buat macam tu. macam-macam plan aku buat dengan tujuan hidup aku lebih terurus n aku lebih berdisiplin tuk jayakan plan aku.


jadi aku bagi tips kat korang, kalo korang kecewa atau gagal dalam sesuatu perkara. jangan sedey. ilek je beb..korang anggap itu plan A yang tidak berjaya. aku ulang..elakkan cakap 'gagal' tapi cakap tidak berjaya. so, secara psikologinya, dengan sebut tidak berjaya, maknanya korang ada peluang untuk berjaya walopun tidak pada kali ni.hehe.


setelah plan A gagal, ape nak buat? buat-buat bodoh? buat-buat tak reti?..oh, tidak kawan, buatlah plan B, C dan seterusnya untuk back up plan A yang sudah tidak berjaya. plan B korang adalah macam mana korang nak bangkit dari kegagalan ni n kekecewaan ni dengan cari harapan atau semangat baru untuk teruskan hidup selepas kekecewaan ni. ingat, korang tidak akan di kira gagal walopun berkali-kali tidak berjaya dalam mencapai plan hidup korang, tapi korang akan di anggap gagal bila korang sudah BERPUTUS ASA.


5) selalu berfikiran dan berkata-kata positif
korang mesti berfikiran positif. lihat kegagalan n kekecewaan tu dari sudut positif. dan korang selalulah cakap benda-benda yang positif dengan kata lain bersangka baik dengan ketentuan Allah. 


sebagai contoh, jika korang rasa susah untuk hadapi sesuatu masalah atau untuk selesaikan sesuatu tugasan. korang sebaiknya cakap "suma ni senang je sebenarnya, cuma nampak tak bape senang sebab aku tak pernah atau tak biasa buat benda ni". dengan mengulang perkataan 'senang' berkali-kali dan menggantikan perkataan 'susah' dengan perkataan 'tidak senang' ini bermakna korang berfikiran positif dan berkata-kata dengan positif serta cuba mengelakkan menggunakan perkataan negatif(susah). so, benda-benda positif sahaja yang berlegar di persekitaran korang. 


apabila kita berfikir benda baik-baik dan bersangka baik, insyaAllah benda-benda baik sahaja akan berlaku. ini di namakan 'law of attraction' iaitu apa yang kita fikir benda itulah yang akan jadi.


ini bukan miracle ke ape, tapi setiap apa yang kita cakap menjadi doa. berkali-kali kita cakap insyaAllah Allah akan kabulkan.jadi, cakap la benda yang baik-baik sahaja. okeh???


compare dengan korang cakap "susahnya nak buat benda ni, sebab aku sebelum ni tak pernah hadapi lagi benda-benda susah macam ni sebab tulah jadi sangat susah." cuba perhatikan..korang repeat perkataan susah berkali-kali maka susah la jawabnya wei.haha.


setakat ni dulu aku bagi tips untuk kali ni. panjang umur, ada masa aku sambung lagi.tata.salam.