Tuesday, 27 December 2011

Tuhan..aku maafkan mereka

Tuhan..aku maafkan mereka
kiranya mereka pernah menzalimiku
walau dengan sengaja ataupun tidak
walau dengan pengetahuanku ataupun tidak
aku pohon Engkau ampuni dosa-dosa mereka
sebagai mana aku maafkan mereka
dan saat itu ku serahkan segalanya
di bawah ketentuan-Mu yang Esa

Tuhan..aku maafkan mereka
kiranya mereka pernah menyakitiku
dengan air mata yang ku seka
moga Engkau gantikan kemaafanku buat mereka
dengan rasa sesal dan taubat
moga mereka tidak lagi kembali jahat
moga mereka kembali kepada-Mu untuk beribadat
hanya itu yang ku inginkan sebagai balasan
atas lukaku yang belum padam
aku tidak ingin lagi menjadi pendendam

Tuhan..aku maafkan mereka
kiranya mereka pernah menipuku
biarlah dengan duitku yang pernah di tipu
mereka beramal dan membantu
golongan miskin dan yatim piatu
moga mereka kembali kepada-Mu
dengan makbulnya doaku

Tuhan..aku maafkan mereka
kerana mereka tidak berdosa
hanya aku yang terlalu lama memendam rasa

27 Disember 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates