Friday, 23 December 2011

muslimah itu

Tuhan..melihat muslimah itu hatiku lebur dalam perasaan malu. namun sememangnya aku tidak sesekali memuja dia. sekadar berasa kagum dengan hebatnya penciptaan-Mu. sungguhpun aku tidak sehebat dia, aku bersyukur atas apa yang di kurnia dan aku percaya inilah sebaik-baik aku di cipta. semoga Engkau membimbingku dalam usahaku mendapatkan redha-Mu.

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. santunnya membuatkan aku malu. bagaimana aku harus menitipkan sifat itu ke dalam nadiku sedangkan hidupku sebelumnya bukan begitu. ya Allah ya Tuhanku..ajarkanlah aku untuk santun dalam bicara dan tingkahku. moga Engkau membimbingku. aku ingin menjadi seperti muslimah itu.

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. lemah-lembutnya membuatkan aku ragu. apakah tingkahku mampu seperti itu walau aku cuba meniru. ya Allah ya Tuhanku..moga Engkau membimbingku. moga aku tidak perlu meniru. moga ianya datang dari kehendak-Mu. aku ingin menjadi seperti muslimah itu. 

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. dirinya penuh dengan rasa malu untuk berbicara terlalu mesra dengan lelaki bukan mahramnya. saat mengenalinya aku juga berasa malu akan cacatnya pergaulanku dengan kawan lelaki bukan mahramku. apakah aku mampu mengubah segala noda itu agar aku suci seperti muslimah itu. ya Allah ya Tuhanku..ajarkanlah aku rasa malu untuk ku perbetulkan langkahku menghapus noda-noda. menyucikan diri dari dosa pergaulan tanpa batas sesama manusia. moga Engkau membimbing langkahku. aku ingin menjadi seperti muslimah itu.

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. ketabahannya membuatkan aku termangu. apakah aku mampu sekuat dia dalam menerima takdir dari-Mu. apakah aku setabah dia dalam menempuh dugaan dari-Mu. apakah aku seperti dia dalam mengharungi hari-hariku. moga Engkau membimbingku. moga Engkau ajarkan aku redha dengan takdir ketentuan-Mu. moga aku tidak meratapi masa lalu. aku ingin menjadi seperti muslimah itu.

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. ilmunya membuatkan aku merasa dungu. rendah dirinya membuatkan aku terpaku. hikmah bicaranya membuatku tersenyum rindu. ingin selalu mendengar nasihat darinya. ingin berbicara sedalamnya tentang agama-Mu. moga Engkau membimbingku. moga Engkau menambahkan ilmuku. agar aku mampu petah untuk berbicara tentang ilmu. berkongsi sesama manusia di sekelilingku. moga Engkau jadikan aku orang yang beramal dengan ilmu. aku ingin menjadi seperti muslimah itu.

Tuhan..muslimah itu tidak sepertiku. namun biarlah aku seperti muslimah itu dengan cara diriku sendiri atas kehendak-Mu kerana aku ingin menjadi seperti muslimah itu. seorang muslimah yang solehah menyentuh hatiku untuk berubah.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates