tentang dirinya
sukar untuk di tafsir
apa yang sedang di fikir
tingkahnya tidak dapat di duga
reaksinya bingung untuk di baca
cerita hidupnya
terlerai satu persatu
dalam kerahsiaan sang pencerita
aku hanya gumam membisu
kenapa rahsia ini di buka
tanpa pengetahuan dia empunya cerita
hanya sang pencerita
punya alasannya
tidak dapatkah dia meneka
bila air mataku mengalir memandangnya
yang ku terima hanya gelak tawa
sangkanya aku sekadar gadis manja
dia yang berahsia
apakah dia tidak tahu
atau hanya selamba berpura
setiap kali aku memandangnya
sering saja hatiku berkata-kata
kenapa dia tidak pernah bertanya
adakah aku tahu perihal rahsia ini semua?
tentu sekali aku jawab ya
dan cerita itu bukan lagi rahsia
kenapa dia tidak pernah bertanya?
mungkin juga dia
ingin selamanya menjadi perahsia
25 Disember 2011
No comments:
Post a Comment