Monday, 7 October 2024

Bersyukur Dengan Yang Sedikit

 


Assalamualaikum..

Dalam hidup ni kita akan di uji dengan dua perkara, iaitu sabar dan syukur. Aku dahulunya di uji dengan bagaimana untuk sabar, terutamanya saat di timpa musibah. Ya, sangat payah sebenarnya untuk sabar saat di uji. Alhamdulillahi A'ala Kullihal. Namun kali ini aku bukan nak bercakap soal sabar, tapi aku ingin bercakap serba sedikit tentang syukur. 

Dahulunya aku fikir bersyukur itu lebih senang dari bersabar, sebab kita hanya perlu berterima kasih pada Allah S.W.T atas kurniaan nikmat-nkmat-Nya. Jadi syukur bila kita ada banyak nikmat. Namun, sebenarnya syukur itu juga perlu bila kita di kurniakan dengan sedikit. 

Bersyukur dengan yang sedikit kita punyai, sebenarnya bukan sesuatu yang senang. Kita mungkin akan di hantui perasaan membandingkan keadaan kita dengan orang lain yang di kurniakan lebih banyak nikmat berbanding kita. Ketika kita punya sesuatu yang sedikit berbanding yang lain, atau ketika Allah mengambil nikmat yang di berikan-Nya kepada kita, kita mungkin akan di hantui perasaan tidak puas hati, sedih, mempertikaikan apa yang berlaku dan sebagainya. Di sinilah titik tolak saat kita di uji, apakah kita masih seorang yang bersyukur dengan segala nikmat-nikmat yang Allah kurniakan yang pada kita terasa sedikit, namun ianya sangat bernilai. 

Ingatkan, nikmat-nikmat yang ada pada diri kita, hanya mampu kita hargai saat kita kehilangannya. Contoh, kita lihat orang lain lebih kaya dari kita, ada segalanya yang mungkin kita kehendaki, tidak merasa susah seperti kita, tapi dari sisi lain kehidupan mereka, kita tidak tahu, mungkin mereka di uji dengan kesakitan, kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Jadi di sini, didiklah hati untuk sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Hitunglah setiap nikmat-nikmat itu, sehingga kita sedar kitalah orang yang sangat beruntung. Sedarlah, terkadang apa yang kita miliki adalah apa yang di impikan oleh orang lain, sedang kita masih gagal untuk mensyukurinya.

Hadis Nabi Muhammaad S.A.W:

  • “ Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” 
  • (HR. Ahmad, 4/278. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan sebagaimana dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 667). 

Nabi S.A.W juga bersabda:

  •  Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, yaitu nikmat sehat dan waktu senggang”. 
  • (HR. Bukhari no. 6412, dari Ibnu ‘Abbas) 

Syukur itu adalah meninggalkan maksiat dan mentaati perintah Allah S.W.T. Ayuhlah hari ini kita didik diri kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Sekian dari aku buat kali ni. 

Sunday, 6 October 2024

Tak Ingin di Jejaki

 


Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa macam tak nak di jejaki? Aku pernah!.hahaha. aku tanya aku jawab sendiri.
Ya! memang benar, aku kebelakangan ni rasa macam tak suka di jejaki oleh mereka yang aku tak sukai. Jangan jejaki aku! Kiranya aku tidak hubungi kamu. Titik!

Tapi..terkadang aku rasa seolah aku di jejaki..di hantui..oleh masa lalu. Move on! pandang ke depan. Teruskan melangkah! Terkadang apa yang aku cakap, tulis, selalunya di tujukan pada diri aku sendiri. Ketika aku bercakap tentang motivasi, saat itu aku perlukan motivasi itu, saat aku menasihati, akulah yang paling memerlukan nasihat itu. Jika kalian terasa, nah! Bukan salah aku.hahaha. Ops, aku gurau je. Jika korang nak ambil kata-kata aku untuk diri sendiri, silakan. Aku izinkan, moga ianya bermanfaat.

Masa lalu sebenarnya untuk di ambil pelajaran daripadanya, bukan untuk di ingati lantas sakit hati sendiri. Biarkan masa lalu pergi, kerana ianya sememangnya telah pergi dari hidup kita, dan tidak akan kembali. Kenapa aku cakap tentang masa lalu ni? Aku sedih? Aku rindukan masa lalu aku? Nope! Tidak sama sekali! Aku langsung tidak mahu ingati masa lalu aku, walau ada yang berkata 'Oh, jika dapat di putarkan masa, aku akan..blablabla". Tidak! Tidak bagi aku. Aku jujurnya tidak ingin putar masa lalu kembali. Biarlah ianya berkubur bersama masa..cewah!hahaha. Eh, aku serius tau!

Kebelakangan ni aku asyik tertanya pada diri aku, menyesalkan aku dengan masa lalu? Rindukah aku pada masa laku? Sekali lagi jawapan aku tidak! Cukuplah masa lalu aku mengajar aku tentang kehidupan, sekarang aku lebih menghargai hari ini yang aku jalani. Aku bahagia dengan hari ini. Tersangat bahagia..Alhamdulillah.

Betapa aku tidak ingin di jejaki oleh masa lalu, aku ingin lupuskan blog ni, aku buka blog baru, aku delete balik, aku kekalkan blog ni, sebab blog ni banyak kenangan pada aku, jerih-perih aku dengan kehidupan aku, banyaknya aku coret di sini. Aku suka menulis, tapi lately aku banyak luangkan masa aku dengan yang tersayang di alam nyata. Aku lebih bahagia begitu. 

Tapi aku baru teringat akan seorang penulis yang aku follow sebelum ni, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, aku selalu baca blog dia dulu, aku lawat balik blog dia, lawat laman facebook dia, dia ada menulis yang dia berdoa agar Allah pelihara jari dan otaknya, agar dia mampu terus menulis dan berdakwah dengan tulisan dan lisan. Allah! aku teringatkan blog ni. Agak lama aku berhenti menulis.

Jika dulu aku menulis untuk menghilangkan rasa yang negatif, tapi hari ini aku tekad untuk menulis kembali (jika di berikan masa luang) untuk menukilkan kata-kata sekiranya ia mampu di nilai sebagai usaha aku dalam memanfaatkan orang ramai walaupun aku tahu sekarang lebih banyak media massa yang terkini yang sering kali di lawati selain blog, tapi aku ingin kembali menulis, untuk kalian dan juga untuk diri aku sendiri.

Akhir sekali, pesan aku (terutamanya pada diri sendiri), nikmatilah hidup hari ini. fokuslah pada hari ini. Tinggallah masa lalu, kerana ianya telah berlalu, tidak dapat kita ulangi atau ubah lagi dan jangan risau akan masa depan kerana ianya belum terjadi dan belum pasti akan terjadi.

Ok..aku beransur dulu, sekian.

Mereka Yang Kehilangan

  


Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, pulang dari kerja, berlaku kemalangan maut di pertengahan jalan. Mangsa maut di tempat kejadian. Motorsikal bertembung dengan kereta. Agak tragis kejadian itu. Ramai orang berkumpul melihat kejadian tersebut. Kebetulan saya juga ada urusan berhampiran tempat tersebut, atau lebih tepat, di hadapan tempat kejadian. Kemalangan melibatkan dua orang remaja, baru berusia 17 tahun, seorang dari mereka hanya cedera, dan seorang lagi maut di tempat kejadian.

Tragis, menakutkan..dan saya terketar-ketar di sana menyaksikan mangsa terbaring kaku dan tidak ada sesiapa yang boleh mengalihkan kedudukan mangsa sehingga pihak polis datang mengambil mangsa dengan trak polis. Selang beberapa ketika, ada seorang wanita dalam lingkungan 40-an dari gayanya, atau mungkin lebih muda dari itu. Beliau cuba mengenalpasti mangsa kemalangan, melihat ke dalam ambulan dan melihat kepada mangsa terbujur kaku di atas jalan. Setelah itu mangsa membuat panggilan telefon, seraya itu menangis meraung memberitahu seseorang di talian, "anak..anak.." saya mengagak itu ibu mangsa. Sayu terasa..

Beliau cuba di tenangkan oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian, hinggalah datang satu sosok tubuh lelaki, saya beranggapan itu suaminya. Saya yang melihat kejadian itu, kaku terasa, suasana sayu seketika..namun selepas itu beliau, wanita itu tidak dapat di tenangkan, beliau menangis dan meraung semahunya.

Saya hanya memerhati di satu sudut, di dalam hati terlintas, teringat satu hadis nabi Muhammad S.A.W, 

 Dari Anas bin Malik -raḍiyallāhu 'anhu- ia berkata, 
"Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- pernah melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan lalu beliau bersabda, 
"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata, "Menyingkirlah dariku, karena sesungguhnya engkau tidak ditimpa musibah seperti musibah yang menimpaku.(Anas berkata)
"Wanita itu tidak mengenal beliau. Lantas dikatakan kepadanya bahwa orang itu adalah Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam-. Wanita itu pun segera mendatangi Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- dan tidak menemukan para penjaga pintu di sisinya. Ia pun berkata, "Aku tidak mengenalmu." 
Beliau bersabda, "Sesungguhnya kesabaran itu saat goncangan pertama." Dalam riwayat lain disebutkan, "Dia menangis atas kematian bayinya." 
[Hadis sahih] - [Muttafaq 'alaih]

Benarlah kata nabi, kesabaran itu saat goncangan pertama iaitu saat pertama ketika kita di timpa musibah. Oleh kerana itulah kita di sarankan untuk membaca doa seperti berikut:

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

 Artinya : "Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."