Showing posts with label bicara sihat dan cantik. Show all posts
Showing posts with label bicara sihat dan cantik. Show all posts

Monday, 3 March 2014

senaman kardio untuk wanita

credit picture to: womansday.com

assalamualaikum..

senaman kardio untuk wanita
ada yang tercari-cari blog ini untuk tahu tentang senaman kardio untuk wanita. meh aku kongsikan beberapa senaman kardio yang boleh di cuba orang wanita cun, cantik, gojes dan menawan di luar sana. wahai wanita sekelian, sila ambil perhatian!hihi

skipping
skipping adalah salah satu senaman kardio yang boleh di cuba oleh wanita yang ingin tampil sihat dan ramping. skipping memberi impak keseluruhan badan bagi yang mengamalkannya secara kosisten. jika rumah mempunyai kawasan yang luas seperti hall atau laman, boleh mencuba skipping. atau yang mempunyai ruang tamu yang luas. tapi awas! bagi yang tinggal di apartment atau flat, kalau boleh cuba elakkan skipping kerana bimbang jiran di bawah rumah akan dengar bunyi dentum-dentum.hehe. tak caya? aku dah pernah alami. tapi ni di rumah teres akak aku. aku bersenam lompat-lompat kat bahagian atas, bila aku turun bawah akak aku cakap 'boti buat ape la bunyi dentum-dentum kat atas' hahaha. aku sengih n diam je. kontrol macho depan anak buah aku ;p tapi kalo korang tinggal kondo boleh kot, sebab lantai dia lebih tebal. macam kawan aku tinggal kondo, tak ada pulak jiran datang buat komplen dia bersenam kat umah.hehe. so, pandai-pandai agak kat situ.hihi.

senaman kickboxing/seni mempertahankan diri
bagi wanita yang menginginkan bentuk badan yang lebih pejal (bukan berketul macam laki tuh), boleh cuba teknik tumbukan dan tendangan ala kick-boxing. aku pernah citer details pasal kickboxing dalam post senaman kardio kickboxing. teknik tumbukan akan membantu wanita memejalkan otot lengan atau otot bahagian atas badan untuk mengelakkan lengan mengeleber. teknik tendangan pula akan membantu wanita memejalkan otot paha dan betis. bagi yang ingin mengecilkan paha, memang sesuai buat senaman ini. dan sebagai bonusnya, bahagian punggung juga akan lebih pejal.hehe.

jogging
pada yang suka jogging, boleh try jogging sambil menghirup udara segar di taman rekreasi bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. selain dapat membakar lemak yang tidak di kehendaki, kita juga dapat meluangkan masa bersama orang tersayang bagi mengeratkan silaturrahim. kalo nak, boleh jugak ajak jiran-jiran berjongging bersama anak-anak. cuma, elakkan berpicnic bagai siap tapau nasik lemak, ayam goreng dan air bergas.hohoho.ini memang sangat bagus mengeratkan silaturrahim dengan makan bersama-sama, tapi sangat tidak di galakkan bagi yang sedang berusaha tampil sihat dan langsing. paling penting, senaman mesti konsisten dan juga jaga pengambilan makanan ye cik adek manis yang cantik jelita ;)

berenang
wanita juga boleh mencuba berenang sebagai senaman kardio pilihan. tapi aku tak reti berenang.hahaha. mak aku reti la. mak aku ni ratu renang idola aku.hihi ;) bagi yang sukakan aktiviti renang, mungkin boleh libatkan diri dengan berenang bersama kawan-kawan atau keluarga. bagi wanita muslimah pula, boleh cuba di kolam renang tertutup yang di buka waktu tertentu khas untuk muslimah. selamat berenang ye. sorry..tak banyak teknik aku bleh ajar sebab chekgu tak reti berenang wahai anak-anak.hehehe. dari kecik aku belajar berenang ngan mak aku, masih tak terturun lagi ilmu mak aku kat anak dia nih.hihi. 

wanita berkerjaya
bagi wanita yang berkerjaya dan selalu sibuk. aku suggest untuk mencuba senaman-senaman yang sesuai untuk di cuba di rumah. contohnya skipping dan senaman kickboxing. boleh juga mencuba video-video senaman di rumah. bagi beginners, aku sarankan pilih video dengan duration singkat terlebih dahulu supaya tidak terlalu membebankan otot. lepas itu, korang boleh la gandakan duration seiring dengan stamina korang yang makin bertambah.  

akhir kata
okeh, stakat tu sahaja aku kongsikan kali ni. pada wanita di luar sana, ada banyak sangat senaman kardio yang boleh di cuba oleh wanita, aku hanya kongsi beberapa shaja.hehe. pada yang terlepas untuk membaca post-post aku pasal senaman kardio, senang je. pegi dekat kotak search kat blog ni dan taip 'senaman kardio' korang akan jumpa banyak post tentang senaman kardio yang aku share. moga bermanfaat ;) tata.

Friday, 28 February 2014

senaman kardio kickboxing

credit picture to: fitchickexpress.com

assalamualaikum..

senaman seni mempertahankan diri
walaupun dah beberapa tahun (sejak 1999-2003) meninggalkan penglibatan rasmi aku dengan seni gayung fatani malaysia, tapi aku selalu mengamalkan jurus-jurus silat dalam senaman aku di rumah. dari dulu hingga kini aku masih amalkan.hehe. aku selalu amalkan side n back kick dan juga jurus tumbukan sebagai senaman. meh aku citer sedikit tentang senaman seni mempertahankan diri.

punching bag vs batang pisang
sejak aku minat dengan seni mempertahankan diri. sejak zaman sekolah rendah lagi. aku suka la tengok citer kungfu, silat etc kat tv. dah tuh bila mak aku nak tebang pokok pisang kat kebun tuh aku mula la kenen-kenen kat dia.hihi. aku suh mak aku tolong ikatkan batang pisang dekat pokok untuk aku buat punching. konon-kononnya macam punching bag gituh la.
dah aku ni kampung girl guna jela batang pisang.hahaha. senang, free dan tak susahkan mak bapak aku nak keluarkan duit.hihi. aku mesti punch kat batang pisang tuh dan kira berapa prestasi aku. 10 20 50kali. haa..kononnya hebat la tuh.haha.
untuk makluman korang, batang pisang tak selembut punching bag. so, buku lima aku mesti merah-merah tiap kali aku wat training.hihi. sakit wo!!! kononnya nak asah buku lima kasi ada ruas-ruas macam fong sai yok!hahaha. obses giler. aku dah terbayang-banyang suatu hari nanti aku akan belajar kung fu terbang kat atap rumah jiran kiri kanan. bila aku dapat tau dorang guna macam tali untuk terbang dalam citer kungfu tuh, ces! hampeh. hancur berkecai angan-angan aku.hahaha. dorang main tipu ngan aku!

senaman kick-boxing di rumah
sejak aku join silat tahun 1999, aku selalu ugak buat senaman kick boxing kat rumah. aku guna jurus tendangan dan tumbukan.hahaha. ayah aku selalu ugak tengok anak dia meroyan kat umah.kihkihkih. sampai skang pon aku still teruskan senaman camni. tapi kadang-kadang aku buat bila orang tak ada kat umah. sebab kononnya skang aku nak jadi ayu. segan la nak tendang menendang kat umah bila dah tuo bangka nih.hahaha. tapi selalu ugak kantoi ngan ayah aku. selalunya bila terserempak ngan ayah aku, n dia usik-usik aku. aku kontrol macho. terus stop tapi tak cakap apa-apa. buat betul-betulkan rambut depan cermin.kahkahkah.

fungsi tendangan
aku amalkan side kick dan juga back kick sebab bagi aku ia sangat bagus untuk kekalkan bentuk badan bahagian pinggang ke bawah. untuk langsingkan peha dan betis. selain itu juga bagus untuk pejalkan bahagian punggung.ops! malu aku.hahaha. aku selalu praktis kat umah buat tendangan sisi dan tendangan belakang juga untuk kekalkan stamina aku dalam seni mempertahankan diri. kalo lama tak buat, mesti berkarat n segala jurus-jurus silat pon tak ingat. so, aku ade ugak praktis balik jurus-jurus yang guru silat aku ajar, cikgu adnan bin abdul kadir.heheh. aku ingat lagi email dia nama 'fatanan' sebab nama dia adnan + fatani, aku cilok guna versi aku 'fatatee' fatani + tee (nama aku).hahaha. obses kau!

fungsi tumbukan
fungsi tumbukan dalam senaman selain nak praktis untuk tumbuk orang (gara-gara tumbuk orang aku ada parut kat atas kening :p), ia mampu memejalkan otot-otot di bawah lengan. hasilnya lengan yang lebih langsing dan tidak menggeleber. korang mau lengan yang menggeleber? iyoooo..katakan tak mau!hihi. senaman tumbukan dapat melangsingkan bahagian atas. terutama lengan dan sisi badan. aku amalkan teknik tumbukan ni juga untuk kuatkan kekuda aku. ni guru silat aku ajar kuatkan kekuda dengan tumbukan.hehe. kekuda yang tegap dan kuat itu penting bagi seorang pesilat. ni aku punya teori sendiri hasil tunjuk ajar guru silat aku.hahaha.

kombinasi tendangan dan tumbukan
kombinasi tendangan dan tumbukan pula memberi impak kepada bahagian tengah badan yang kita sedia tahu, perut!hahaha. untuk hilangkan masalah perut boncet, rajin-rajin la amalkan senaman kickboxing ye anak-anak! senaman kickboxing boleh memejalkan otot-otot kat perut juga. bagi pembakaran lemak yang optimum, rajin-rajin la buat senaman secara konsisten. jangan pulak pagi pergi bersenam, lepas tu balun nasik lemak tak pun roti canai.hahaha. hancus la effect senaman korang. jaga makan pon penting tahu!hihi. tak pun hari ni senaman tahun depan pulak sambung. gamaknya berkarat lemak dalam perut.ops!haha.

contoh senaman kickboxing
ini adalah contoh video senaman kickboxing, kalo ada yang masih blur-blur dengan apa yang aku citer neh. tapi aku selalu buat tak pakai video pon. main tendang n tumbuk-tumbuk tu jerk maklumlah bajet terer.hahaha.
nih aku  kongsikan video:
kickboxing cardio workout - smackdown your stress 



huhu.aku buat 15minit guna video ni dah penat. benti minum esp jap.hahaha. penat wo! berpeluh 1 badan. tapi best.hihi. nak langsing mesti buat secara konsisten. tapi kalo penat ngan duration lama sangat, pilih video yang pendek.hehe. selamat mencuba ;) 
eh, ibu mengandung tidak di galakkan buat senaman kardio ini.hehehe. kang terberanak kat situ sape nak tolong?hihi. ingat, jangan lupa minum banyak air. lebih-lebih lagi bila bersenam. dalam cuaca panas camni, boleh bersenam depan kipas macam aku buat.hihi.

Sunday, 23 February 2014

senaman kardio untuk ibu mengandung


credit picture to: brycegroark.com
assalamualaikum..

senaman kardio
sebagaimana kita telah bincangkan apa itu senaman kardio di dalam post yang lepas-lepas. semua sudah sedia tahu senaman kardio itu adalah mana-mana senaman yang di ulang berkali-kali dan menaikkan kadar dengupan jantung lebih daripada biasa. senaman kardio tidak terkecuali boleh di cuba oleh ibu-ibu mengandung di luar sana. senaman kardio membantu ibu-ibu masa kini yang mengandung untuk tampil sihat. jangan pulak waktu ni bersenam untuk kempis perut.hahaha. memang takkan kempis la. makin buncit ade la ;p 
selain itu, senaman kardio juga membantu jantung mengepam darah dengan lebih baik kepada bayi di dalam kandungan, sekaligus membakar kalori. senaman kardio juga membantu menguatkan otot-otot dan membantu mempermudahkan proses kelahiran kelak. inshaAllah. namun di nasihatkan ibu mengandung tidak membuat senaman berat atau memaksa diri untuk senaman pada awal trimester pertama dan ketiga. juga elakkan bersenam ketika cuaca terlalu panas untuk mengelakkan overheating semasa mengandung.

senaman tarian/senam aerobik
ada beberapa senaman kardio yang boleh di cuba oleh ibu mengandung antaranya aerobik. di nasihatkan untuk mencuba senaman yang berimpak rendah atau dengan pergerakan yang perlahan dan tidak berat. senaman berupa tarian ini boleh juga di lakukan di rumah atau bersama-sama kawan-kawan mengandung yang lain di gim.

berenang/senaman di dalam air
di dalam air, berat badan kita hanya 10kali ganda lebih ringan berbanding di darat. membuat senaman di dalam air adalah pilihan terbaik bagi ibu mengandung. senaman di dalam air meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti kita tetapi ianya lembut kepada sendi-sendi tambahan ianya kurang berisiko untuk mengalami overheating bagi ibu mengandung (melainkan kolam di air panas). ramai ibu mengandung di barat melaporkan senaman di dalam air meringankan bengkak (semasa mengandung) di betis dan kaki mereka. ibu mengandung boleh mencuba senaman di dalam air, tetapi elakkan/hati-hati dengan lantai kolam yang licin, menyelam atau air pada paras yang dalam.

mesin senaman semasa hamil
berjalan di atas treadmills atau menaiki tangga adalah salah satu senaman kardio yang boleh di cuba oleh ibu mengandung. selaraskan kelajuan mengikut keselesaan kita. mulakan dengan kelajuan yang rendah dan naikkan kelajuan sehingga ke tahap keselesaan kita. namun, semasa trimester ketiga, elakkan melompat dan berlari dengan kelajuan tinggi. sebaliknya, fokus kepada senaman regangan otot, berjalan dan senaman di dalam air. kita juga perlu mengelakkan jatuh atau tersandung apabila kita tidak lagi nampak kaki sendiri bila berdiri bila perut makin ke depan.

jogging semasa hamil
jika kita seorang yang aktif jongging sebelum mengandung, boleh teruskan berjogging, tapi perlu hadkan jarak larian dan juga kekalkan jogging pada kawasan tanah rata (elakkan bukit/tanah tinggi) ataupun gunakan treadmills. tapi jika kita tidak pernah aktif jogging sebelum mengandung, kekalkan dengan hanya berjalan untuk waktu mengandung. bila berlari (atau melakukan mana-mana senaman) kita sepatutnya masih boleh berbual-bual dengan seseorang, jika tidak boleh maknanya kita perlu turunkan kadar kelajuan/berat senaman kita. sentiasa ingat bahawa kelonggaran ligamen dan sendi waktu mengandung akan lebih membebankan lutut kita untuk kekal berlari dan lebih terdedah kepada kecederaan. dengan kata lain, jangan lakukan senaman lebih dari kemampuan.

berjalan kaki
berjalan kaki adalah senaman kardio yang mana sesiapa sahaja boleh lakukan, di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja mengikut kehendak kita. tidak ada senaman semudah ini untuk memenuhi hari sibuk kita (jangan lupa, semuanya boleh di kira sebagai senaman jalan kaki walaupun hanya berjalan ke pasar atau bawa anak-anak ke taman). dan kita boleh teruskan aktiviti senaman kita sehinggalah menunggu saat-saat kelahiran. contoh untuk menghilangkan gelisah saat-saat contraction berlaku. lebih-lebih lagi aktiviti ini tidak memerlukan apa-apa peralatan, tanpa yuran gim dan juga tanpa bayaran ke kelas senaman. mudah bukan?
apa yang kita perlukan hanya sepasang kasut sukan yang selesa, pakaian yang longgar dan menyerap peluh. jika kita baru nak mulakan aktiviti senaman berjalan kaki, mulakan perlahan-lahan dan tambahkan kekerapan sedikit demi sedikit mengikut kemampuan. berjalan seorang diri di taman akan lebih menenangkan atau jika perlukan teman, ajaklah pasangan, kawan-kawan atau anak-anak untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sihat ini. mulakan dengan berjalan di sekitar taman perumahan kita tinggal ataupun paling tidak berjalan di shopping mall. ibu-ibu mesti suka kan?hihi.

peringatan/langkah berjaga-jaga
sebelum melakukan apa-apa senaman, sebolehnya tanyalah atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. atau rujuklah jurulatih senaman ibu mengandung terlebih dahulu.
senaman-senaman fleksibiliti sepatutnya tidak menyakitkan, jadi berhenti jika senaman tersebut menyakitkan kita. pernah dengar pepatah senaman yang popular 'no pain no gain'? lupakan semua itu!
senaman ketika mengandung perlu di ingat jangan berlebihan. 
juga jangan lupa akan risiko overheating. bayi di dalam kandungan mempunyai suhu lebih tinggi daripada suhu tubuh kita. senaman pula meningkatkan suhu badan lebih-lebih lagi bayi di dalam kandungan. jadi bersenamlah dengan lebih intensif dan bersederhana di dalam cuaca panas dan lembap kerana kita akan jadi lebih panas dan pakar perubatan biasanya risau akan masalah overheating semasa mengandung.

nota kaki
untuk lebih info tentang pregnancy boleh refer website what to expect. but its in english.hehe. okeh korang, moga bermanfaat ;)

Saturday, 22 February 2014

tips latih diri minum air lebih banyak

assalamualaikum..

minum air lebih banyak
mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak minum air dengan banyak hingga 2-3liter sehari kan?
ada tak korang tertanya-tanya? tak ada?hahaha. 
ada ke tak ada tak kesah, aku nak ugak share kot-kot ada yang malu nak tanya.haha. (bajet bagus betul aku nih :p)

pengalaman sendiri
ni pengalaman aku sendiri. jadi, aku nak share sket tips macam mana aku latih diri untuk minum lebih banyak air. khas untuk korang.hehe. kalo dulu aku susah sangat nak minum air, alasannya malas kerap ke tandas dan alasan paling biasa 'nak minum macam mana sebab tak dahaga'.hahaha. tapi aku sekarang lebih suka minum banyak air kosong.hihi. alhamdulillah. kenapa aku beria latih diri minum air banyak-banyak ni? selain untuk hadapi cuaca panas, minum air ugak bagus untuk detox. air penting untuk menghidratkan tubuh, lagi-lagi bagi mereka yang kerap beraktiviti luar atau bersenam


tips latih diri minum air kosong
1- beli botol air yang menarik
ini motivasi untuk rasa teruja minum air walopun air kosong, sebab botolnya cantik, semangat nak teguk air berkali-kali walaupun tak dahaga. bonusnya. badan sihat! nak design n bentuk macam mana pun boleh. nak yang ade gambar mickey mouse, detective conan (opps..hihi). 

aku punya pun macam-macam. ade bentuk macam gelen minyak pon ade.haha. ade 1.8liter, ade 1liter, ade 2liter. kaler pulak toksah cakap, kaler putih jernih, pink, biru n kuning di raja pon hado.hahaha. kan boleh bergaya gituh. sungguhpun hanya dengan botol air.haha.

2- botol air dengan sukatan
guna botol air yang ada sukatan 500ml, 1liter, 2liter dan 3liter untuk senang nak monitor pengambilan air seharian. di samping itu juga, kita boleh tahu prestasi harian kita minum air. dari kita minum dengan gelas tanpa sukatan, kita cepat lupa berapa banyak kita minum air pada hari tu. dengan tahu prestasi, kita makin semangat nak improve dari hari demi hari.
contoh:
- jika hari ni hanya start 500ml, esok kita dengan semangat akan target 1 liter dan seterusnya.
- jika semalam 1 liter, tapi hari ni hanya 500ml, kita akan risau prestasi minum air yang menurun dan akan cuba kejar balik target minum air esok hari.

3- variasikan air kosong
jika rasa bosan nak minum air kosong bergelen-gelen. rasa plain yang buat kita rasa muak, boleh perasakan air dengan beberapa cara. contoh:
- letak sesudu madu dan 2biji perahan limau kasturi untuk 2liter air. madu tambah tenaga dan limau akan bantu untuk detox. amaran: jangan terlebih letak madu pulak, kang terlebih manis.hihi.
- letak perahan lemon
- letak hirisan timun
- letak perahan limau nipis + daun mint + hirisan timun

4- sentiasa bawa air bersama
biasakan diri letak air di depan mata.
contoh:
- kalau kat ofis, kat atas meja. kejap-kejap paksa diri minum.
- kalo nak pegi mana-mana pula, biasakan diri bawa air botol (boleh jimat ugak).
- motivasikan diri dengan cakap setiap hari 

'orang yang berjalan bawa botol air yang bergelen-gelen itu gojes dan sihat'.hahaha. 
aku selalu gunakan tips ini untuk bergaya bawa botol air ke mana-mana.eceh! saiko diri sendiri gituh.haha.  

5- paksa diri
paksa orang lain itu kurang bagus, tapi tidak salah memaksa diri untuk lebih berdisiplin. aku ajar dan paksa diri untuk minum air walaupun tak dahaga. minum dan minum air. tipsnya minum setiap 15minit. bila semakin mencapai target kita akan semakit bersemangat dan sudah lupa awalnya kita minum air waktu tak dahaga.

6-selalu ke tandas

mesti korang tertanya-tanya minum air banyak-banyak tak jenuh ke nak ke toilet?haha. memang nak jenuh. aku pun manusia gak. takkan minum tapi tak buang. tapi cari masa yang sesuai untuk latih diri. biasanya aku buat latihan minum air ni masa hari cuti. so masa cuti aku cabar diri untuk minum target berapa liter air. contoh 3liter. so aku akan ke toilet setiap 15minit tahu.hahaha. tapi jangan risau, lama-lama korang akan terbiasa n senang la nak praktikkan masa kat tempat kerja n bila badan dah terbiasa, korang takkan rasa nak pi toilet setiap 15 minit macam masa training.hihi. awal-awal je try latih kat rumah.hihi. kalo nak latih kat tempat kerja takut boss pelik lak kejap-kejap tercecet-cecet pi toilet.hahaha.  

7- motivasi yang kuat
motivasikan diri setiap hari dengan ingatkan diri kita dengan target nak minum air banyak-banyak untuk sihat.hehehe. up kan target kita hari demi hari. contoh hari pertama 500ml dan bila dah lulus 1 liter, dah lulus lagi up 1.5liter hinggalah tahap maksimum yang kita boleh.

akhir kata
moga korang berjaya disiplinkan diri minum air banyak-banyak.hehe. gambateh!

Friday, 21 February 2014

cuaca lebih panas

asslamualaikum.. 

cuaca panas
cuaca sekarang lebih panas, nasihat aku banyakkan minum air kosong. aku jika dulu bawa 2liter air ke tempat kerja, sekarang kena tambah 1 liter lagi. 3liter hanya untuk masa 9pagi -6.30petang. belum lagi tambah waktu minum di rumah. jadi kengkawan, lebihkan minum air kosong okeh! okeh kat sini aku nak share cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau.

kita perlu
1- minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang di lakukan. jangan tunggu sehingga kita dahaga.
2- minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3- sejauh yang mana yang boleh kita perlu berada di dalam rumah/bangunan
4- hadkan aktiviti luar
5- kerap berehat
6- mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan kita
7- pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8- pakai topi atau payung yang besar

cuba elakkan
1- minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2- membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3- bersenam dalam cuaca panas

jika mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah
1- keluar dari kawasan yang panas
2- tanggalkan pakaian yang ketat
3- letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4- gunakan kipas untuk sejukkan badan
5- minum air setiap 15 minit
6- dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Monday, 3 February 2014

untung laa..orang sabah sarawak

assalamualaikum..

harga barang sabah sarawak mahal

semua orang sedia maklum. harga barang di sabah sarawak jauh lebih mahal dari semenanjung. dari sekecil-kecil roti bun kepada sebesar-besar kereta. mesti harganya berbeza. tidak hairan lah kalau orang jual apa-apa mesti ade harga WM (west malaysia) dan EM (east malaysia). kadang-kadang aku terpikir kesian orang sabah-sarawak beli barang dengan harga jauh lebih mahal dari semenanjung. dari dulu aku terpikir gak kenapa harga berbeza macam tu? masa tu aku hanya pikir mungkin kos pengangkutan kot. ntah aku kurang pasti. korang leh la bagitau aku pada yang tahu.hihi.

harga barang naik

dari dulu sampai sekarang (ni bukan aku nak nyanyi okeh) barang kat malaysia ni, asyik naik je. tak pernah lagi turun harga (setahu aku la). contohnya gula pasir putih kasar sekarang rm2.84 ni aku check harga gula pasir terkini kat web KPDNKK sebab aku jarang beli gula.hihi. jarang sangat minum air manis, kalau minum pun skali-skala tapi pakai 3 in 1 hahaha. mesti awal-awal korang nak cakap aku minum sihat kan? kononnya tak minum minuman manis.hihi. tapi ye ugak, aku lebih suka minum air kosong 2-3 liter sehari untuk menuju ke arah badan sihat.yuk kita sama-sama jom! eh, melalut lak. kesimpulannya harga barang sekarang makin hari makin naik apatah lagi kat sabah dan sarawak. bebanan ekonomi keluarga terkadang makin bertambah.hmm..

apa yang special dengan februari ini

hmm..korang tak payah la nak tunggu aku cakap ini bulan cinta sebab tu istimewa. aku bukan minah jiwang.hahaha. aku ni minat bajet lol :p februari 2014 ini sangat special sebab shaklee menawarkan promosi multivitamin dan multimineral vita-lea iron formula. jadi, para ibu mesti suka dan tak sabar dan grab promosi bulan ni. eh, bukan untuk ibu je tau, ini multivitamin sesuai untuk seisi keluarga ugak, untuk kesihatan optimum. tapi apa yang lagi special tentang februari ini? jengjengjeng...

untung laa..orang sabah sarawak

inilah detik yang sangat special tuh.hehe. untung laa..orang sabah sarawak nanti. shaklee dengan bermurah hari menurunkan harga produk untuk sabah sarawak sehingga sama dengan harga semenanjung demi mengajak orang sabah sarawak menyahut cabaran hidup dengan lebih sihat dengan supplement semulajadi. di samping mengurangkan bebanan ekonomi khas untuk orang sabah sarawak yang ingin tampil hidup sihat dan cantik. jadi, tidak ada lagi discriminasi harga selepas ni dengan produk shaklee. yeah! orang malaysia sihat dan hebat!

mesej istimewa buat orang sabah sarawak

moh orang sabah sarawak baca mesej istimewa dari shaklee buat korang suma.hihihi.
"Effective from 1-Feb-14 onwards, East Malaysia product price and PV will be lower down so that both East Malaysia and West Malaysia price and PV will be the same."


nota kaki
eppy tak korang???hehehe. eppy la, aku pun eppy.hihi. lepas ni tak payah risau-risau harga mahal-mahal lagi :D ni la bestnye dengan shaklee. wee..