Showing posts with label bicara kulinari. Show all posts
Showing posts with label bicara kulinari. Show all posts

Tuesday, 19 July 2022

Nasi Daging Utara


Assalamualaikum..

Sempena dengan Hari Raya Korban yang lepas, Daging Korban masih banyak, hari minggu yang lepas aku ada masak Nasi Daging Utara. Di padankan dengan air asam yang pedas-pedas masam, pergh..memang menyelerakan.

Kat sini aku kepilkan sekali resepi mudah cara aku.

Resepi Nasi Daging Utara

Rebusan Daging
- aku rebus biasa je. letak air kosong je. sesetengah orang letak halia la rempah la. aku memang buat versi simple je.
- rebus daging hingga empuk. daging tu terpulang pada individu, nak rebus buku besar lepas tu hiris nipis atau terus hiris nipis.
- Air rebusan simpan untuk buat sup dan untuk masak nasi.

Nasi Daging
Bahan-bahan tumis:
- Bawang merah mayang halus (agak-agak je berapa biji)
- Bawang putih mayang halus
- 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
- Daun pandan di simpul
- Rempah kurma

Beras:
- Basuh beras basmathi dan rendam selama 1/2jam. Kemudian toskan.

Cara-cara memasak Nasi:
- Tumis 4 sekawan bagi wangi
- Masukan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan simpulan daun pandan
- Tumis semua bahan tumisan hingga wangi dan garing
- Selepas bawang semua garing, masukkan rempah kurma (di bancuh dengan air)
- Selepas rempah pecah minyak, masukkan beras yang di toskan. 
- Kacau seketika dan tutup api.
- Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan bersama daging dan tomato yang di potong kasar.
- Masukkan air rebusan daging dengan nibah 1 beras : 1.5 air
- Masak nasi macam biasa dalam periuk nasi elektrik.

Bahan-bahan Air Asam: (Jumlah bahan anggarkan sahaja secukup rasa)
- Cili padi beberapa biji (potong kecil)
- Cili merah 2 biji (hiris nipis)
- Cili Hijau 2 biji (hiris nipis)
- Limau kasturi (Potong ambil air dan hiris sebahagian kulit)
- Belacan
- Tomato 4 biji (potong kecil)
- Bawang merah bombay 1 biji (hiris nipis)
- Air perahan asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat Air Asam:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
- Gaul semua bahan hingga sebati
- Perasakan dengan garam gula secukup rasa

Sup Kosong:
- Masukkan sup bunjut ke dalam lebihan air rebusan. 
- Tumis 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan ke dalam kuah sup. Hidangkan bersama daun sup.

Siap! Makan Nasi Daging dengan mencicah daging dengan air asam. hmm..mengancam sedap!

Nota: Ada orang buat air asam kerisik dan letak susu cair dalam nasi. Tapi aku suka versi simple dan mudah je. Senang menyediakan, tak kurang sedap nya untuk di makan. Cewah!

- Kuantiti air rebusan untuk memasak nasi terpulang kepada beras yang korang gunakan. Aku guna beras basmathi, jadi tu nisbah air yang di suggest di packaging beras.

Tuesday, 21 June 2022

Lontong Kuah Lodeh


 Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog, hingga hampir lupa password blog.haha.

Hari Raya Aidilfitri kedua yang lepas, aku ada masak Lontong Kuah Lodeh. Sebab aku teringin sangat nak makan.hihi. Lidah aku ni lebih kepada lidah universal. Suma masakan dari pelbagai negeri aku telan. :P

Pada sesiapa yang nak cuba, ini resepi ringkas dari aku.

Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.

Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil masa lama jugak nak masak tu kan.

Jadi, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.

Bahan-bahan A (untuk di blend):

  • 5 biji bawang besar
  • 6-7 batang serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Segenggam udang kering

Bahan-bahan B (Aneka sayuran di potong kecil):
  • Sengkuang
  • Carrot
  • Baby jagung
  • Tempe
  • Kacang panjang
  • Cili
  • Kobis
  • Terung
  • Tauhu

Bahan-bahan C (di rendam):
  • Soo hoon
  • Fuchuk

Bahan-bahan D (di letakkan akhir):
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam / perasa secukupnya
Cara-cara memasak:

Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.  Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.

Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.

Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit. Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.

Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.

Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan. Kacau sebati.

Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

Lontong kuah lodeh bolehlah di makan dengan telur rebus dan juga sambal ikan bilis.

Tuesday, 18 February 2014

resepi mi kari homemade


assalamualaikum..

mi kari bujang homemade
hari ni aku buat mi kari homemade ala bujang gituh.hihi. bujang la sebab aku bujang lagi.wakaka. err..aku cari alasan letak tajuk bujang sebab mi kari tak bape cukup bahan. kalo tak letak bujang, mau kena luku ngan makcik-makcik.hahaha. ni gara-gara giant tak sediakan bahan yang aku nak.lol salahkan giant pulak.kihkih. aku pi giant semalam. dah tuh ade bahan-bahan yang tak ada. jadilah mi kari cincai-cincai. asalkan bahan asas ada n ada rasa kari-kari tuh jadi la.hahaha. (err..kalo nak bawak tuk mak mertua makan, korang jangan wat cenggini tau! jenuh kena ketuk ngan senduk.haha).

resepi mi kari homemade saiz serving (2orang)
bahan-bahan asas
1/2 peket mi kuning di celur
1/2 peket kecil serbuk kari ayam/daging di bancuh sedikit air
2 ketul ayam (saiz sedang)
fish cake dan fish ball (pilihan)
santan kelapa 1/2 kotak kecil
sedikit garam dan gula

bahan-bahan tumis
1 biji bawang merah bombay (saiz sedang) di potong nipis
1 ulas bawang putih (saiz besar) di potong nipis
1 inci halia di potong nipis
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga cengkih
sedikit buah pelaga
sedikit bunga lawang

bahan-bahan hiasan
1 biji cili merah (di potong nipis)
2 biji limau kasturi (di potong dua)
1 biji telur hard boil (di potong dua)
sedikit taugeh (di celur sekejap sahaja)

bahan-bahan tambahan
ni bahan-bahan yang boleh di gunakan juga, tapi giant tak ada masa tuh, so aku tak taruk la.
sawi di celur untuk hiasan
kerang di rebus dan ambil isi untuk masak bersama kuah kari 
tauhu kering (bulat/petak) masukkan dalam kuah kari
daun kari - tumis
air asam jawa
kentang

cara memasak kuah kari
- panaskan sedikit minyak dalam periuk 
- tumiskan bawang merah, bawang putih, halia bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga garing dan naik bau
- selepas itu masukkan serbuk kari ayam/daging yang telah di bancuh dengan sedikit air.
- tumis serbuk kari hingga naik bau dan mendidih (jika terlalu pekat atau kering, masukkan sedikit air)
- masukkan ayam dan kacau hingga sebati dengan bahan tumisan
- biarkan ayam masak seketika dengan api sederhana besar
- setelah ayam masak, masukkan 1/2 kotak santan atau jika pekat tambahkan sedikit air
- renehkan sehingga ayam empuk (jika ada kentang atau isi kerang masukkan sebelum reneh)
- setelah ayam empuk, masukkan fish cake dan fish ball (pilihan)
- didihkan seketika dan matikan api
- sebelum di angkat perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa. gula tuh jangan banyak sangat. kang jadi terlebih manis macam muka aku plak.hahaha.

cara menghidang
hidangkan mi yang sudah di celur, dengan hirisan cili merah, taugeh, sawi, telur, limau kasturi, tauhu goreng dan bawang goreng.
ops!!!jangan lupe letak kuah kari dulu sebelum bahan hiasan.hahaha. kalo tak, tak ada pulak namanya mi kari. jadinya mi celur sudah ;p

selamat mencuba :D 

Thursday, 23 January 2014

resepi kachumbari - salad tomato dan bawang

assalamualaikum..

hari ni aku buat kachumbari atau salad tomato dan bawang.hihi.



kachumbari
kachumbari adalah nama swahili bagi salad tomato segar dan bawang yang mana sangat terkenal di afrika timur terutamanya kenya dan tanzania. ianya mengandungi bahan-bahan yang segar dan sangat mudah di sediakan. macam mana aku terjumpa pasal kachumbari ni? hahaha. aku tengok kat youtube la.hihi. aku tengok mark wiens makan. aku cam terliur lak.hihi.



resepi kachumbari - salad tomato dan bawang

bahan-bahan:
3-4 biji tomato
1 biji bawang (size medium)
sedikit jus lemon atau limau
sedikit minyak zaitun
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 batang cili hijau/merah (optional)
sedikit daun ketumbar (optional)

cara menyediakan kachumbari:
hiris bawang nipis-nipis 
gaulkan dengan sedikit garam (10minit) dan di bilas
masukkan tomato yang di potong dalam bentuk wedges atau ikut citarasa sendiri
masukkan cili hijau/merah yang telah di potong nipis
gaulkan tomato dan daun ketumbar bersama sedikit jus lemon/limau, garam, lada hitam dan minyak zaitun
sedia di hidangkan dengan segera

nota kaki:
ini adalah versi original kachumbari. boleh juga di tambah avocado atau lobak merah jika suka.
kachumbari biasanya di makan bersama pilau (pilaf) sebagai side dish oleh orang kenya dan tanzania. pilau adalah nasi daging atau macam nasi minyak.
selamat mencuba ;)

tips:
tomato bagus untuk kesihatan dan kulit yang sihat ;)

Wednesday, 8 January 2014

resepi ais-krim jagung homemade

assalamualaikum..

masa pegi kelas blog ngan team shaklee tu aku bawak 2 benda. salad untuk orang dewasa (padahal budak pun suka.hihi) dan eskem jagung aku buat sendiri untuk budak-budak dan gula-gula sket aku cedok kat dapur.

cuma gula-gula tu je aku tak buat. kedai buat.hihi. next time aku belajar buat gula-gula pulak erk ;p

resepi eskem jagung ni aku jumpa kat page buku resepi kat facebook.haha. aku ni kan bajet mastercep. mesti la kena like page masak-masak ni kan.wahaha.
dah jom tengok resepi eskem aku ni.

resepi ais-krim jagung homemade :D



bahan-bahan:

2 cawan creamer (untuk kopi)
2 cawan susu segar/penuh krim
4 sudu gula
1 penutup esen vanila
1 tin jagung manis (cream)

cara membuat:
- masukkan semua bahan ke dalam blender dapur (ni bukan blender canggih untuk eskem)
- jagung manis gunakan 1/2tin sahaja
- kisar sebati menjadi krim
- bekukan
- setelah beku beberapa jam, ceduk balik dan blend sekali lagi (supaya tekstur eskem lebih halus) menjadi krim.
- sebelum bekukan masukkan baki 1/2 tin lagi jagung manis untuk rasa sensasi biji-biji jagung semasa menggigit
- kacau sebati jagung manis
- bekukan dan eskem jagung siap untuk di makan

note: sukatan ini untuk 1 blender dapur biasa.

selamat mencuba ;)

resepi dutch potato salad

assalamualaikum..

hari ahad hari tu aku ada join kelas blog ngan team shaklee aku. so aku bawak la pot luck :)
aku ni suka try resepi masakan pelik-pelik. dah tu kalo tak jadi jenuh nak habeskan.hahaha.

ni aku nak share resepi dutch potato salad yang kawan aku dari netherland aka holland aka belanda share ngan aku.
katanya resepi dutch potato salad from dutch lady ;)

dia bawak salad ni masa ada gathering hari raya kat mesjid tempat aku keje. so aku apa lagi. mintak resepi. sebab bajet nak jadi mastercep.hahaha.



resepi dutch potato salad
(7-10 orang makan sebagai side dish)

bahan-bahan asas:
8-10 biji kentang (sederhana besar)
2 batang lobak merah
6 biji telur ayam (saiz kecil)
2 batang jeruk timun
4 biji epal fuji
garam secukup rasa

bahan-bahan hiasan/dressing:
3 biji tomato
sedikit daun bawang
230ml sos salad
sos cili/tomato(sedikit sahaja)
sedikit jus lemon

bahan-bahan untuk jeruk timum:
2 batang timun jepun/biasa
sedikit gula
cuka makan
beberapa tangkai bunga cengkih
garam

cara membuat jeruk timun:
(paling kurang sehari sebelum membuat salad)

penyediaan timun:
- belah timun memanjang kepada 4 bahagian.
- buang biji (jika ada)
- hiris nipis-nipis menyerong atau ikut citarasa masing-masing
- cuci dan toskan
-taburkan garam dan gaul sebati dengan timun
- biarkan seketika dalam 30min atau lebih untuk mengeluarkan air berlebihan dari timun
- lepas itu, bilas timun beberapa kali dan toskan

penyediaan air jeruk/air cuka:
- masukkan cuka, gula dan sedikit air ke dalam periuk kecil
(secukup rasa masam dan manis ikut citarasa)
- masukkan beberapa bunga cengkih untuk bau wangi
- didihkan seketika dan matikan api
- tuang kedalam mangkuk atau bekas kaca yang berisi timun yang di toskan tadi
(tuang panas-panas, biarkan seketika, sejuk baru masukkan dalam peti sejuk)

cara membuat dutch potato salad:

penyediaan bahan asas:
- rebus kentang yang di kupas kulit dan di potong dadu hingga empuk. toskan.
- rebus lobak merah yang di kupas kulit dan di potong dadu hinga empuk, toskan.
- rebus telur ayam (hard boil), kupas kulit dan potong dadu
- cuci epal fuji dan potong dadu
- toskan jeruk timun, buang air cuka.
# masukkan sedikit garam ke dalam air ebusan kentang dan lobak merah

penyediaan dressing salad:
- mayang daun bawang
- masukkan kedalam mangkuk berisi sos salad
- masukkan sedikit jus lemon dan sos cili/tomato mengikut rasa, tambah garam sedikit jika suka
- kacau hingga sebati

penyediaan salad:
- masukkan semua bahan asas ke dalam mangkuk besar
- campurkan dressing salad
-gaul sebati
- hiaskan dengan hirisan tomato semasa menghidang

note: dutch potato salad boleh di makan begitu sahaja atau sebagai side dish.

selamat mencuba ;)