Showing posts with label bicara jangan bersedih. Show all posts
Showing posts with label bicara jangan bersedih. Show all posts

Sunday, 6 October 2024

Tak Ingin di Jejaki

 


Assalamualaikum..

Pernah tak korang rasa macam tak nak di jejaki? Aku pernah!.hahaha. aku tanya aku jawab sendiri.
Ya! memang benar, aku kebelakangan ni rasa macam tak suka di jejaki oleh mereka yang aku tak sukai. Jangan jejaki aku! Kiranya aku tidak hubungi kamu. Titik!

Tapi..terkadang aku rasa seolah aku di jejaki..di hantui..oleh masa lalu. Move on! pandang ke depan. Teruskan melangkah! Terkadang apa yang aku cakap, tulis, selalunya di tujukan pada diri aku sendiri. Ketika aku bercakap tentang motivasi, saat itu aku perlukan motivasi itu, saat aku menasihati, akulah yang paling memerlukan nasihat itu. Jika kalian terasa, nah! Bukan salah aku.hahaha. Ops, aku gurau je. Jika korang nak ambil kata-kata aku untuk diri sendiri, silakan. Aku izinkan, moga ianya bermanfaat.

Masa lalu sebenarnya untuk di ambil pelajaran daripadanya, bukan untuk di ingati lantas sakit hati sendiri. Biarkan masa lalu pergi, kerana ianya sememangnya telah pergi dari hidup kita, dan tidak akan kembali. Kenapa aku cakap tentang masa lalu ni? Aku sedih? Aku rindukan masa lalu aku? Nope! Tidak sama sekali! Aku langsung tidak mahu ingati masa lalu aku, walau ada yang berkata 'Oh, jika dapat di putarkan masa, aku akan..blablabla". Tidak! Tidak bagi aku. Aku jujurnya tidak ingin putar masa lalu kembali. Biarlah ianya berkubur bersama masa..cewah!hahaha. Eh, aku serius tau!

Kebelakangan ni aku asyik tertanya pada diri aku, menyesalkan aku dengan masa lalu? Rindukah aku pada masa laku? Sekali lagi jawapan aku tidak! Cukuplah masa lalu aku mengajar aku tentang kehidupan, sekarang aku lebih menghargai hari ini yang aku jalani. Aku bahagia dengan hari ini. Tersangat bahagia..Alhamdulillah.

Betapa aku tidak ingin di jejaki oleh masa lalu, aku ingin lupuskan blog ni, aku buka blog baru, aku delete balik, aku kekalkan blog ni, sebab blog ni banyak kenangan pada aku, jerih-perih aku dengan kehidupan aku, banyaknya aku coret di sini. Aku suka menulis, tapi lately aku banyak luangkan masa aku dengan yang tersayang di alam nyata. Aku lebih bahagia begitu. 

Tapi aku baru teringat akan seorang penulis yang aku follow sebelum ni, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, aku selalu baca blog dia dulu, aku lawat balik blog dia, lawat laman facebook dia, dia ada menulis yang dia berdoa agar Allah pelihara jari dan otaknya, agar dia mampu terus menulis dan berdakwah dengan tulisan dan lisan. Allah! aku teringatkan blog ni. Agak lama aku berhenti menulis.

Jika dulu aku menulis untuk menghilangkan rasa yang negatif, tapi hari ini aku tekad untuk menulis kembali (jika di berikan masa luang) untuk menukilkan kata-kata sekiranya ia mampu di nilai sebagai usaha aku dalam memanfaatkan orang ramai walaupun aku tahu sekarang lebih banyak media massa yang terkini yang sering kali di lawati selain blog, tapi aku ingin kembali menulis, untuk kalian dan juga untuk diri aku sendiri.

Akhir sekali, pesan aku (terutamanya pada diri sendiri), nikmatilah hidup hari ini. fokuslah pada hari ini. Tinggallah masa lalu, kerana ianya telah berlalu, tidak dapat kita ulangi atau ubah lagi dan jangan risau akan masa depan kerana ianya belum terjadi dan belum pasti akan terjadi.

Ok..aku beransur dulu, sekian.

Wednesday, 22 June 2022

Release Stress

 


Assalamualaikum..

Aku percaya semua orang pernah hadapi stress, sama ada kecil atau besar. Hidup kita  memang di hadapkan dengan cabaran. Tapi bagaimana kita menghadapi stress tersebut menentukan tahap kesihatan mental kita.

Di sini aku ingin kongsikan sedikit perkongsian bagaimana kita boleh release stress agar tidak terlalu menekan fikiran kita.

Take a Deep Breath

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ini di panggil dalam omputih, deep breathing. Deep breathing ini bagus dalam menyalurkan oksigen ke otak kita sekaligus memberi impak tenang ke dalam diri kita. Deep breathing bukan hanya di lakukan sekali sahaja, akan tetapi di lakukan berkali-kali sehingga kita merasa sedikit tenang.

Minum Chamomile Tea

Chamomile Tea mengandungi bahan yang mampu memberikan impak tenang kepada kita. Di galakkan minum teh panas bukannya sejuk. Chamomile Tea juga mampu membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak.

Menghirup Udara Segar

Menghirup udara segar mampu mengurangkan stress. Atau dengan kata lain pergi menikmati alam semujadi. Melihat keindahan dan kehijauan alam mampu memberi impak ketenangan dan mengurangkan tekanan ataupun stress kita. Kita boleh pergi ke mana-mana yang mempunyai keindahan semulajadi contohnya ke pantai, air terjun, taman rekreasi dan sebagainya.

Mandi Dengan Lebih Lama

Meluangkan masa untuk mandi dengan lebih lama daripada biasa. Sama ada berendam di tub mandi atau mandi pancuran air biasa pun boleh. Mandi dengan lebih lama dapat menyegarkan tubuh badan kita dan ianya salah satu terapi untuk menghadapi stress. Boleh di tambahkan dengan haruman mandian dan lilin aromaterapi mampu memberikan rasa ketenangan kepada kita. Cubalah!

Menikmati Minuman Kegemaran

Jika korang bukan penggemar teh, korang boleh cuba mana-mana minuman kegemaran korang sebagai salah satu terapi untuk hilangkan stress. Macam aku, kadang aku suka minuman yang sejuk untuk release stress, contohnya cendol atau ice-cream. Korang bleh minum mana-mana minuman kegemaran sama ada sejuk atau panas.

Membaca dan tadabbur Al-Quran

Tidak asing lagi bagi kita Muslim, kita punya sumber paling mujarab untuk menenangkan diri iaitu membaca dan metadabbur makna ayat Al-Quran. InshaAllah kita akan rasa lebih tenang. Di sambil itu juga kita boleh berzikir dengan zikir-zikir yang sahih dari sunnah Nabi S.A.W. Sebagaimana dalam Al-Quran menyatakan “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Korang boleh download apps Hisnul Muslim (perisai muslim). Di situ terdapat banyak siri zikir dan bacaan yang sahih dari hadith Nabi S.A.W.

Akhir kata dari aku, hidup ini hanyalah ujian dari Allah S.W.T. Jadi kita sebagai hamba-Nya tidak akan terlepas dari di uji. Dalam hidup korang pun aku percaya memang pernah di uji berkali-kali ye tak? Tapi percayalah ujian itu bukan sia-sia. Ianya hanyalah untuk memberi kekuatan kepada kita di samping pahala yang melimpah ruah jika kita redha dengan ujian tersebut. Apapun dari aku, take care of yourself. Love ;)

Tuesday, 21 June 2022

Cendol Penyejuk Hati

 

Assalamualaikum..

Last week was not my good days. Allah uji aku dengan sedikit kesedihan. :'( Dalam a few days jugak fikiran aku terganggu. 

Jadi tengah hari tu aku pegi makan cendol tempat biasa aku makan. Sekadar nak sejukkan hati yang tengah berduka lara :'(

Cendol die the best. Portion die besar. Kalo makan cendol saje pn tanpa makanan berat lain, aku dah rasa kenyang. 

Lokasi: Berhampiran Maybank Bandar Kota Bharu. 

Ada macam-macam jenis topping:

  • pulut
  • tapai
  • kacang
  • jagung
Aku macam biasa hanya suka topping kacang + jagung je.

Lepas makan cendol sejuk-sejuk lalu ke tekak rasa lega. Lagi-lagi di tengah-tengah cuaca panas terik macam sekarang. Makan benda-benda sejuk macam cendol and ice-cream antara aktiviti yang aku buat bila aku rasa bad mood or sedih. Ini cara aku sedikit sebanyak menghiburkan hati. Korang plak macam mane cara korang hiburkan hati korang kalo korang sedih? :D

Tuesday, 4 March 2014

cara nak motivasikan diri

credit picture to: bestsayingsquotes.com

assalamualaikum...

down atau tiada semangat
ada yang cari blog aku sebab nak tau cara nak motivasikan diri sendiri. heheh. ni buat aku start nak bajet pakar motibasi nih.hahaha. okeh here we go!
dalam kehidupan harian ada yang cakap down la, tak ada semangat la, sedih la dan perkara yang sewaktu dengannya.
kat sini aku nak share sedikit tips yang tidak seberapa dari pengalaman sendiri.
sedikit tips yang aku guna untuk motivate diri sendiri bila down:

baca al-Quran
kalo rasa down, baca al-Quran. tadabbur (hayati) maksud ayat-ayat tentang ujian Allah terhadap hamba-Nya 
surah al-Rad ayat 28, '...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram' 
selalu ingat Allah dan istighfar dan doa mohon Allah beri rasa ketenangan hadapi masalah

surround yourself with positive people
luangkan masa dengan orang yang positif, elakkan baca status facebook atau dengar benda-benda yang negatif.
bila bergaul dengan orang yang positif masa tengah down, dorang akan menaikkan semangat kita, tapi bila bersama orang negatif, kita akan makin down dan makin serabut
jika kita ada kawan yang negatif, tunggu bila kita kuat baru berhadapan ngan dorang

baca buku motivasi
baca buku motivasi atau paling tak search je kat google motivation quotes. inshaAllah kita akan rasa lebih semangat. nak pinjam buku aku pon bole. 2 singget (hahaha. mael upin ipin ;p)

sibukkan diri
jika down, elakkan untuk layan perasaan, kalo tak kita akan makin worst. best kan bila layan perasaan ni. segala memori sedih zaman tok nenek datang masa ni. menyokong untuk kita makin rasa down. jadi, sibukkan diri dengan benda yang berfaedah. contoh baca buku ke, pergi dengar kuliah agama ke kan dapat manfaat ugak. ilmu pon dapat ;)

cari jalan penyelesaian
setiap masalah ada jalan penyelesaian, tapi sama ada kita jumpa tau tidak penyelesaiannya. atau tepat atau tidak solutionnya. setiap masalah (bisnes atau peribadi) fokus pada jalan penyelesaian. 
kawan aku pernah bagitau 
'jangan membuang masa dengan fikirkan masalah tersebut, tapi fikirlah jalan penyelesaiannya dan bertindaklah'

kesiankan diri
dalam hadapi masalah paling penting kita kena lebih kesiankan diri kita kerana, salah satu kata-kata seorang kaunselor:
'kita perlu lebih kesiankan diri kita kerana kitalah yang akan bantu diri kita keluar dari masalah tersebut, orang lain boleh kesian, tapi hanya sekadar memberi empati dan simpati sahaja'

don't worry
jangan terlalu risau memikirkan masalah. cuba tenangkan diri, lupakan sekejap fokus kepada masalah dan setelah kita tenang, cuba selesaikan masalah tersebut.
'worry does not change the problem itself but it make it more worst' 
dale carnegie juga mengatakan
'businessman who don't know how to fight worry, die young'
daripada kita risaukan masalah dan buang masa down lama-lama, baik kita cuba pergi cari jalan penyelesaian masalah tersebut kan ade ugak pekdahnya. ye dok? 

Friday, 31 January 2014

sesuatu untuk di ingati

assalamualaikum..

dunia blogging
aku dalam dunia blogging dah masuk tahun keempat. bermula menulis dengan haru-biru yang hanya di pandu oleh emosi sedih. hari ni aku masih menulis. terkadang berkongsi rasa, terkadang berkongsi info. maaf aku pohon jika penulisan aku tidak memanfaatkan korang. segaja aku tak delete post-post lama dengan labels 'bicara dengan Tuhan' sebab itulah identiti asal blog ni. walaupun tidak banyak yang boleh di manfaatkan. tapi itulah satu tanda ingatan buat aku, yang di mana aku hari ini. alhamdulillah. perasaan aku makin terubat dari rasa sedih yang dulu hampir melarat.

dunia satu ujian
mahu tak mahu. rela atau tidak. yang pasti kita harus selalu sedarkan dan didik diri kita bahawa hidup ini hanyalah pentas ujian. baik atau buruk keadaaan, semua itu adalah ujian. setiap insan, sebagai hamba Allah kita tidak terlepas dari di uji. 

surah al-Mulk ayat 1-2:
"Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." 

ujian yang menguatkan diri
pernah aku ingin memilih untuk berputus asa, bukan sekali malah mungkin berkali-kali. namun, seringkali aku yakinkan diri bahawa Allah sayangkan aku. dengan itu ujian ini di hadiahkan semata untuk mendidik hati ini menjadi kuat. berbekalkan rasa yakin itu, hingga sekarang aku masih berjuang. berjuang untuk menjadi kuat. berjuang untuk terusan bertahan dan menjadi lebih baik. namun, hari ini lebih baik dari 3 tahun yang sudah. jika dulu aku mengambil masa yang begitu lama untuk memujuk hati menerima ujian Allah, alhamdulillah binikmatihi tatimussholihaat.
hari ni aku lebih baik dalam hadapi saat-saat sedih. aku tidak lagi menghabiskan masa yang lama untuk menangis. jika ya, hanya seketika. selepas itu cepat-cepat ku pujuk hati untuk menangisi dan meratapi.

surah al-Baqarah ayat 155-157:

'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

sesuatu untuk di ingati
apa yang pernah terjadi di panggil sejarah. sejarah di sering di kaitkan dengan sesuatu untuk di ingati. jujurnya aku telah kuburkan banyak kenangan di masa silam aku. bukan bererti lupa diri. sekadar aku cuba lupa akan sesuatu yang pernah menghiris hati aku suatu ketika. sesuatu yang pernah membunuh semangat aku. bila berbicara tentang memori. ada yang di kaitkan dengan memori manis dan pahit. bagi aku,memori yang manis jika tiada kaitan dengan memori pahit, ia wajar di ingat. tapi jika memori manis yang bakal membekas pahit di hati, bakal membunuh potensi diri pada hari ini, aku memilih untuk hapuskan memori itu. 
cuma sesuatu untuk di ingati pada diri aku, saat aku berjuang untuk menjadi kuat sekuat hari ini. perjuangan itulah yang menyuntik semangat aku setiap kali aku tersungkur untuk sekian kali.

nota kaki
hidup bukan untuk di ratapi, tapi hidup untuk mencari bekal untuk hidup selepas mati. 

Saturday, 25 January 2014

ayat al-Quran kepada manusia yang di uji - al-Fatihah dan al-Baqarah


assalamualaikum..

dulu..suatu masa dulu hati aku pernah memberontak dengan secubit ujian yang Allah berikan. hari demi hari aku mendidik hati untuk terima ketentuan Allah dengan redha.
sepanjang aku berjuang mendidik hati. hati aku banyak di pulihkan dengan ayat-ayat dari al-Quran.
sedikit perkongsian dari aku:

antara ayat-ayat al-Quran yang menyentuh hati aku sewaktu aku di timpa ujian:

surah al-Fatihah ayat 5:
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

surah al-Baqarah ayat 45:
"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

surah al-Baqarah ayat 112:
"tidak! barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

surah al-Baqarah ayat 143:
"....dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu. sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia".

surah al-Baqarah ayat 152-153:
"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar".

surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

surah al-Baqarah ayat 186:
"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran".

surah al-Baqarah ayat 195:
" dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

surah al-Baqarah ayat 197:
"....segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!".

surah al-Baqarah ayat 200-202:
"....maka di antara manusia ada yang berdoa, 'ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
dan di antara mereka ada yang berdoa 'ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' 
mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya".

surah al-Baqarah ayat 207-209:
"dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 
tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

surah al-Baqarah ayat 212:
"kehidupan dunia di jadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan".

surah al-Baqarah ayat 214:
ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

surah al-Baqarah ayat 216:
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

surah al-Baqarah ayat 233:
".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."

surah al-Baqarah ayat 245:
"siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". 

surah al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

semoga bermanfaat..

nota kaki:
sambungan dengan surah lain inshaAllah..

Sunday, 27 May 2012

jangan bersedih..kuasailah nafsumu

jangan bersedih kawan-kawan. terimalah ketentuan hidup jika kita di duga dengan sesuatu yang membuatkan hati kita tidak tenang. walau hari ini hati kita masih memberontak tidak mampu menerima suratan takdir yang tersurat namun jangan putus asa dalam mendidik hati dan mendidik nafsu untuk redha dengan qada’ dan qadar.

nafsu jika semakin di manja ia akan meminta berlebih-lebihan dan kita bakal terdampar kelelahan melayan karenah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas. tapi jika di beri apa adanya nafsu juga akan menerima dan tunduk mendengar perintah kita.

tundukanlah nafsu sebelum nafsu menundukkan kita. kuasaillah nafsu sebelum nafsu menguasai kita. orang yang benar-benar berkuasa bukanlah orang yang mampu menakluki segala apa yang ada di dunia, tapi orang yang paling berkuasa adalah orang yang mampu menguasai dirinya dan menjadi pemimpin bagi nafsunya. 

percayalah semakin kita nekad untuk menjadi manusia baik, semakin hebatlah ujian dan dugaan dari Tuhan pencipta, Allah yang Maha Esa.

inilah yang di namakan perjuangan. tapi kita harus sedar dalam perjuangan ini jalannya tidak semudah yang kita sangka. untuk menjadi baik dan untuk terus berada di jalan yang lurus juga tidak semudah apa yang terucap oleh kata-kata. sebagaimana sesuatu yang berharga itu sukar di dapati umpama mendapatkan kaca dan permata. sesuatu yang berharga juga walau kita telah mendapatkannya agak sukar untuk menjaganya. itulah yang di namakan nilai harga yang sebenar. ‘sukar di cari dan sukar di jaga’.

kita harus sedar, ketika di uji kita di temani dua benda yang bakal menjatuhkan iman dan memusnahkan kita iaitu godaan nafsu dan syaitan. inilah yang di namakan cabaran ketika di duga. jika kita mampu melawan godaan tersebut dan terus gagahkan diri melangkah menuju jalan yang benar kita adalah pemenang. tapi jika kita tersungkur ketika berjuang melawan dua godaan ini, jangan bersedih kita bukanlah di kira seorang yang gagal selagi kita mempunyai keinginan dan semangat untuk terus bangkit dan berjuang. kita hanya di kira gagal apabila kita putuskan untuk tidak lagi bangkit melangkah setelah tersungkur jatuh dengan erti kata lain berputus asa.

kawan-kawan, ketahuilah jalan perjuangan ini pangkalnya jauh telah kita tinggalkan dan penghujungnya masih belum kelihatan. inilah yang di namakan perjuangan tanpa henti. berjuang tanpa tahu di mana penghujungnya menuntut kekuatan yang tidak sedikit. dari awal hingga akhir kita akan terusan berjuang melangkah ke penghujung moga kita bakal kuat ketika tiba di penghujungnya. penghujung perjuangan ini hanyalah penghujung nyawa kita yang hanya Allah berkuasa tentukan bila masanya. tapi ingat kawan-kawan, bukan hak atau kuasa kita memberhentikan perjuangan ini dengan membunuh diri. itu adalah gagal sebelum berjuang. inginkah kita di panggil manusia yang gagal? sudah tentu tidak, jadi kuatkan hati, iman dan semangat untuk terus berjuang melawan godaan nafsu dan syaitan dalam perjuangan hidup kita mencari redha Allah s.w.t.

kawan-kawan, saya bukanlah orang yang sempurna untuk menasihati, sekadar ingin bersama kawan-kawan mencari kekuatan untuk tidak lemah dalam perjuangan ini. ayuh..bangkitkanlah semangat kawan-kawan. anda tidak keseorangan, saya juga seorang manusia yang lemah sedang berjuang untuk menjadi kuat.   

jangan bersedih..bersedekah boleh menghalang musibah

menderma dan memberi bantuan adalah amalan mulia yang mendatangkan amalan mulia. sesungguhnya berbuat baik kepada orang lain akan di beri ganjaran, di anugerahi kecukupan bagi Allah, hatinya menjadi lapang, hidupnya ceria, hati nuraninya bercahaya dan sentiasa dalam pemeliharaan.

justeru itu, mendermakan walaupun jumlahnya kecil dan sedikit. jangan memperkecilkan apa yang anda dermakan walaupun hanya sebiji kurma, sesuap nasi ataupun seteguk air. berilah kepada orang yang memerlukan, orang yang kelaparan, kunjungilah orang yang sedang sakit. sedar atau tidak, itulah sebenarnya yang akan mengurangi kegundahan, kegelisahan dan kesedihan. derma adalah ubat yang tidak di peroleh di mana-mana kecuali dalam ajaran islam.

abdullah bin al-mubarak pernah di kemukakan pertanyaan: “wahai abu abdurrahman, darah luka di lututku tidak pernah berhenti, bahkan sejak tujuh tahun lalu ia mengeluarkan nanah. aku sudah bertanya kepada sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dengan bermacam-macam ubat tetapi tidak baik juga”.

ibnu al-mubarak menjawab, pergilah dan lihatlah di tempat yang mana orang memerlukan air. galilah di tempat itu perigi. aku berharap di sana akan muncul mata air yang akan menghentikan darah”. dia mengikut nasihat itu dan penyakitnya pun sembuh.    

rasulullah pernah bersabda, “ubatilah orang-orang yang sakit itu dengan menderma.”
baginda bersabda, “sesungguhnya dengan menderma dapat memadamkan kemarahan Allah dan kematian yang buruk”.   

jangan bersedih..berserahlah kepada Allah kemudian bertenanglah

firman Allah yang berikut ini di tujukan kepada orang yang sentiasa di bawah keredhaan dan kekuasaan Allah s.w.t. orang yang tidur dengan bantal lembut ketika cuaca sejuk, tiada kesedihan singgah di hatinya dan tiada air mata berlinang di pipinya.

juga di tujukan kepada orang yang kehilangan anak-anak, kekasih, ibu bapa dan sahabat. bahkan kepada setiap orang beriman yang sedang bersedih dan berduka. mudah-mudahan Allah memberi ganjaran pahala yang besar, mengangkat darjat dan mengcukupkan kekurangan anda. Allah s.w.t berfirman:

“minta tolonglah (kepada Allah) dengan sabar dan solat, sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. surah al-Baqarah ayat 45. 

saidina ali pernah berkata: “perumpamaan sabar dan iman adalah seperti kepala dan tubuh.” kerana itu bergembiralah kerana pahala akhirat, iaitu syurga firdaus dan syurga ‘adn, yang ada di sisi Allah yang Maha Esa. itulah habuan dan balasan bagi amalan dan perbuatan anda. tahniah kepada anda kerana sesungguhnya tetap dalam iman, sabar dan menahan diri. anda sentiasa tahu bahawa anda sentiasa beruntung. berbahagialah orang yang sabar.  

jangan bersedih..bacalah kaedah-kaedah menuju bahagia

  • insafilah bahawa jika anda tidak hidup hanya untuk sempadan hari ini sahaja maka akan terpecahlah fikiran anda dan kacau semua urusan, dan semakin bertambah kesedihan dan kebimbangan diri anda. inilah makna sabda baginda rasul: "jika pagi tiba janganlah menunggu petang, dan jika petang tiba janganlah menunggu waktu pagi".
  • lupakanlah masa lalu dan semua yang pernah berlaku sebab perhatian yang terpaku pada sesuatu yang telah berlalu merupakan kebodohan dan kegilaan.
  • jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih di alam ghaib. jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
  • jangan mudah tergoncang dengan kritikan. jadilah orang yang teguh pendirian dan insafilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setaraf dengan kritikan tersebut.
  • beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah hidup yang baik dan bahagia.
  • sesiapa menghendaki ketenangan, kedamaian dan kesenangan maka dia perlu berzikir kepada Allah.
  • hamba perlu sedar bahawa setiap sesuatu berdasarkan ketentuan qada' dan qadar.
  • jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
  • persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
  • kemungkinan yang berlaku itu ada baiknya untuk diri anda.
  • semua qada' bagi seorang Islam ada baiknya.
  • berfikir tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
  • anda dengan semua yang ada pada diri anda sudah lebih banyak daripada yang di miliki orang lain.
  • dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar.
  • dengan musibah, hati tergerak untuk berdoa.
  • musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
  • sesungguhnya selepas kesusahan ada kemudahan.
  • jangan sesekali gagal hanya kerana perkara-perkara yang tidak mustahak.
  • sesunguhnya Allah itu Maha Luas ampunan-Nya.
  • jangan marah, jangan marah, jangan marah.
  • hidup ini tidak lebih dari makanan, air dan bayangan. maka tidak perlu bersedih jika semua itu ada.
  • "dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) di janjikan kepada kamu." surah az-zariat ayat 22.
  • kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku.
  • pada orang-orang yang di timpa musibah itu ada teladan.
  • sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan memberi cubaan kepada mereka.
  • ulangi doa-doa untuk menghapuskan bencana.
  • anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkan, dan meninggalkan kekosongan atau pengangguran.
  • tinggalkanlah semua desas-desus dan jangan percaya kepada khabar angin.
  • kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan.
  • semua musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa-dosa. 

Wednesday, 23 May 2012

jangan bersedih..jika semua berpaling dari kita, Allah tetap bersedia menemani kita

apabila rentetan kesedihan datang meruntun, kegelisahan bergayut di sekeliling, kedukaan semakin tidak dapat ditanggung, jalan di hadapan semakin buntu dan segala ikhtiar tidak berguna, maka insan malang itu akan berseru kepada Allah:
“Ya Allah. Ya Allah. tidak ada Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana. tidak ada Tuhan selain Allah Tuhan pemilik arasy yang agung. tidak ada Tuhan selain Allah Tuhan Pemilik Langit, Bumi dan arasy yang agung.” oleh itu kesedihan lenyap, bencana lenyap dan kesusahan dapat di atasi.

firman Allah s.w.t:

“maka Kami kabulkan permintaannya dan Kami selamatkan dia dari kesedihan. demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman”. surah al-Anbiya’ ayat 88.

“tidak ada satu pun nikmat yang ada pada kamu kecuali kesemuanya dari Allah. apabila kamu di timpa bahaya, kepada-Nya kamu mengadu”. surah an-Nahl ayat 53.

Apabila kesakitan telah sampai ke kemuncaknya, tubuh tidak bermaya, wajah pucat lesi, tenaga dan kekuatan telah tiada, segala usaha sia-sia, doctor pun sudah menyerah, jiwa mulai mengeluh, tangan tidak mampu di gerakkan, hati sudah tidak lagi punya harapan, maka orang yang sakit itu pasrah menghadapkan wajahnya kepada Zat Yang Maha Tinggi sambil berseru:
“Ya Allah, Ya Allah. kerana itu penyakit itu akan hilang, penderitaan akan lenyap dan doa di dengarkan:
“ketika Ayub berseru kepada Tuhannya, sungguh aku telah di timpa kemalangan dan Engkau adalah Zat Yang Maha Mengasihi. kerana itu Kami kabulkan seruannya dan Kami hilangkan kesusahan yang menimpanya. Kami datangkan keluarganya dan orang-orang yang seperti mereka sebagai kasih sayang dari Kami dan peringatan bagi orang-orang yang menyembah”. surah al-Anbiya’ ayat 83-84.    

jangan bersedih..kita lebih bertuah berbanding jutaan yang lain

sekarang cuba tebarkan pandangan kita ke sekeliling. lalu berfikirkan tentang dunia dan isinya. bukankah di katil-katil hospital di penuhi manusia yang di timpa penyakit bertahun-tahun? bukankah di penjara terdapat ribuan manusia yang hidup terkurung dan terhina?

bukankah di pusat-pusat pemulihan dan hospital-hospital ramai manusia yang kehilangan akal sihatnya, lenyap kesedarannya dan menjadi gila? bukanlah di luar sana ramai fakir-fakir miskin tinggal di khemah-khemah yang koyak dan pondok-pondok yang tidak mempunyai makanan untuk di makan? bukankah di luar sana, antara ramai manusia, ada yang di timpa musibah, anak-anak meninggal semua dalam satu peristiwa tragik? atau manusia yang cacat, buta bisu, pekak, kehilangan sebahagian anggota badannya, seperti kaki, tangan dan sebagainya bahkan hilang akal sihatnya ataupun menghidapi penyakit yang belum di temui ubatnya?

sedang kita di sini selamat, di lindungi, dalam keadaan baik, tenteram, aman dan damai. justeru itu, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya. jangan menghabiskan waktu dengan hal yang tidak di redhai Allah.

jangan bersedih..ketahuilah bercakap banyak mensia-siakan waktu yang ada

jangan sesekali membiasakan diri dengan tabiat suka bertekak dan jangan terbabit dengan perbincangan yang tidak ada hujung pangkalnya tentang masalah yang bersifat mungkin. hal itu membuatkan hati menjadi sempit dan kotor. janganlah kita memaksa orang lain menerima satu pendapat kita, tetapi keluarkan idea dengan santun, tenang, tidak tergesa-gesa dan tidak mengumpat.

sikap suka membantah dan mengkritik tidak mendatangkan kebaikan. hal itu menyebabkan hati tidak tenang dan imej tidak baik. ucapkanlah kata-kata dengan penuh sopan dan penuh kasih sayang jika kita ingin di senangi.

perbuatan yang sentiasa mendatangkan kegelisahan dan kesedihan adalah menganggap orang lain tidak ada, menekan mereka, mencela mereka dan meremehkan mereka. hal-hal tersebut akan menghilangkan pahala, mengumpul dosa dan menimbulkan perasaan tidak tenang.

oleh itu, sibukkan diri untuk memperbetulkan aib diri sendiri daripada mencari aib orang lain. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna dan terpelihara dari dosa. setiap dari kita pasti menanggung dosa dan aib sendiri. berbahagiakan orang yang sibuk memperbaiki diri sendiri dari sibuk memerhatikan aib manusia yang lain.

jangan bersedih..terimalah ketentuan Allah, baik ataupun buruk

Allah s.w.t berfirman:

“tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali yang tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa dari apa yang luput dari kamu dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang di berikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong lagi membangkang”. surah al-Hadid ayat 22-23.

Allah s.w.t berfirman:

“boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. surah al-Baqarah ayat 216.

ketenangan hati ketika di timpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada’ dan qadar. apatah lagi jika kita mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hamba-Nya dan menghendaki kemudahan untuk mereka. dan Dia Maha Bijaksana dan Maha Tahu. Dia menyimpan di akhirat dan memberikan habuan yang cukup bagi mereka yang bersabar tanpa perhitungan. hal ini jika di renungkan maka akan mengubah kesedihan menjadi kesenangan dan kebahagiaan. namun tidak semua orang kuat bersikap seperti ini.

berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil supaya dapat menghadapi musibah dengan selamat (baik):

-          cubalah khayalkan musibah yang lebih besar dan lebih buruk dari yang sedang di alami.
-          cuba khayalkan orang lain yang sedang di timpa musibah yang lebih besar dari yang sedang di alami.
-          pandanglah nikmat-nikmat yang di berikan kepada kita tetapi di beri kepada orang lain.
-          jangan sesekali anda menyerah mendepani kegagalan yang berlaku sekalipun yang datang berupa malapetaka.
“sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan. sesungguhnya bersama
kesusahan ada kemudahan” surah al-Insyirah ayat 5-6.  

jangan bersedih..pelajarilah syarat-syarat hidup bahagia

ada dua sifat buruk yang merosakkan manusia dari dalam iaitu sifat rakus dan tamak. kedua-dua sifat ini boleh di atasi dengan cara-cara berikut:

-          berjimat, pandai berbelanja dan bijak menguruskan kewangan. orang yang gemar berbelanja tak akan pernah merasa cukup bahkan akan menjadi semakin kedekut dan tamak. hidup jimat merupakan kunci kepuasan diri. ada ungkapan indah mnyebut: “merancang segala sesuatu adalah separuh dari kejayaan”.
-          jangan cemas dan gentar menghadapi masa depan. kawallah angan-anganmu dan yakinlah bahawa masalah rezeki sudah di tentukan, maka ia tidak akan jatuh ke tempat lain.
-          meningkatkan ketaqwaan. kerana bertaqwa kepada Allah adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana firman Allah s.w.t : “barangsiapa bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka”. surah at-Tallaq ayat 2.
-          berpuas hati menerima apa adanya. sifat ini adalah sifat terpuji sedangkan sifat tamak dan tidak kenal cukup adalah sifat yang tercela. ambillah pengajaran yang berguna dari kedua-dua sifat tersebut.
-          bacalah kemudian hayatilah perjalanan hidup para nabi dan orang-orang yang soleh, terutama sekali dalam hal sikap dan akhlak mereka seperti sifat qanaah iaitu rendah diri mereka dalam menikmati hidup, dan kecintaan mereka terhadap akhirat. jadikanlah mereka teladan dan ikutan.
-          perhatikan keadaan mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri anda. kemudian banyaklah belajar dari semua itu.

jangan bersedih..pelajari formula kejayaan


-          formula untuk mendapat kemuliaan adalah taat kepada perintah Allah dan rasul-Nya.
-          formula untuk mendapat rezeki adalah berusaha disertai beristighfar dan ketaqwaan.
-          formula untuk mendapat syurga adalah tauhid.
-          formula untuk mendapat iman adalah merenung ayat-ayat Allah dan makhluk-makhluk-Nya.
-          formula untuk mendapat kebaikan adalah kejujuran.
-          formula untuk mendapatkan hati yang hidup adalah merenungkan al-Quran, berdoa pada waktu malam dan meninggalkan perbuatan dosa.
-          formula untuk mendapat ilmu pengetahuan adalah bertanya dan menyemak dengan baik.
-          formula untuk mendapat pertolongan dan keberhasilan adalah sabar.
-          formula untuk mendapat kebahagiaan adalah taqwa.
-          formula untuk mendapat bertambahnya (nikmat) adalah bersyukur.
-          formula untuk mendapat perasaan rindu pada akhirat adalah menjaga jarak (zuhud) dengan dunia.
-          formula untuk mendapat kemakbulan harapan dan permintaan adalah doa.

jangan bersedih..maafkanlah mereka

jangan pernah bersedih andai hati anda di sakiti..tetapi maafkan mereka dan anda akan merasa bahagia.
sepanjang hidup kita, adakalanya kita sering di sakiti oleh mereka di sekeliling, pedih, sakit hati dan terluka menyebabkan kita cenderung untuk sentiasa mengingati apa kesalahan mereka kepada kita hingga membawa kepada datangnya satu penyakit berkunjung ke dalam hati kita iaitu DENDAM.
dendam biasanya tidak hanya duduk diam di dalam hati tetapi membawa kepada perasaan ingin membalas dendam.
panasnya api biasanya di padamkan dengan sejuknya air..tapi panasnya dendam apakah yang mampu memadamkannya???


hidup kita memang tidak akan lepas dari berjumpa dan di kelilingi oleh mereka yang menyakiti hati kita, dengan sengaja ataupun tidak. bagaimanakah kita ingin merawat hati yang di sakiti dan di lukai???
yang berlaku sudahpun berlaku dan janganlah bawa sampah bersama-sama sepanjang hidup kita.


cuba renungkan, mungkin sama dengan apa yang anda alami.
apabila kita di sakiti, kita cenderung untuk ingat apa yang telah di lakukan oleh orang lain terhadap kita. mereka melukakan hati kita, menyakitkan dan membuatkan kita marah ataupun menangis. sesuatu yang tidak menyenangkan bukan?


hati kita akan berasa sesak, otak senak memikirkan dan dada sebak menahan sakit dan marah. kenapa ini semua boleh terjadi??? sebab kita seringkali memikirkan mereka dan kesalahan yang mereka lakukan kepada kita, sehingga berhari-hari, berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun mereka masih menyakiti kita dalam diam..di dalam hati. hati kita parah..terluka dan menangis, tidak kenal erti sembuh. bermacam-macam kita lakukan untuk mengubati hati. cuba bergembira dan tersenyum tetapi masih tidak berjaya. mereka masih menyakiti kita di dalam hati. mereka masih menghantui di dalam mimpi dan juga kehidupan nyata kita walaupun kita tidak lagi bersua muka dengan mereka. kenapa mereka begitu hebat? mampu menyakiti kita walaupun dari jauh, mampu melukakan kita walaupun jarak berbatu-batu memisahkan kita dengan mereka. 
cuba fikirkan bersama..kenapa ye? kenapa mereka tidak pernah berhenti meyakiti hati kita walaupun sudah berbulan-bulan dan bertahun kita tidak lagi bersua muka dengan mereka?
hmm..cuba kita lihat kedalam hati..selami fikiran kita. oh..rupa-rupanya mereka masih ada di situ..di dalam hati dan fikiran kita. sedang mengetuk-ngetuk hati kita dengan kenangan-kenangan yang pahit itu.
patut la hati kita masih berasa sakit..fikiran dan hati kita sedang bermain-main dengan mereka. kita tidak membiarkan kesakitan itu pergi..tetapi kita sering melayan perasaan sakit itu. jadi macam mana la hati kita nak sembuh kalo hari-hari masih ingat ape yang mereka pernah buat kat kita.


kawan-kawan cuba hari ini kita halau mereka dari hati dan fikiran kita. izinkan mereka pergi dengan tenang. selama ini kita masih membiarkan mereka menyakiti kita di hati. apa kata hari ini kita biarkan mereka pergi dari terus menyakiti hati kita mungkin dengan itu hati kita boleh beransur-ansur sembuh apabila mereka tidak ada lagi untuk menyakiti kita di hati. kenapa kita masih nak membawa sampah bersama-sama kita sedangkan sampah itu kita boleh buang di tong sampah? kenapa nak biar sampah itu membusuk dan menjadi dendam di hati? buanglah sampah itu, biarlah sampah itu di buang di tempat yang sepatutnya..biarkan mereka pergi dari hati kita. dengan izin Allah hati kita akan sembuh sepenuhnya.


tapi mungkin ada yang akan berkata.."saya tak boleh lupakan apa yang pernah mereka buat kat saya, sampai bila-bila saya ingat".


hmm..sampai bila-bila saya ingat ke sampai bila-bila saya 'nak' ingat???
semuanya terpulang pada kita, kalo kita nak hati kita sembuh kita mesti biarkan mereka pergi dari ingatan dan hati kita dengan cara melupakan mereka. kalo mereka masih di hati, selagi itulah hati kita takkan sembuh. hidup kita takkan ceria dan hati kita tidak akan berasa tenang dan bahagia. sebab kita membawa mereka bersama hidup kita, kita tetap membiarkan mereka menyakiti kita dengan berdendam terhadap mereka. kita membawa sampah bersama kita..kita tidak membuang sampah itu.


hmm..bagaimana ye nak biarkan mereka pergi dari hati kita? bagaimana ye nak lupakan apa yang mereka buat pada kita? bagaimana ye nak sembuhkan hati kita?
memaafkan..kemaafkan adalah ubat yang boleh menyejukkan dendam yang membakar di hati. hanya dengan memaafkan mereka kita mampu untuk berasa lega. mereka hanya akan pergi dari terus menyakiti hati kita bila kita memaafkan mereka ikhlas dari hati. IKHLAS..sepenuh hati. insyaAllah dengan izin Allah, hati kita akan sembuh sepenuhnya. luka-luka di hati akan hilang bersama parut-parutnya sekali.
sambil itu, berdoalah..andai kita belum mampu memaafkan mereka, berdoalah moga Allah membantu dan mengajar kita memaafkan mereka sepenuh hati. berdoalah moga hati kita dapat sembuh dari terus di sakiti oleh DENDAM..ameen.

jangan bersedih..tersenyumlah untuk hidup

andainya anda tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka nestapa, maka sesungguhnya anda sedang meringankan beban dan membuka satu pintu kebahagiaan.
jangan ragu-ragu untuk tersenyum kerana di dalam diri anda ada kekuatan besar yang meluap dengan senyuman.
jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti anda memaksa jiwa anda masuk ke dalam botol penderitaan..
tersenyum tidak akan membahayakan anda..berbicara dengan orang di sekitar anda dengan bahasa qalbu. alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyuman..
seorang kaunselor pernah penasihati saya..tersenyumlah dan bergembiralah walaupun di dalam hati menangis. kerana bila tersenyum badan kita mengeluarkan satu hormon yang memberi isyarat rileks ke kepada otak kita, jadi dengan tersenyum kita akan berasa ringan dari stress.
hanyatilah satu nasihat..jangan tunggu bahagia datang untuk mampu tersenyum. tapi tersenyumlah untuk merasa bahagia..

jangan bersedih..lakukan tips menjauhkan kegelisahan

apa yang mesti dilakukan oleh seorang yang di serang insomia? insomia adalah penyakit sukar tidur di malam hari  sehingga membuat seseorang gelisah di tempat tidur.
mereka harus melakukan hal-hal berikut:


1) mengucapkan zikir-zikir yang di syariatkan:
.....ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
surah Ar-Ra'ad ayat 28.


2) menghilangkan kebiasaan tidur di siang hari kecuali terpaksa:
Dan Kami jadikan siang untuk mencari kehidupan. 
surah An-Naba' ayat 11.


3) membaca dan menulis untuk sampai datang rasa mengantuk:
....Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.
surah Thaha ayat 114.


4) menyibukkan diri dengan pekerjaan yang bermanfaat di siang hari:
....dan Dia telah menjadikan siang untuk bangun berusaha.
surah Al-Furqan ayat 47.


5) mengurangi minum minuman yang membuat terjaga seperti kopi dan teh.
kami mengadu kepada kekasih kami sepanjang malam hari.
mareka berkata: 
"betapa pendeknya malam kami."
semua itu kerana tidur telah melelapkan mereka namun tidak melelapkan mata kami.

jangan bersedih..bekerjalah kamu

orang-orang bijak Yunani mengubati orang-orang yang di timpa kesusahan, kesuntukan dan penyakit psikologi lainnya telah memaksa mereka bekerja d ladang dan kebun. dan hasilnya beberapa waktu kemudian si pesakit telah kembali sihat dan mendapatkan ketenangan. 


...maka berjalanlah di segala penjurunya..surah Al-Mulk ayat 15.


Dan katakanlah: bekerjalah kamu sekalian....surah At-Taubah ayat 105.


orang-orang yang bekerja dengan menggunakan tangannya adalah kelompok orang yang lebih bahagia, tidak terbebani dan tenang jika di bandingkan dengan orang lain. cuba perhatikan para pekerja itu, mereka memiliki fikiran yang bebas dan fizikal yang kuat di sebabkan gerak dan kerja mereka.