Tuesday, 29 October 2013

kalian dari mana?

assalamualaikum..
hari ni aku rasa tak bape ok :( (asek tak ok je aku merapu.haha)

hmm..aku start blogging 2011. banyak ugak la aku merapu kat sini. masa-masa aku tengah tingtong.hehe.
tapi bile dah dewasa sket (konon la, maksud aku cerdik sket dari tahun 2011 :p ), aku delete beberapa post yang aku rasa tak bape sesuai. aku malu bila baca balik :p

dari traffic feed aku tengok ade ugak orang baca blog merapu macam blog aku ni.haha. hope korang jenis orang yang tak suka buang masa macam aku ni :D

aku tengok..ramai pembaca dari tanah seberang, indonesia. dan pembaca blog ni kebanyakan aku mungkin tak kenal korang face to face. hmm..cuma aku tertanya, dari mana korang jumpa blog aku?hehe. dan ape yang buat korang terjumpa blog merapu macam ni.

jujurnya aku tulis blog hanya untuk lepaskan rasa je :) sebab tu kalo baca balik di awal penulisan aku, banyak tulisan yang sedih n aku banyak nanges :( tapi skang, bila aku sedih, aku mesti cepat-cepat ingatkan diri aku, 'tak berbaloi untuk sedih untuk benda yang tak bagi manfaat kat kita' kan kengkawan??? so, be happy :D

skang bila aku sedih, aku suka memanjakan diri (cewah :p). wat facial ke, exercise ke etc
sebab aku jumpa dalam buku dale carnegie ade kisah sorang wanita tu cakap, die risau n hidup die penuh pressure. tapi die pk 1 benda, aset utama die adalah kecantikan, sebab die nak jadi artis. so, die stop risau, sebab risau akan effect die punye penampilan. so, aku kekonon nk jadi cam die la.hahahaha. :p

klah..baik aku stop menaip. sebelum parah.hehe. 

Saturday, 19 October 2013

bertanya pada yang lebih tahu atau yang serba tahu?

assalamualaikum..

bertanya adalah kunci pengetahuan. seorang penuntut ilmu di galakkan bertanya untuk lebih memahami apa yang di pelajari.

namun..berhati-hati dalam bertanya. bertanyalah pada yang lebih tahu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ilmu agama.

"..maka tanyalah pada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui". surah an-Nahl ayat 43.

ramai orang mampu berkata-kata, termasuk juga saya (jika ada yang salah mohon di tegur). perkara yang cukup mudah bukan? ya! hanya bermodalkan air liur, sesiapa sahaja mampu berbicara, berkata-kata dan berhujah. namun, sejauh mana kebenaran kata-kata? di sinilah persoalannya.

hati-hati menuntut ilmu dan hati-hati jika bertanya. dewasa ini ramai di antara kita mampu berhujah sini sana, berhukum sini sana termasuklah soal agama. tidak di nafikan ramai ilmuan di luar sana, lubuk ilmu itu cukup luas. namun, berhati-hati menerima ilmu. pangkat seorang penyampai ilmu meskipun ustaz, syeikh, haji mahupun pemegang ijazah kedoktoran bukanlah satu nilai ukuran. tapi ukurannya adalah kesahihan (kebenaran) ilmu yang di sampaikan.

jika tidak bersandarkan dalil yang sahih (benar), eloklah di fikir-fikirkan sebelum di hadamkan. usah taklid buta! kelak ada padahnya. usah ikut apa yang tidak kita ketahui, dengan membuta tuli.

"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan di minta di pertanggungjawabannya." surah al-Isra' ayat 36.

bukan sahaja berhati-hati dalam bertanya, malah juga dalam menyampaikan kata-kata. berhujah tentang agama tidak cukup jika hanya berbekalkan logik akal semata. Islam bersandar pada dalil! bukan pada kiasan kata bijak pandai semata. berhati-hati juga berkata atas nama agama. hanya orang yang berilmu, tahu akan bahayanya berkata-kata tentang agama tanpa ilmu.

di sini, saya tidak membataskan kita untuk menyampaikan ilmu. tapi, pelajarilah dan fahamilah ilmu terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada yang lain. dan sekiranya tidak tahu, rujuklah pada yang lebih tahu, rujuklah pada ahli ilmu, bukan pada yang serba tahu. 

nota: salah bertanya sesat jalan, salah berkata-kata undang sesalan.