Sunday, 26 August 2012

sejernih air mengalir

sejernih air mengalir
sedingin desir angin semilir
meneroka segenap ruang masa
membentuk setiap ruas perjalanan
batas-batas air yang bergenang
bagaikan meraikan ikan-ikan berenang 
begitulah alir air yang tenang

sederas air membuas
seirama ombak menghempas
menerjah segenap rongga masa
menghempas persisir rona kehidupan
gigi air yang berlekuk
di mamah ombak ganas mengetuk
dengan deru angin yang membawa bunyi biduk

sebiru air laut
sehijau dalam air berlumut
membawa kecil sebuah perahu tua
membelah riak-riak air di lembah pelabuhan
tajam payau air menghakis masa
begitulah masin air menyempurnakan rasa

setajam batu kelikir
sejernih air mata mengalir
begitulah kehidupan manusia terukir 

26 ogos 2012 


2 comments:

Kejernihanku said...

Salam, saya nak minta izin, untuk share kan puisi ni dalam blog saya...

edogawa conan said...

wassalam.okeh. silakan :D

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates