Sunday, 10 June 2012

hanya Engkau lebih mengerti

Tuhan..
tidak ada kata yang terluah
tidak ada sesiapa yang ku percaya untuk di luahkan
takut pada keadaan
terkejut dengan secubit ujian


Tuhan..
ampunkan aku
mengharapkan mereka mampu mengerti hatiku
sedang Engkaulah yang lebih mengerti yang terbuku
hatiku celaru
fikiranku menahan amukan yang mengganggu
saat ini..
suasana tidak ada bunyi
hanya detak yang berdengup tanpa henti
dan aku masih mengharapkan mereka mengerti
tetap menamani di sisi


Tuhan..
di dalam terasa kosong
di luar terasa beku
puas aku termenung
puas aku memikirkan apa yang berlaku
masih tidak ada kata-kata 
yang mampu menzahirkan apa yang ada di dalam dada 
yang terluah hanyalah air mata


Tuhan..
dalam hangat air mata
aku percaya ada tawa tersembunyi di sebaliknya
dalam hari penuh kesulitan
aku percaya ada esok yang menenangkan
tapi bila datangnya
aku tertunggu dan tertanya
persoalannya hanyalah masa
bila waktunya dan bila saatnya
dan aku masih tidak kecewa menunggu


Tuhan..
puas aku meneliti
puas aku menilai diri
di manakah silap dan salah
ke manakah harus di buang sedih dan resah
mereka tidak ada di sini
ketika ku harapkan mereka tidak berpaling pergi


Tuhan..
yang ingin ku luah ku pendam sendiri
yang harus terluah ku bungkam tidak pasti
kerana hanya Engkau yang lebih memahami


10 jun 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates