Wednesday, 29 February 2012

jangan dekati gadis itu

jangan engkau dekati gadis itu
ketika dia menjauh darimu
bukan bermakna dia benci padamu
jauh sekali memandang hina padamu


jangan engkau dekati gadis itu
ketika dia berpaling darimu
bukan bermakna dia tidak menghormatimu
jauh sekali merendahkan dirimu


jangan engkau dekati gadis itu
ketika dia berundur berlalu
bukan bermakna dia tidak tahu
jauh sekali tidak mengerti perasaanmu


jangan engkau dekati gadis itu
kerana hatinya penuh rasa ragu
kerana hatinya terdetik rasa takut
tidak ingin hatinya di ragut
tidak ingin hatinya di nodai
tidak ingin dirinya di dekati
oleh yang tidak pasti
mampu menuntunnya ke jalan Ilahi


jangan engkau dekati gadis itu
andai di hatimu sendiri penuh rasa ragu
dengan keyakinan pada Tuhan yang satu


jangan engkau dekati gadis itu
kerana kesuciannya bukan untuk di ganggu


29 februari 2012


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates