Saturday, 15 March 2014

sumbangan di perlukan dengan segera (sebelum 28/3/2014)


Assalamualaikum semua. Kat sini aku dan kawan aku (Kami):

Kami ingin memohon infaq buat saudara Muslim yang bernama La Xiu Ying (50 tahun) dari XinJiang , China yang kehilangan arah di Kuala Lumpur , Malaysia . Pada sekitar 6 Mac 2014 yang lalu kami menemui beliau berlegar-legar keseorangan di Masjid Negara , Kuala Lumpur .
Di tangan beliau kami dapati ada tiket bas dari Alor Star Kedah . Kami percaya yang beliau telah sampai ke sana dan hilang arah . Lalu kembali semula ke Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan bahawa beliau sudah kehabisan wang dan buntu . Tujuan beliau datang ke Malaysia adalah untuk menemui/mencari saudara beliau tetapi tiada sebarang maklumat yang tepat untuk kami bantu dan kami mengalami masalah komunikasi .

Rekod perjalanan seperti tiket flight , Visa dan passport beliau menunjukkan beliau masuk ke Negara ini secara sah . Sekitar 2 hari yang lepas 12 Mac 2014 beliau di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami masalah Asthma . Alhamdulillah pada 14 Mac 2014 (Jumaat) beliau dibenarkan keluar dan segala urusan berkenaan ubat dan caj hospital dapat kami selesaikan .

Kini beliau selamat berada di rumah kami sementara menunggu tarikh kepulangan beliau ke Guangzhou , China pada 29 Mac 2014 .

Kami ingin memohon sedikit infaq/sumbangan untuk menguruskan perjalanan beliau ke Xin jiang , China (makan,minum,tiket penerbangan) yang terletak lebih kurang 4000 lebih KM ke arah utara China . Kos perjalanan menaiki kapal terbang yang agak mahal (lebih kurang 1200 yuan = RM 9++ . Hasil maklumat yang kami dapatkan melalui agen pembeli tiket beliau di China) . Pihak kami telah pun cuba menghubungi kedutaan China tetapi maklumbalas yang di terima sangat mengecewakan .

Atas inisiatif kami untuk membantu memudahkan urusan beliau yang merupakan saudara se Islam kami sekadar kemampuan kami.

Sekiranya sesiapa ada maklumat atau mengenali beliau boleh berhubung dengan kami:

di talian 017 – 6348706 (Hazim) FB: Hazim Jaafar dan bagi sesiapa yang mahukan kesahihan maklumat di alu-alukan juga untuk berhubung.
Semoga Allah Menggantikan yang lebih baik atas harta yang telah kalian infaqkan . Allahumma ameen . Insya Allah

Firman ALLAH SWT maksudnya:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang) maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (AL-BAQARAH : 271)

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah beriman seseorang dari kalian sehingga dia mencintai untuk saudaranya sebagaimana dia mencintai untuk dirinya sendiri".
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
َ

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
(Hadith Riwayat Al-Muslim)

Akaun Penerima Infaq
7007571985 CIMB Mumammad Hazim bin Mohd Jaafar

Mohon di sebar-sebarkan kepada umum.

Barakallahu feekum wa ahleekum.


note: buat pengetahuan korang, makcik ni sekarang tinggal sementara kat rumah aku dan untuk details boleh contact kawan aku seperti nombor tertera.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates