Wednesday, 12 February 2014

khasiat tomato mentah

assalamualaikum..

khasiat tomato mentah
selain memakan tomato yang di masak sebagai masakan contohnya sos pasta, tom yam dan sebagainya. bagi mendapatkan khasiat tomato yang optimum, kita di galakkan untuk memakan tomato mentah yang segar. boleh di nikmati sebagai salad segar atau di makan mentah begitu sahaja, tomato mentah merupakan snek pengalas perut yang terbaik. antara khasiat-khasiat tomato mentah adalah seperti berikut.

sumber anti-oksidan
tomato mengandungi beta-carotene yang bertindak sebagai anti-oksidan untuk tubuh badan. selain itu juga, tomato di perkaya dengan vitamin A dan C menjadikan tomato anti-oksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan. 

kesan merokok
bagi seorang bekas perokok, jangan abaikan kebaikan tomato kepada bekas perokok. ini kerana tomato mengandungi asid chologenic dan caumaric bertindak sebagai agen untuk melawan karsinogen di dalam tubuh badan yang di sebabkan oleh sisa-sisa rokok.

melawan kanser
kajian mendapati bahawa amalan memakan tomato mengurangkan mendapat kanser perut dan usus besar. ini kerana terdapat lycopene di dalam tomato, anti-oksidan semulajadi yang menghalang pertumbuhan sel kanser. 

mengawal diabetes
tomato mengandungi kromium yang membantu pesakit diabetes mengawal kadar gula di dalam darah mereka.

menyihatkan jantung
kalium dan vitamin B di dalam tomato merupakan nutrien yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol. 

menyihatkan mata
tomato kaya dengan vitamin A yang lebih di kenali dengan vitamin untuk mata. memakan tomato sangat bagus untuk mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi rabun malam.

mencegah batu buah pinggang
memakan tomato tanpa biji mampu mengurangkan risiko mendapat sakit batu buah pinggang. jadi, jangan abaikan khasiat tomato ini.

mencerahkan kulit
kandungan lycopene di dalam tomato mampu membantu mencerahkan kulit. jadi tidak hairanlah pengusaha bahan kosmetik giat menggunakan tomato sebagai bahan asas penjagaan kecantikan. tetapi bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara semulajadi dengan tomato, boleh mencuba menjadikan tomato sebagai masker atau pencuci muka. amalkan secara konsisten untuk kulit yang lebih cerah, bersinar dan tampak segar kemerahan. 

menguatkan tulang
kandungan kalsium dan vitamin K di dalam tomato membantu kita menguatkan tulang.

mencantikkan rambut
amalam memakan tomato yang konsisten membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau. ini kerana, kandungan vitamin A di dalam tomato membantu menyihatkan dan mencantikkan rambut.

set kecantikan shaklee
1- B-complex
B-complex mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2- sustained release vita-C
sustained release vita-C ialah antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.vita-C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, vita-C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3- vita-E complex


vita-E complex merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. kajian menunjukkan pengambilan vitamin-E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UV. 

selain 3 set ini juga di sarankan untuk mencuba:

1- esp soy protein isolate powder 

ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

2- GLA complex

GLA complex adalah berfungs untuk menstabilkan hormon badan. salah satu punca masalah kulit juga adalah hormon yang tidak stabil. jika mengalami jerawat yang teruk, pengambilan GLA complex amatlah di sarankan.

# Page FB: Healthy and Beauty Store

# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates