Thursday, 13 February 2014

kesultanan melayu melaka

assalamualaikum..

aku dan subjek sejarah

hmm..ade sesape kat sini terer sejarah?hahaha. aku cakap kat korang sejak zaman aku study lagi aku jenis malas membaca buku. jenuh di paksa dan di marah-marah, skang ok la sket perkembangan aku dalam bab baca membaca ni. nak dapatkan ilmu la katakan. eceh! sejarah sinonim dengan subjek baca membaca. belajar tentang kejadian masa lampau. dulu aku pikir, ape menda la belajar sejarah. ape kaitan dengan zaman sekarang? n aku dulu macam berangan nak jadi peguam sebab aku jenis suka menjawab adek-beradek aku cakap.so, dorang bajet aku bagus jadi peguam.hahaha. tapi subjek utama kena skor tuk jadi penguam ialah sejarah. sejak tu baru aku tahu, kenapa kita belajar sejarah? sebab melalui sejarah kita akan bina empayar baru kehidupan kita dengan mengambil iktibar jatuh bangun masyarakat dahulu. dan juga untuk tahu asal usul kita bermula demi mengorak langkah ke mana kita akan berakhir.

kesultanan melayu melaka

belajar pasal kesultanan melayu melaka, aku cukup gemar nak tahu pasal fighting-fighting. macam mana pahlawan-pahlawan melayu bergadai nyawa mempertahankan tanah air. maklumlah aku kan bajet serikandi melayu melaka. siap berangan lagi nak jadi macam tun fatimah la kononnya.hahaha. aku dan imaginasi sukar di pisahkan ;p
kesultanan melayu melaka diasaskan oleh seorang putera dari palembang iaitu parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. pada awalnya melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. hal ini berubah pada tahun 1409 apabila parameswara berkahwin dengan puteri dari pasai. agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi kesultanan melayu melaka oleh sultan muzaffar syah. pemerintahan kesultanan melayu melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah melaka tewas di tangan penjajah portugis pimpinan alfonso de albuquerque pada 1511. sultan mahmud shah merupakan sultan terakhir kesultanan melayu melaka. pada 1528, seorang putera baginda sultan alauddin riayat shah II menubuhkan kesultanan johor bagi mewarisi kesultanan melaka.

pengasas dan pengasasan melaka
menurut sejarah melayu
menurut sejarah melayu, parameswara yang dilahirkan sebagai dharmaraja adalah raja singapura terakhir yang berasal dari keturunan srivijaya. pada tahun 1324, seorang putera srivijaya dari bentan bernama sang nila utama telah menawan temasek dan menubuhkan kerajaan singapura lama. baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai raja singapura oleh satu utusan dari maharaja china pada tahun 1366. baginda secara rasmi bergelar sri maharaja sang utama parameswara batara sri tri buana, batara sri tri buana bermaksud "yang dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas palembang, bentan dan temasek. terdapat tiga orang lagi raja dari keturunan baginda yang memerintah singapura iaitu, paduka sri pekerma wira diraja (1372 – 1386), paduka seri rana wira kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir paduka sri maharaja parameswara (1399 - 1401). pada 1401, kerajaan majapahit menyerang singapura dengan bantuan bendahara yang belot, sang rajuna tapa. parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat semenanjung melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.

menurut suma oriental

menurut "suma oriental", parameswara ialah seorang raja palembang yang menggantikan ayahandanya, raja sam agi. beliau diserang oleh raja jawa, batara tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai mjeura ("orang yang berani"). ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke singapura. setelah membunuh wakil raja siam (bernama tamagi) di singapura, parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak siam tidak lama selepas itu. dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat semenanjung melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

menurut sejarah melayu 'malay annals'

menurut sejarah melayu ("malay annals") yang dikarang oleh tun sri lanang pada tahun 1565, parameswara melarikan diri ke muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. penetapan di tempat yang kedua di kota burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. kemudian parameswara berpindah ke sening ujong. setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di sungai bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. 

ketika itu, orang-orang seletar mendiami di situ dan mereka meminta parameswara menjadi raja. parameswara merasakan kedudukan tempat itu amat baik untuk didirikan kerajaan.tempat itu berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang. bekalan air bersih juga mudah diperoleh.selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau boleh menjadi petunjuk kepada pelayar dan memudahkan urusan mengawal selat melaka. pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng semulajadi.angin monsun pula tidak mengganggu kegiatan perdagangan kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin tersebut.


semasa parameswara sedang berehat di bawah pohon melaka, parameswara telah melihat peristiwa anjing pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk kecil dapat mengalahkan seekor anjing.oleh itu, parameswara memilih untuk mendirikan sebuah kerajaan. parameswara menamakan tempat itu melaka bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.




parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai raja iskandar syah. baginda telah berkahwin dengan puteri pasai, indonesia. pada tahun 1409 juga, laksamana cheng ho telah singgah di melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. pada 1411, parameswara telah membuat pelayaran melawat negara china dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan maharaja ming, yung lo. maharaja yung lo juga mengiktiraf parameswara sebagai raja melaka.


pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di kepulauan melayu pada abad ke-15 dan ke-16. tambahan pula, melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. ini dapat digambarkan menerusi duarte barbosa yang berkata :


“sesiapa yang menguasai melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”


faktor-faktor yang menyumbang kepada melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman monsun barat daya dan monsun timur laut. pedagang-pedagang dari jawa, arab, india, china dan lain-lain dapat berlindung di melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. semasa pemerintahan parameswara, ramai orang cina menetap di melaka, berdekatan kawasan bukit cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.


perkembangan melaka

raja iskandar shah (parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, sultan megat iskandar shah 1414-1424, baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, sri maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "sultan muhammad shah, melaka" (1424-1444). pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda puteri rokan, raja ibrahim. disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu puteri rokan, orang-orang besar melaka tidak setuju dan telah membunuh raja ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "sultan abu syahid".

kekanda raja ibrahim, raja kassim anak isteri pertama tun wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "sultan muzaffar syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh sultan ke seluruh kepulauan melayu seperti jawa, borneo dan filipina. sebahagian besar penduduk asia tenggara pada ketika itu beragama hindu.


semasa pemerintahannya, pihak siam membuat dua serangan ke atas melaka. serangan pertama diketuai oleh awi chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh tun perak dan tun hamzah (tok bongkok) tidak jauh dari muar. pada tahun 1456, siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh awi dichu melalui laut, dan sekali lagi tun perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar melayu melaka. tun perak telah dijadikan bendahara dengan gelaran "bendahara paduka raja". beliau berkhidmat di bawah empat sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan melaka ke mercu kekuasaannya di kepulauan melayu


hubungan dengan negera china

antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan melaka adalah kerana melaka memiliki hubungan yang dekat dengan dinasti ming di negara china, armada ming berperan mengamankan jalur pelayaran selat melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. di bawah perlindungan ming, melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat semenanjung malaya yang tidak dapat disentuh oleh majapahit dan ayutthiya.hubungan diplomatik antara melaka china mula terjalin apabila kaksamana yin ching melawat melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan laksamana cheng ho pada tahun 1405 dan 1409.parameswara memohon perlindungan dari china. melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan china dan bersetuju menghantar ufti.china telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan china kepada melaka.melaka juga menghantar utusan ke china.

berdasarkan sulalatus salatin kerajaan ini merupakan kelanjutan dari kerajaan melayu di singapura, kemudian serangan jawa dan siam menyebabkan pusat pemerintahan berpindah ke melaka. dinasti ming mencatat parameswara sebagai pendiri melaka mengunjungi maharaja yongle di nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. sebagai balasan upeti yang diberikan,maharaja china menyetujui untuk memberikan perlindungan pada melaka. kemudian tercatat ada sampai 29 kali utusan melaka mengunjungi maharaja china.


kegemilangan kesultanan melaka

pada tahun 1459, sultan mansur shah (1459 - 1477) menaiki takhta. disebabkan kedudukannya yang strategik, melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan melaka, maharaja china telah menganugerahkan anaknya puteri hang li po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan sultan mansur shah. untuk menyambut hang li po, sultan mansur shah juga menghantar tun perpatih putih dengan segolongan pengiring ke negeri china untuk mengiringnya. hang li po tiba di melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang cina dengan penduduk tempatan. kaum peranakan ini juga dikenali sebagai orang baba dan nyonya pada hari ini.




semasa pemerintahan sultan mansur shah, empayar melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada semenanjung malaysia, singapura, dan sebahagian besar sumatera. pesaing utama melaka ialah siam di utara dan majapahit di selatan. majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh melaka pada kurun ke-15. siam pula telah menyerang melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

pentadbiran yang sistematik

bagi melicinkan urusan pentadbiran kerajaan melaka, sultan melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai sistem pembesar empat lipatan. sistem pembesar empat lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan melaka. dalam sistem pentadbiran ini, sultan mengetuai teraju pemerintahan. baginda dibantu oleh empat orang pembesar yang dikenali sebagai pembesar berempat. mereka terdiri daripada bendahara, penghulu bendahari, temenggung dan laksamana. pembesar berempat dibantu oleh pembesar berlapan, pembesar enam belas, dan pembesar tiga puluh dua.

kejayaan melaka

selepas melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan srivijaya pada abad ke-15, melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. melaka telah muncul sebagai kuasa besar di kepulauan tanah melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti siam dan srivijaya. melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh srivijaya. kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari srivijaya ini telah mengangkat martabat melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

keupayaan melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa siam dan jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan melaka. contoh negeri tersebut ialah seperti bernam, klang, selangor, sungai ujung, kedah, dan patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada melaka. manakala pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan melaka. bukti kemunculan melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan siam dan akhirnya berjaya menguasai kelantan, menjelang kurun ke-16 melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan siam. hal ini menunjukkan melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.


kejayaan melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang timur dan barat termasuk nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke melaka ke tempat lain. walaupun melaka merupakan warisan srivijaya, namun pencapaian melaka adalah berbeza daripada srivijaya kerana melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


kejatuhan melaka

pada tahun 1488, sultan mahmud shah mewarisi melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di asia tenggara. bendahara tun perak, pencipta keunggulan melaka, telah tua. begitu juga dengan laksamana hang tuah. pemerintahan sultan mahmud shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. ayahandanya sultan alauddin riayat shah mangkat pada usia yang masih muda. oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

pada tahun 1509, diego lopez de sequiera dengan 18 buah kapal dari angkatan diraja portugal tiba di melaka. mereka merupakan orang eropah pertama yang tiba di asia tenggara dan digelar "benggali putih" oleh orang tempatan. oleh kerana orang-orang portugis membuat kacau di melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, sultan mahmud shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang portugis dihalau dari melaka. angkatan portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.


pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut portugis yang besar dari goa,india diketuai oleh alfonso de albuquerque kembali ke melaka. albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas portugis di melaka tetapi permintaannya ditolak oleh sultan mahmud shah.permintaan-permintaannya ialah pembebasan semua tawanan-tawanan portugis, meminta agar sultan melaka membayar ganti rugi dan izin untuk mendirikan kubu pertahanan di melaka A famosa. selepas 10 hari mengepung, pihak portugis berjaya menawan kota melaka pada 24 ogos. kekalahan melaka adalah disebabkan maklumatkan kekuatan pertahanan melaka telah dibocorkan oleh si kitol. sultan ahmad shah , ayahandanya sultan mahmud shah dan pengikut mereka telah berundur ke muar dan kemudian ke pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negara china.


kemudiannya, sultan mahmud shah berpindah ke selatan dan mengasaskan kesultanan johor selepas kemangkatan anaknya sebagai pusat dagangan saingan kepada melaka. dengan ibu kotanya di pulau bentan yang terletaknya berdekatan dengan temasik (singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi sultan melaka. sultan mahmud shah menjadi ketua gabungan melayu dan berkali-kali menyerang melaka. pada tahun 1525, laksamana hang nadim berjaya mengepung kota A famosa sehingga pihak portugis terpaksa membuat catuan makanan dari goa.


pada 1526, pihak portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah pedro mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota bentan. sultan mahmud shah melarikannya ke kampar, sumatera tetapi anakandanya, tengku alauddin shah tinggal dan mengembangkan johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. lagi seorang anakanda sultan mahmud shah, tengku muzaffar shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan kesultanan perak.

sultan mahmud shah mangkat dua tahun kemudian di kampar pada tahun 1526.

sejarah shaklee

ok selesai kita bercerita panjang lebar pasal sejarah kesultanan melayu melaka, skang kita citer pulak pasal sejarah shaklee. jom kenali shaklee.



shaklee corporation 
shaklee corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi no. 1 di amerika syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. dr forrest c shaklee memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.

selama lebih 50 tahun, shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. jenama shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, shaklee beroperasi di kanada, jepun, malaysia, mexico, china dan amerika syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. produk shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu jaminan 100% Shaklee. 


shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap artik dengan penjelajah will steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 shaklee membantu yayasan sir edmund hillary’s american himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di nepal. pada tahun 2000 pula shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. hasilnya shaklee menjadi syarikat pertama di amerika syarikat yang diiktiraf climate neutral dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. pada tahun 2002 shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global. 

isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. pada tahun 1960 shaklee membangun dan memperkenalkan pencuci organik pekat basic-H, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. pada tahun 2004, sebagai tanda hari bumi 2005, shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.

sebagai penghormatan untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada hari bumi 2006 shaklee telah melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan global - satu juta pokok. satu juta impian. kecemerlangan dalam Nobel Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, pengedar shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan mengimbangi pengeluaran CO². sebagai sebahagian daripada kempen, shaklee menderma $100,000 untuk pergerakan kawasan hijau untuk menanam satu juta pokok di kenya. 

shaklee malaysia
visi yang diilhamkan oleh dr. shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.


dengan prinsip asas ini, dr. shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.


jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

pada 2004, ripplewood holdings LLC dan activated holdings LLC telah mengambil alih perniagaan shaklee di seluruh dunia oleh yamanouchi pharmaceutical Co. Ltd. shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.


kaitan sejarah kesultanan melayu melaka dan sejarah shaklee dengan aku
kita duk gebang kencang sembang pasal sejarah ni buat ape? bukannya nak amik exam spm pun! hihi. meh aku ulang sekali lagi. setiap empayar ada jatuh bangun, kegemilangan dan kejatuhan. bukan setakat berjaya dan berjaya dan terus berjaya hingga ke puncak! ini resam kehidupan. 
tapi, kenapa nak buang masa ambil tahu semua tu? sebab..melalui sejarah jatuh bangun la kita ambil iktibar, semangat, strategi untuk terus kukuhkan satu-satu empayar. 

jatuh bangun
empayar kerajaan mahupun empayar bisnes ada jatuh dan bangunnya. begitu juga dengan 'empayar kehidupan' kita. ada jatuh dan bangun, tapi yang penting untuk terus membina empayar yang kukuh, kita perlu terus mengorak langkah memperbetulkan keadaan, ambil langkah bertindak, langkah berjaga-jaga dan sebagainya untuk kekal bertapak kukuh. tidak kira macam kerajaan melaka mahupun empayar bisnes berjaya seperti shaklee. faham anak-anak murid chekgu sekelian?hihi.   

jangan putus asa
dalam setiap perkara, dalam hidup, dalam bisnes, berjuanglah tanpa kenal erti putus asa. bagaikan parameswara mengembara sana sini sebelum menemui tempat paling strategik untuk membina empayarnya.
dari palembang ---> temasik ---> muar ---> kota burok ---> sening ujong ---> sungai bertam ---> melaka.
di sepanjang perjalanannya membina empayar, banyak jerih perit yang di hadapi. fenomena alam sekitar, serangan musuh dan sebagainya. sedang dia tetap berjuang hingga mampu membina empayar kesultanan melayu melaka yang terkenal hingga kini. 

dr forrest c shaklee juga bukan sehari dua membina empayar shakleenya. demi memjamin mutu produk terbaik untuk pengguna banyak penyelidikan di buat yang sudah pasti memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan usaha yang tidak kenal erti putus asa hingga shaklee mampu bertahan dari tahun 1956 hinggalah sekarang empayarnya melebar luas di serata dunia.
jadi, untuk berjaya seperti mereka, ayuh, kita berjuang tanpa kenal erti putus asa. jatuh bangun itu perkara biasa, tapi jangan kita pernah lupa kepada Dia, Tuhan pemberi segala. tanpa izin-Nya segalanya tidak akan mampu di kecapi. 

kesultanan melayu melaka - shaklee - aku
setelah kesultanan melayu melaka dan shaklee punya empayarnya sendiri. aku juga berhasrat punya empayar kehidupan aku sendiri. 
berminat membina empayar shaklee bersama aku? maklumat lanjut kat sini.
dalam hidup, dalam sedar atau tidak, kita sedang membina empayar kehidupan kita sendiri. namun yang pasti sebagai seorang muslim setiap orang dari kita ingin berjaya dunia dan akhirat. 

sebagaimana firman-Nya:
surah al-Baqarah ayat 200-202.
"....dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: wahai Tuhan kami! berilah kami kebaikan di dunia. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. (200) 
dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (201) 
mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya. (202)"

nota kaki
moga kita tergolong dari golongan yang kedua dari ayat-ayat di atas ini. ameen.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates