Thursday, 16 January 2014

ulaman untuk ibu berpantang

assalamualaikum..

hari ni aku nak berkongsi sedikit penemuan aku tentang ibu berpantang.hehe.

pengalaman berpantang
walaupun aku belum berkahwin dan belum bersalin.hihi. (on da way inshaAllah :p) tapi pengalaman yang aku dapat dari mak aku, makcik-makcik aku dan kakak-kakak aku yang dah bersalin. 
mana taknya, kakak kandung dan kakak ipar aku dah 7orang pernah bersalin. belum masuk makcik aku datang berpantang umah mak aku.hahaha. skang hanya tunggu masa untuk aku pulak.hihi. so, aku tahu la sket sebanyak pasal orang dalam pantang ni. aku pun join sekaki buat ape yang dorang buat. masa aku kecik-kecik lagi dah try makan ladu (makanan herba dengan lada hitam) untuk orang berpantang.hahaha. sakan aku :p
mak aku cakap masa pantang ni la kena jaga betul-betul. nak selim ke nak badan meletop ke nak badan sihat ke masa berpantang la pulun habes. kalo tak jaga masa ni badan rosak (ni bahasa mak aku ;p).
kalau tak jaga betul-betul masa berpantang, timbul la sakit-sakit badan, berat badan berlebihan. dan kata mak aku, kalo jaga betul-betul dan rahim cantik (istilah mak aku ugak) berpantang juga boleh menjarakkan anak atau family planning (ni istilah p ramlee, aku aku tak reti omputih bagai.hihi)

makanan ketika berpantang
secara asasnya orang berpantang ni biasanya mereka makan makanan yang bersifat panas untuk mengecutkan sistem peranakan dan penyembuhan luka ketika bersalin. jadi, herba-herba yang bersifat panas seperti lada hitam itu adalah makanan ruji buat orang berpantang.hihi.

ulam-ulaman ketika berpantang


ada beberapa ulam-ulaman yang di cadangkan untuk ibu berpantang, contohnya:
1- serai
2- lengkuas
3- daun atau ubi cekur
4- bunga kantan
5- kunyit hidup
6- daun kesum
7- halia
8- pegaga
9- pucuk mengkudu
10- ulam raja
11- daun lemuni hitam
dan banyak lagi (nanti tanya mak atau nenek korang.hihi) 

set berpantang pilihan ibu-ibu masa kini
shaklee pun ada altenatif set untuk berpantang yang biasanya menjadi pilihan ibu-ibu masa kini sebab mudah dan tak renyah bak kata mak jah ;p

- Boleh di ambil seawal hari pertama bersalin
- Tiada masalah jika di ambil walaupun anak mengalami jaundis (penyakit kuning)
- Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
- Memberi tenaga sepanjang tempoh bersalin
- Luka lebih cepat sembuh
- Atasi masalah rambut gugur
- Luka lebih cepat sembuh


berminat nak ambil set berpantang? nak konsultasi? nak borak-borak manja ngan aku? boleh hubungi aku seperti berikut:

# Page FB: Healthy and Beauty Store# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com # FB: Suriati Abdul Halim# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)# Email: suriatiabdhalim@gmail.com# Sms: 013-7117971


nota: bak kata pepatah, majulah shaklee untuk negara! err..ade kena mengena ke? hahaha. ade la ;p




4 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

Takda kena mengena pun, Shaklee dah maju,

edogawa conan said...

hahaha.yo!

Zayani Zulkiffli said...

nice info. lambat lagi nak pregnant :D

http://nurulzayani.blogspot.com/

edogawa conan said...

zayani zulkifli: boleh buat persediaan awal.hekhekhek ;p

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates