Thursday, 2 January 2014

mengurangkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes

assalamualaikum..
jom kita sama-sama ambil tahu pasal diabetes atau penyakit kencing manis :)


tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. sebaik-baiknya, kandungan karbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.  

susu
kombinasi vitamin D dan kalsium sangat bagus untuk penderita diabetes. kajian yang dilakukan ke atas wanita yang mengambil lebih daripada 1000 mg dan multivitamin D setiap hari kurang berisiko menghidap diabetes sebanyak 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung. 

salmon 
salmon kaya dengan asid lemak omega-3. Jenis lemak sihat ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan peradangan, serta memperbaiki perkembangan insulin. Selain itu, ikan ini juga mengandungi vitamin D.

cereal atau oatmeal
cereal atau oatmeal merupakan sarapan sihat dan enak yang sangat digalakkan pengambilannya. selain mengandungi serta tinggi, ia juga merupakan sumber tenaga. jadi, lengkapkan sarapan kita dengan cereal atau oatmeal. 

blueberry
pterostilbene yang terdapat di dalam blueberry menunjukkan kesan protein reseptor yang distimulasikan dalam sel, berperanan menurunkan kolesterol dan lemak.
pterostilbene juga mungkin membantu melawan kanser dan diabetes.

brokoli 
kajian mendapati brokoli memiliki zat penting yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak akibat kencing manis atau diabetes. peneliti dari Universiti Warwick meyakini, zat sulforaphane yang terkandung di dalamnya membantu memulihkan pembuluh darah

bawang putih
bawang putih mengandungi galian tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. bawang putih kaya dengan kalium, iaitu 529 mg bagi setiap 100 gm. seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid berlebihan (asidosis) dan ia bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku
keadaan tidak sedarkan diri atau koma. Selain kalium, bawang putih juga kaya dengan zink, mangan dan sulfur dan ke semua galian ini berupaya merawat kencing manis.

alternatif untuk menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes:

1- alfalfa complex
kaya dengan nutrien dan mineral. membantu menstabilkan gula dalam darah.

2- B-complex

menukar makanan kepada tenaga iaitu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan keletihan. terlibat juga dalam metabolism gula dan pembebasan tenaga.

3- vitalea
multivitamin dan multimineral asas keperluan tubuh badan. membantu mengimbangi keperluan vitamin dalam tubuh badan untuk pemulihan dan di lengkapi dengan zat besi untuk kesihatan yang optimum.

4- zinc complex
menurunkan paras glukos dalam darah. membantu penghasilan insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya merawat diabetes. zinc complex juga membantu penyembuhan luka.

5- esp soy protein isolate powder
membekalkan tenaga. protein membuatkan perut terasa kenyang dengan lebih lama.

6- GLA complex
mengimbangi hormon insulin dan mengurangkan kolesterol. GLA complex juga memberi kesan positif kepada diabetes neuropathy. merendahkan gula dalam darah dan berkesan untuk diabetes semasa hamil serta usia tua. GLA complex juga mengurangkan kebas dan kesakitan akibat gula dalam darah yang tinggi.

7- sustained release vita-C
sebagai antioksidan semulajadi. membantu mengurangkan rasa lemah badan.

8- vivix
mengandungi campuran unik botani polygonum cuspidatum, anggur muscadine, elderberi eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 
membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, meningkatkan tenaga dan kesihatan.

info lanjut korang boleh hubungi aku:
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971


note: boleh suggest dekat pakcik makcik yang ade diabetes dan boleh ugak hadiahkan dekat mak ayah yang ada diabetes ;) 


2 comments:

Linda said...

saya singgah dan follow ;)

edogawa conan said...

thanks :D
moga bermanfaat :)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates