Tuesday, 21 January 2014

limau mandarin si buah sitrus

assalamualaikum..

apa khabar korang suma? :)

tahun baru cina dah dekat. sebagaimana orang cina menantikan kedatangan sambutan tahun baru cina, aku pun menantikan kedatangan buah limau mandarin di pasaran.hihihi. orang sibuk nak sambut tahun baru cina, aku sibuk nak borong limau mandarin.



buah limau mandarin
buah limau mandarin senonim dengan masyarakat cina, tapi ini buah kegemaran aku.hihi. aku sangat suka limau mandarin walaupun aku tak sambut tahun baru cina sebab aku melayu maa ;p. kedatangan buah limau mandarin di pasaran paling aku nanti-nantikan sebab masa tahun baru cina je dorang jual limau ni. sedih aku!

buah oren sunkist 
dulu abang-abang n kakak-kakak aku selalu buat balik buah oren sunkist dan epal. masa aku kecik-kecik, buah-buahan cenggini kononnya grand la. kampung girl yang jakun macam aku ni hanya boleh makan buah cenggini masa akak n abang aku balik dari kuala lumpur je.hahaha. dasatkan? kami orang tak berada pun.tapi bahagia.hihi. dah besar ni macam kelakar lak. berlambak je buah epal n oren kat kelantan nun, tapi apsal la masa tu buah cenggini cam exclusive giler bagi family aku, macam hanya boleh di dapati kat kl je.hahaha.
dulu aku hanya makan epal berbanding oren sunkist. sebab oren sunkist kulitnya kalau kopek masih tertinggal serat-serat putih. aku kopek macam mana pun dia tetap ada, yang mana bagi aku tidak cantik.hahaha. makan pun nak cantik-cantik gak ;p jadi aku tak gemar makan oren sebab oren sunkist.

buah limau mandarin satu kotak
pada suatu ketika, masa aku kecik (macam buku cerita lak), kakak aku yang no.6 (adik-beradik aku 10orang suma, aku no.8) bawak balik 1 kotak limau mandarin masa dia balik cuti tahun baru cina. aku rasa sangat mewah masa tu.oh..heaven! rasa macam pertama kali lak makan buah limau mandarin. aku makan berbiji-biji.banyak!!! aku rasa sangat hepi sebab aku dah jatuh cinta kat buah oren yang bernama limau mandarin. meh aku citer nape aku suka sangat buah limau mandarin.

kulitnya senang kopek
berbanding oren sunkist, kulit limau mandarin senang kopek. tidak ada lagi sisa-sisa serat putih pada buah bila aku kopek. ianya licin dan cantik! buat aku sangat sukakan limau mandarin.hihi. walaupun orang cakap serat putih tu baik untuk penghadaman dan elakkan sembelit, aku tidak suka ia mencacatkan rupa limau aku.hahaha. korang jangan tiru macam aku. makan je serat tu ;p aku ni sebab dulu selalu aku akan rasa nak teruwek! bila tertelan serat-serat berselirat.hahaha. makan limau macam baby je ;p
aku suka bila aku kopek limau tu, ianya nampak bersih!

ulasnya yang cantik
limau mandarin bila sudah di kopek dan di buang serat-seratnya. ulas-ulasnya kelihatan cantik dan boleh di makan ulas demi ulas tanpa ada sisa-sisa putih contoh seperti gambar di bawah ada serat putih dan ulas tidak dapat di keluarkan dengan cantik ;p wah! cerewetnya aku ;p



aku suka ulas yang macam gambar kat bawah ni la ;)


haa..ulas macam ni kan cantik!

masam-masam manis
rasa limau mandarin masam-masam manis dan ianya lebih manis berbanding oren sunkist. aku suka la buah manis-manis ni sebab aku pun manis orangnya.hahaha. ops..abaikan ;p

limau mandarin berkotak-kotak
masa limau mandarin banyak di pasaran ni la aku suka beli limau banyak-banyak. aku beli je yang dalam kotak tuh. senang dan banyak.hehe. setiap tahun mesti aku beli beberapa kotak. 1 kotak untuk rumah aku semestinya dan kadang-kadang beli untuk bagi kat orang. kadang-kadang bagi kat orang yang buat jamuan, buat balik kampung. hari tu aku pegi lawat adik-beradik aku, jenuh pikir nak bawak ole-ole apa, dah tu aku beli je limau mandarin sekotak.hehe. senang dan semua hepi. aku pun hepi boleh tumpang makan sekaki.hihihi. anak buah aku si kecik adam (umur 4 tahun) tuh terus melepek manja-manja ngan aku lepas dapat limau.haha. alya (umur 5 tahun) pulak, terus peluk-peluk aku. aku rasa di sayangi oleh kanak-kanak riang yang hepi.wahahaha. 

sumber vitamin c
limau mandarin di kategorikan di bawah buah-buahan sitrus. di mana buah-buahan sitrus ini kaya dengan vitamin c. vitamin c sangat baik untuk sistem imun kita dan juga sangat baik untuk memperbaiki struktur kulit. jadi tak perlu suntik-suntik vitamin c yang mahal-mahal tu, makan la buah sitrus macam oren, limau dan lemon.

sustained release vita-c shaklee
1- membentuk kolagen
- merangsang pembentukan kolagen. kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2- memperbaiki simptom pendarahan 

-kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3- peningkatan sistem imun 

- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

4- memerangi kanser 

- ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.


5- mencantikkan kulit  
- pengambilan vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.

6- memperbaiki insomnia  
- ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. mengekalkan 

7- kolestrol sihat  
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


untuk pesanan
nak cuba, nak borak-borak, nak consultation free boleh hubungi aku seperti berikut:
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971
      


8 comments:

Yusuf Ahmad said...

Nice info. Menarik. Jika ada kelapangan jemputlah datang ke blog saya doknganga.blogspot.com

edogawa conan said...

hehe.thanks yusuf ahmad :)
inshaAllah :)

Syahidah Fadilah said...

perkongsian yg bagus :)
btw sy singgah & follow cni :)

edogawa conan said...

terima kasih syahidah fadilah :)
semoga bermanfaat :)

AsmaLia AS said...

Blogwalking ;)

Mas Bintang said...

nice share

edogawa conan said...

asmalia as:
thanks :) moga bermanfaat :)

mas bintang:
moga bermanfaat :)

Noval Bintang said...

bermanfaat kok :)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates