Friday, 10 January 2014

kecutkan jerawat dengan tomato

assalamualaikum..

pagi-pagi ni aku buat masker tomato.hihi.
jom korang, aku nak share khasiat tomato untuk kecantikan kulit :)

sebelum ni aku ada share pasal teh hijau.


solanum lycopersicum
tomato adalah sejenis buah atau beri yang berwarna merah atau nama saintifiknya solanum lycopersicum. berasal daripada andes selatan amerika dan pertama kali di gunakan di dalam masakan di mexico. tomato di ambil dengan pelbagai cara termasuklah memakan mentah atau sebagai ramuan masakan seperti sos pasta, salad, minuman dan sebagai hiasan masakan. tomato yang kaya dengan lycopene di mana mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

tomato di makan mentah
tomato yang di makan mentah mempunyai banyak kebaikan untuk memperbaiki testur kulit. lycopene yang terdapat di dalam tomato membantu mencerahkan kulit dan memudarkan parut-parut kecil.
mereka yang mengamalkan tomato mentah dalam diet harian biasanya mempunyai kulit yang lebih lembap, bebas cela dan lebih cerah. tomato boleh di makan mentah begitu sahaja sebagai snek dan ulam atau di buat salad.

tomato sebagai kosmetik penjagaan muka
ramai orang telah sedar akan kebaikan tomato. jadi tidak hairanlah banyak produk penjagaan kecantikan yang berasaskan tomato di pasaran sana. contohnya masker tomato dari watson: 


tomato sebagai masker untuk kecutkan jerawat 
masker muka merupakan rutin dalam penjagaan dan perawatan kulit muka. selain daripada mencuci muka dan mengoleskan pelembap, masker penting untuk menulihkan kembali tektur muka dengan menyerapan nutrien yang optimum. bagi wanita yang sibuk dan berkerjaya, biasanya rutin untuk mendapatkan rawatan masker di spa selalu terganggu dek kesibukan harian. mari kita mencuba masker mudah dan murah di rumah. 

1- masker tomato mentah
cara: pilih tomato yang masak ranum. cuci tomato dan kupas kulit luar tomato yang nipis dengan tangan atau pisau. keluarkan isi tomato dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. ramas atau hancurkan tomato dengan sudu sehingga mengeluarkan lendir. ambil lendir tomato tersebut dan oleskan ke seluruh muka (termasuk leher jika mahu). biarkan kering 20/30 minit. kemudian bilas dengan air bersih. muka akan terasa lebih licin, cerah dan lembap. masker tomato juga bagus untuk mengecutkan jerawat.

2- masker tomato dan putih telur    
cara: kupas kulit tomato yang masak ranum. keluarkan isi tomato dan masukkan kedalam mangkuk. ramas atau hancurkan tomato hingga keluar lendir. masukkan putih telur yang telah di asingkan kuningnya. gaul sebati dan lumurkan campuran tomato dan putih telur ke muka. bilas dengan air bersih setelah 20/30 minit atau hingga kering. kulit akan rasa lebih bersih, tegang dan cerah serta parut-parut halus akan pudar dan jerawat akan kecut dengan lebih cepat.

jika berminat boleh juga cuba masker shaklee :)

tomato sebagai pencuci muka
selain menggunakan pencuci yang sedia siap di pasaran, kita boleh juga mencuba pencuci muka dari sumber semulajadi seperti tomato. caranya mudah, langkahnya hampir sama seperti membuat masker, cuma tidak perlu tunggu kering. oleskan dan scrub tomato ke muka. dan di bilas seperti biasa. hasilnya muka rasa lebih bersih dan lembab. amalkan dengan kerap untuk kesan yang menakjubkan. 

alternatif untuk atasi jerawat:
1- B-complex
B-complex mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2- sustained release vita-C
sustained release vita-C ialah antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.vita-C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, vita-C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3- vita-E complex


vita-E complex merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. kajian menunjukkan pengambilan vitamin-E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UV. 

selain 3 set ini juga di sarankan untuk mencuba:

1- esp soy isolate 

ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

2- GLA complex

GLA complex adalah berfungs untuk menstabilkan hormon badan. salah satu punca jerawat juga adalah hormon yang tidak stabil. jika mengalami jerawat yang teruk, pengambilan GLA complex amatlah di sarankan.

# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

lagi tentang atasi jerawat:


2 comments:

Muzai Samilan said...

2-3 menjak ni jerawat halus naik kat muka.. haishhh hormon pertambahan usia kot ... :(

edogawa conan said...

muzai samilan:
boleh la try buat masker tomato :)
ataupun kalo nak try set shaklee pun boleh.
untuk jerawat yang tak banyak boleh try set b-complex, vita-c dan vita-e :)

vita-e bagus untuk parut. best :D
saya guna semua b-complex, vita-c, vita-e, esp dan gla complex :)

alhamdulillah kulit makin ok n parut makin pudar :)
jerawat pun senang kecut kalo rajin buat masker ;)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates