Saturday, 11 January 2014

kecutkan jerawat dengan kulit kayu manis

asalamualaikum..

hari ni aku nak kongsi dengan korang khasiat kulit kayu manis yang manis macam aku.hihihi ;p

kulit kayu manis
kulit kayu manis adalah sejenis rempah-ratus yang berasal dari Sri Lanka tetapi banyak di import dari China dan Indonesia. nama saintifik bagi kulit kayu manis ialah cinnamomum zeylanicum. penggunaan kulit kayu manis tidak asing lagi dalam bidang masakan dan juga perubatan. jom kita terokai kisah kayu manis ini.


kulit kayu manis sebagai rencah dalam masakan
kulit kayu manis biasanya di gunakan sebagai rencah menumis untuk sup daging dan ayam (menambahkan lagi rasa sedap ayam dan daging), untuk rencah kari, sebagai perasa dalam pastry (roti dan kek) dan pelbagai masakan yang enak lagi.(huhu.tetiba rasa lapar, sebab tu tak mau sebut banyak ;p )

kulit kayu manis sebagai mata wang
pada suatu masa dulu, kulit kayu manis sangat bernilai sehingga rempah-ratus di gunakan sebagai mata wang. pada kurun pertama masihi, nilai kira-kira 350 gram kulit kayu manis bersamaan dengan nilai kira-kira 5 kilogram perak.

kulit kayu manis sebagai pengawet
hahaha.seram bukan? orang mesir purba telah lama menerokai akan penggunaan kulit kayu manis. mereka menggunakan kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia. rempah ini juga di gunakan untuk mengawet makanan supaya tahan lebih lama dengan mencegah daripada cepat busuk dan rosak.  

kulit kayu manis sebagai minyak aromaterapi
kulit kayu manis juga di dapati dalam minyak sejat yang di estrak dari rempah-ratus ini. akan tetapi, minyak estrak dari kulit kayu manis ini mempunyai bau dan wangian yang kuat dan menyengat deria hidung serta boleh menekan sistem saraf utama. jadi pengambilannya sebagai rawatan hendaklah melalui nasihat daripada doktor bertauliah. tetapi hari ini ramai pengeluar barangan mengambil estrak kulit kayu manis dalam dos yang rendah sebagai minyak aromaterapi untuk mendapat kesan menenangkan dan menyegarkan bau tempat tertutup ataupun rumah. dan tidak hairan juga ada yang menggunakannya sebagai pewangi.

kulit kayu manis sebagai ubat
dalam pengubatan ayurveda di india, kulit kayu manis di gunakan untuk mengubati diabetes, selsema dan masalah pencernaan. dalam pengubatan cina pula ia di gunakan untuk mengubati selsema, loya, batuk, senggugut dan cirit-birit. kajian juga menunjukkan pengambilan kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat dan masalah jangkitan saluran urinari dan kulat.

kulit kayu manis untuk langsing
sebagai sejenis rempah-ratus, kulit kayu manis bertindak sebagai ramuan untuk meningkatkan metabolisma tubuh badan. sebagaimana kita tahu, kadar metabolisma menentukan kadar pembakaran kalori sehari-hari. semakin tinggi kadar metabolisma, semakin tinggi kadar pembakaran kalori. pembakaran kalori yang optimum penting dalam membantu kita untuk membakar lemak dan untuk tampil kurus dan langsing.   

kulit kayu manis mengecutkan jerawat dan pudarkan parut
kulit kayu manis juga boleh di gunakan untuk perawatan muka iaitu untuk masker. selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. 
cara membuat masker kulit kayu manis:

peringatan!!! masker kulit kayu manis akan memberi kesan pedih pada muka. 
di nasihatkan menggunakan dengan lapisan atau bancuhan yang nipis untuk permulaan atau untuk yang mengalami masalah muka yang teruk. tidak di galakkan untuk di gunakan pada kulit yang mempunyai luka. jika sangat pedih, cepat-cepat cuci muka dengan air bersih. penggunaan di bawah risiko sendiri. jadi, cuba oles sedikit dulu sebelum ratakan ke seluruh muka. tidak di galakkan untuk kulit sensitif.

1- masker kulit kayu manis
caranya: kulit kayu manis boleh di asah untuk mendapatkan serbuknya atau lebih senang, beli kulit kayu manis dalam bentuk serbuk di pasar raya. ambil sedikit serbuk kayu manis dan bancuhkan dengan sedikit air. lepas itu, sapukan ke muka dan tunggu hingga kering sebelum di bilas dengan air bersih.

serbuk kulit kayu manis
ada je dalam paket kat giant or tesco

2- masker kulit kayu manis dan bedak sejuk
caranya: campurkan sedikit serbuk kayu manis dan bedak sejuk dan bancuh dengan sedikit air. nisbah serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk bergantung kepada tahap keadaan kulit. bagi mengurangkan tahap pedih, lebihkan bedak sejuk berbanding serbuk kulit kayu manis. lumurkan bancuhan dan bilas setelah kering.

3- masker kulit kayu manis dan madu
caranya: campurkan sedikit serbuk kayu manis dan madu (nisbahnya sila rujuk nisbah untuk bedah sejuk). jika campuran terlalu likat boleh di tambah sedikit air. setelah itu, oleskan ke seluruh muka dan cuci dengan air bersih setelah kering. 

alternatif untuk atasi jerawat:
1- B-complex

B-complex mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2- sustained release vita-C
sustained release vita-C ialah antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.vita-C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, vita-C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3- vita-E complex


vita-E complex merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. kajian menunjukkan pengambilan vitamin-E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UV. 
vita-E complex juga bagus untuk memudarkan parut. selain di ambil secara oral, boleh di gunakan sebagi masker.

selain 3 set ini juga di sarankan untuk mencuba:

1- esp soy isolate 

ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
ESP jika di gunakan sebagai masker bersama yogurt asli sangat bagus untuk mengecutkan jerawat.

2- GLA complex

GLA complex adalah berfungs untuk menstabilkan hormon badan. salah satu punca jerawat juga adalah hormon yang tidak stabil. jika mengalami jerawat yang teruk, pengambilan GLA complex amatlah di sarankan.

# Page FB: Healthy and Beauty Store

# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

lagi tentang atasi jerawat:


5 comments:

Siti Aisyah said...

Kalau yg kulit kayu manis cmpur bdak sjuk tu.nk pkai smalaman xpe ke?

edogawa conan said...

bleh je.kalo sy rajin sy pakai semalaman.biasa sy taruk bedak sejuk utk kurangkn rasa pedih je :D

nur fatihah muhamad noor said...

Salam. Kalau masker kulit kayu manis dgn bedak sejuk tu pakai tetiap hari boleh ka?

edogawa conan said...

boleh cuba kalo nak n tgk sama ada kulit ada iritasi ke x. tp biasanya masker di galakkan pakai 2 @ 3kali seminggu je.
disclaimer: sy bukan doktor.hihi. bleh cuba, tp kalo kulit sensitif tidak di galakkan.sbb kulit kayu manis kuat kesannya n rasa pedih. risau ade iritasi kulit :)

mira mayra said...

klu pakai kulit kayu manis je.. sampai satu malm ok ke? ade effect x?

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates