Monday, 30 December 2013

zon bebas jerawat

assalamualaikum..

kali ni aku nak cerita pasal musuh kecantikan yang paling di benci di muka bumi ini, iaitu jerawat!

sejarah aku dah jerawat
masa muda-muda (sekarang aku dah 27tahun okeh) muka aku tak ada la flawless sangat. kadang-kadang jerawat datang ugak menyebok kat pipi yang suci tanpa dosa itu.
tapi tak ada la teruk sangat.
awal-awal baligh tu, ade la jerawat besar-besar yang menyakitkan tumbuh dua tiga biji. dan ada la parut sket-sket di sebabkan tangan aku ni gatal nak belai n picit dia.

aku nak kulit gebu (konon)
kira-kira 3 tahun lepas, aku kononnya nak menuju ke arah kulit gebu dan cantik la. dah keje n ada duit sket tuh, aku spend la duit sket beli produk kecantikan yang kat toko-toko jamu.
aku teruja la awal-awal tu sebab kulit aku macam makin cantik.
dah tuh, sampai beberapa ketika tu, aku ni jenis malas sket nak buat benda ikut rutin (kata nak cantek, poyo je!), aku stop telan produk tuh.
so, akibat dari itu, telah berlaku kejadian yang tidak aku ingini. jerawat naik mencanak-canak. aku geram sungguh! dan terjadilah parut-parut yang banyak di wajah. aku sedih.
nasihat aku: jangan sesekali guna produk tanpa piawaian oleh pihak berwajib. risiko di bawah tanggungan sendiri :p

research tentang penjagaan muka
aku suka kalo nak buat research pasal benda-benda berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan ni.
lebih-lebih lagi sekarang maklumat hanya di hujung jari. suka la aku.hehe.
aku banyak search pasal tips penjagaan muka, rutin penjagaan harian etc. meh sini aku kongsi apa yang aku jumpa iaitu cara untuk atasi jerawat :)

jangan sentuh muka
pada jari-jari kita terdapat banyak kuman yang tidak terlihat pada pandangan mata. kita guna tangan untuk buat kerja-kerja, sentuh sana sini dan termasuklah muka.
selalu menyentuh muka, membantu menyebarkan kuman ke kulit muka dan menyebabkan tumbuhnya jerawat.
ya, kadang-kadang kita suka nak sentuh muka kita. nak rasa gebu ke menggerutu.hihi. tapi ingat! tabiat itu tidak baik untuk kulit. tapi hanya baik untuk pembiakan jerawat. oh tidak!
jadi, kurangkan atau jangan sentuh muka. bak kata pepatah, "kau tak sentuh, jerawat malu nak tumbuh!" (bagus tak pepatah aku?kihkihkih)

jangan picit jerawat
jika muka kita di jengah jerawat, jangan sentuh, apatah lagi picit dengan tangan. nasihat kat tangan awal-awal jangan ganggu jerawat itu, nanti dia akan buat haru! kontrol nafsu nak picit jerawat okeh! (nasihat untuk aku ugak.hihi) 

tapi..kalau nak picit jugak, pastikan:
1- cuci muka dengan bersih sebelum picit jerawat
2- balut atau lapik jari dengan tisu (jangan sentuh direct)
3- sterilekan bekas jerawat dengan alkohol/toner selepas picit jerawat untuk matikan kuman
4- letak ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide 2.5%/5%/10% selepas picit jerawat contoh brand: oxy

jangan terlalu kasar
jangan bertindak kasar ke atas kulit muka kita. ketika mencuci muka atau menyapu pelembab, sentuh muka dengan sentuhan yang paling lembut yang boleh.
ini adalah untuk meminimakan iritasi atau kerengsaan yang menjadi penyumbang kepada pembentukan jerawat, kerana bila ada kerengsaan pada kulit, kuman akan masuk dan jerawat akan tumbuh.
sifirnya amat mudah kerengsaan + kuman = jerawat. boleh rujuk acne.org untuk details.
jadi di sini, scrub adalah tidak di galakkan untuk kulit berjerawat atau sensitif.
kita juga di sarankan untuk menggunakan pencuci muka yang bersifat lembut untuk penggunaan harian.

jangan lupa minum air
minum air kosong dengan banyak membantu kita mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat. salah satu punca jerawat adalah di sebabkan toksin yang banyak di dalam badan.
jadi minum air yang banyak untuk detox dan menyah toksin.

jangan lupa cuci muka
cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dan jangan lupa cuci muka sebelum tidur. jangan kerana letih, kita terus tertidur tanpa mencuci muka terlebih dahulu. pagi esok, mungkin kita akan di kejutkan dengan jerawat.

jangan lupa pakai pelembab
jangan abaikan pelembab. mitos yang selalu kita salah anggap adalah, muka berjerawat @ berminyak tidak boleh memakai pelembab. pelembab itu penting! untuk semua jenis kulit kerana kita hilang lembapan kulit sepanjang hari. 
tapi bagi kulit berminyak atau berjerawat di sarankan menggunakan pelembab berasaskan air, bukan minyak. pelembab penting untuk memastikan kulit kita lembab, melambatkan kedut dan membekalkan nutrien kepada kulit.

2 jenis pelembab yang di syorkan oleh Dr Mehmet Oz di dalam bukunya You Being Beautiful:

pelembab malam:
di waktu malam kita perlu restore semua nutrien yang di perlukan oelh kulit. di sarankan guna pelembab yang mengandungi vitamin C dan vitamin A.

pelembab siang:
di waktu siang hari, gandakan perlindungan kulit kita. kerana boleh di katakan sepanjang hari kita terdedah kepada sinar UV sungguhpun kita hanya berada di rumah.di sarankan menggunakan pelembab yang mengandngi SPF untuk perlindungan UV yang effectif dan juga mengandungi vitamin C, vitamin B3, B5 dan vitamin E. UV adalah penyumbang kepada kerosakan kulit masa kini.

alternatif untuk atasi jerawat:

1- B-complex
B-complex mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2- sustained release vita-C
sustained release vita-C ialah antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.vita-C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, vita-C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3- vita-E complex


vita-E complex merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. kajian menunjukkan pengambilan vitamin-E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UV. 

selain 3 set ini juga di sarankan untuk mencuba:

1- esp soy isolate 

ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

2- GLA complex

GLA complex adalah berfungs untuk menstabilkan hormon badan. salah satu punca jerawat juga adalah hormon yang tidak stabil. jika mengalami jerawat yang teruk, pengambilan GLA complex amatlah di sarankan.

testimoni set kulit cantik:



# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971


2 comments:

Zana Adieyza said...

PM harga :)

edogawa conan said...

which one nak? :)
boleh refer kat FB details.hehe.
pm kat FB :D

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates