Friday, 27 December 2013

senaman kardio dan kempis

assalamualaikum..

hari ni aku nak cerita tentang senaman kardio atau dalam bahasa omputihnya dorang cakap 'CARDIO WORKOUT' :)

apa itu senaman kardio
senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensiti tertentu.

contoh-contoh senaman kardio
apa sahaja senaman yang akan membuatkan jantung kita berdegup laju daripada biasa dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa, di panggil SENAMAN KARDIO.
contohnya, berbasikal, jogging, bermain futsal, berenang, berlari dan skipping.

senaman kardio dan kempis
dengan senaman kardio, kita boleh membakar kalori dan seterusnya menonjolkan otot-otot pada badan kita dan sekaligus perut kita akan kempis. tapi kenapa senaman kardio bukan sit up ke?

apa kata KELVIN ZAHRI?
"Prinsip mudah yang anda harus pegang sampai bila bila ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda, tapi jika otot otot diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut akan kelihatan? Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran kalori seharian anda."

aku dan senaman kardio
semenjak 2 3 menjak umur menjangkau angka 30-an, metabolisma aku makin menurun dan perut aku makin mem...(paham-paham sendiri :p)
setelah mendengar pandangan kelvin zahri aku telah memulakan rutin aku membuat senaman kardio.
aku memilih fitness blender sebagai jurulatih persendirian aku di rumah :p
dan aku siap-siap subscribe channel tersebut untuk rujukan aku di masa hadapan.hihi.

video senaman kardio pilihan aku
"quick sweat cardio workout to lose weight and burn belly fat fast" - by fitness blender  


kenapa aku pilih video ni?
1- walaupun video ini hanya 8.09 minit sahaja. 
ia sudah membuatkan badan aku berpeluh-peluh.hihi. best. rasa fresh lepas tu.
sebab aku ni jenis susah berpeluh, so aku pilih yang quick sweat la.

2- sebab video senaman macam ni senang nak buat kat rumah. tak perlu peralatan senaman yang canggih. tak perlu ruang yang luas. senang dan berkesan! :)

3- walaupun hanya 8.09 minit, ia sudah boleh membuatkan kita termengah-mengah dan berpeluh. tapi kalau masih tidak rasa puas hati, boleh ulang senaman atau pilih senaman yang lain dengan duration 30minit pun ada. 
tapi buat permulaan aku suggest video macam pendek untuk yang stamina tak kuat atau dah lama tak bersenam. selepas tu, korang boleh tambah masa ikut kemampuan.

4- nasihat aku, jangan paksa diri sangat. tapi cuba yang termampu. sebab tidak baik untuk otot-otot kita juga kalau kita paksa diri. nanti otot akan cedera di sebabkan senaman yang mengejut atau terlalu berat melebihi kemampuan. kita bukan senaman untuk mati, tapi untuk sihat.hihi. 
apa yang penting sikit tapi berterusan aka istiqamah :)

alternatif untuk kempis
alternatif untuk kempis, korang boleh cuba supplement semulajadi untuk kesihatan.
antara produk shaklee untuk kempis, kurus dan langsing adalah:

konsep tiga B: bakar-buang-bina
1- bakar lemak:
lecithin/omega guard shaklee
bertindak sebagai pembakar dan pemecah lemak serta kolesterol.

2- buang lemak
alfalfa complex/herblax shaklee
bertindak untuk membuang lemak dan toksin dalam badan
3- bina otot
cinch/esp soy protein isolate powder
bertindak membina otot dan mengelakkan kulit dari menggeleber
note: kurus bukan semata kurus. tapi pilihlah kurus sihat. jom kita sama-sama berazam untuk tampil sihat dan cergas! :D


6 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

senaman paling penting, hoo, jom kita bersenam

edogawa conan said...

yoo..jom! :D

nurin nadhirah said...

superb! berpeluh dlm masa 2 minit.pheww !

Jay Maxiejay said...

iya bro.. senaman tu sangat penting.. seminggu paling kurang 3 hari.

elis rahma aisyah said...

senaman aku tiap hari 4 menit cukup
Home Gym 2 Sisi , Treadmill Elektrik , Alat Fitnes Lari

Aisyah Ghazi said...

Salam admin, utk lose weight, admin recomend banyak buat cardio or banyak buat weight?
Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates