Saturday, 14 December 2013

lirik berpuisi peralatan muzik hi-tech


assalamualaikum..

korang suma!!!
silakan baca lirik lagu di bawah!
hahaha. ade unsur paksaan di situ kan?hihi.
jangan takot! aku kan budak baik hati :p

BACA! baca! BACA!

tajuk lagu: generasiku
lagu oleh:  blackmore + lord + glover + paice + yusry + edry
lirik oleh: norman

yeah!
it's me again dengan satu new tempo
siang malam gegar speaker di radio
bila beatman bagi greenlight go
mc normy dan KRU akan ligat macam yo yo
rap!
is KRU punya konsep
lirik berpuisi peralatan muzik hi-tech
canggih!
KRU takkan letih
rap all night walau berpeluh pun tak boleh
hentikan!
bcuz the kru is on the run
microphone is my gun
mat jiwang tak terlawan
kerana beat nie keras mereka mesti rimas
tetapi penyokong KRU akan semakin cergas
ok pass!
aku sudah lepas da first task
bersedia untuk rangkap kedua sebelum terlepas
bersatu kita teguh bercerai kita roboh
kalau ready kata yo!
konsep hard rap kita bo!
***
Generasiku
Go!Go!Go!Go!
dari bandar ke bandar konsert KRU sedang bergema
menggegarkan irama rap dari J.B. ke Kangar
seperti pendekarku tewaskan lawanku
lirikku ilmuku dan lidahku kerisku
cool!
cuz I'm all about the demo
beat bermula aku kan buka step solo
dance!
this is the masterplan
aku berdiri depan band
aku pakai ray ban
yo trend!
ini lagu generasiku
ini lah masaku masa untuk KRU
ini KRU pesanan kepada lu
penyokong KRU
I really love Y.O.U.
you know it's true,bersama kita maju
untuk mencapai impian kita perlu bersatu
bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh
kalau ready kata Yo! Konsep hard rap kita bo!
***
yeah?
generasiku
go! go! go! go!
check it out,
cause I'm all about the demo
siang malam gegar speaker di radio
bila beatman bagi greenlight go
beat bermula, aku'kan buka step solo
dance!
this is the masterplan
aku berdiri depan band aku pakai rayban
seperti pendekar ku tewaskan lawanku
lirkku ilmuku dan lidahku kerisku
rap!
KRU takkan letih
rap all night
walau berpeluh pun tak boleh
hentikan!
bcuz the kru is on the run
microphone is my gun
mamat fit tak terlawan
bersatu kita teguh bercerai kita roboh
kalau ready kata yo!
konsep hard rap kita bo!
generasiku?
go! go! go!


DAH SIAP BACA???
ok jom kita pekena kopi O dulu. slrrp..hahaha.

sekarang aku nak tanya, apa korang paham dari pembacaan korang? 
(gaya chekgu besau) 
#jangan takot!chekgu besau tak garang okeh, chekgu bahasa inggeris je garang :'(
(memori tragis hidup aku.hahaha)


AKU DAN LIRIK 

kalau korang nak tau, aku sangat suka puisi dan perkara yang sewaktu dengannya (sajak, lirik etc)
jadi, bila aku dengar lagu, aku tak peduli sangat pasal melodi dia ke tempo ke (bukan aku paham menda alah ni suma pon :p), 
aku akan fokus pada menghayati LIRIK LAGU.
kerana di situlah letaknya NADI sesebuah lagu, itu bagi aku la :p

jadi, berbalik pada lirik kat atas, BEST kan lirik tuh?
walaupun bahasanya agak campur aduk (bahasa pasar, english dan bahasa melayu), tapi yang menariknya tentang lirik lagu ni bagi aku, keseragaman ritma di hujung lirik-lirik tersebut.

bukan mudah tau nak buat lirik atau puisi dengan ritma yang seragam atau sama di belakang,
dan sekaligus memuatkan semua perkara yang ingin di sampaikan oleh penulis.
cewah, aku bagi ulasan bajet macam sasterawan negara lak.lalalala :p


AKU DAN KRU

aku dan KRU??? macam glamer je kan tajuknya. seolah-olah aku ni kenalan rapat KRU lak.hihi.
MEMANG pon! korang tak caya??? 

KRU adalah ADIK-BERADIK aku! ;)

nama penuh aku (first time aku bukak identiti aku kat blog ni) SURIATI BINTI ABDUL HALIM.
nama penuh ABANG-ABANG aku tuh:
NORMAN BIN ABDUL HALIM
YUSRY BIN ABDUL HALIM
EDRY BIN ABDUL HALIM

tengok! tengok! TENGOK! terpampang BUKTI di depan mata.hahaha. (berangan kan hobi aku ;p)

ok...ok..ok..masa untuk serius.
kat sini aku nak cerita apa yang aku kagum pasal KRU.

aku bab-bab artis ni xde la CEMERLANG sangat. paling canggih pun kalo aku tau pasal gossip dorang, contoh, dorang dah kawen setengah tahun baru la aku tahu. dorang dah cerai beberapa tahun baru la aku terima berita sedih tu. tapi yang CEPAT sampai berita artis kat aku, selalunya pasal KEMATIAN dorang. ish..dasatkan aku nih :p 
(KEMATIAN itu satu peringatan untuk kita yang tak henti-henti kejarkan KEHIDUPAN :) )
lol amenda la aku merepek nih. sorry la erk :p


KEKAGUMAN aku kat KRU:

1- kelincahan di pentas
aku kenal KRU masa zaman aku budak-budak lagi, sebab kakak aku tuh giler artis. so masa kecik-kecik walopun aku ni bukan spesis gila artis, tapi dari kecik aku dah DI BRAINWASH oleh kakak aku.

nak tak nak segala macam perkembangan artis, lagu-lagu artis, gosip-gosip artis aku tahu. walopun aku tak baca pasal artis, tapi aku ni TERPAKSA menjadi PENDENGAR SETIA kakak aku membuat liputan tentang artis.hehe.

bila aku tgk, KRU berentap kat pentas. cara dorang menari buat budak jakun macam aku ni KAGUM!
dan masa tu, banyak lagi rakan sebaya (sezaman) KRU yang menari macam dorang, macam 4U2C (yang aku ingat dia ada AC Mizal.haha). selain suka tengok dorang menari SERENTAK aku juga suka tengok pakaian dorang yang macam SERAGAM. lol nampak sangat aku ni SKEMA orangnya ;p

moral of the story: SKEMA ni bagus, skema tandanya KEMAS :)


2- kekentalan dalam industri muzik
korang ingat senang ke nak bertahan dalam industri hiburan kat MALAYSIA ni lagi-lagi untuk kekal dalam satu KUMPULAN. aku yang tak berapa amik pot pasal artis ni pun tahu, susah nak bertahan dalam industri hiburan ni. 
tengok la ramai artis yang gembak di awal-awal pembabitan, last-last dorang kecundang (pergh..aku bombastik aku ;p) 

artis berkumpulan lak bukan senang nak kekal dalam satu kumpulan, dari awal hingga akhir.
ramai je kumpulan berpecah-belah dan bertukar ganti ahli.
tapi aku tengok, KRU still macam tu, kekal dalam satu KUMPULAN dan
korang tengok la sampai sekarang sorang still bertahan, malah dah cipta kejayaan macam-macam.
bukan setakat lagu, ada filem, ada artis naungan dan banyak lagi (korang google la sendiri ;p)

moral of the story: kalau nak berjaya, kita mesti kental, dengan apa pun cabaran dan rintangan :D


3- kekalisan dengan gossip
walopun di landa GOSSIP, macam Norman, Yusry, (aku tak nak sebut la menda tak best)
tapi dorang still gagah mencipta KEJAYAAN dorang dalam industri hiburan. dorang pun tak de la nak melatah lebih-lebih sangat kalo ada gosip melanda. mungkin ugak sebab dorang laki.
aku tengok artis lain, sesetengah tu, gebang kencang ngan gossip, last-last HAREM xde pencapaian menda pon. lol MULUT aku dah macam joyah GOSSIP artis lak.hahaha.

moral of the story: kalau nak hidup tenang n bahagia, otak kita mesti kalis dengan benda-benda negatif, atau benda-benda yang tak mendatangkan faedah buat kita. dengan itu, baru kita mampu bertahan dalam hidup yang penuh rintangan ini.hihi.


ok..aku dah abes citer dah. 

nota: dalam apa juga keadaan, untuk BAHAGIA dan BERJAYA, kita kena fokus benda-benda yang POSITIF sahaja, sungguhpun bila bercerita perihal ARTIS.
tengok! kan aku siap selitkan MORAL OF THE STORY untuk korang amik manfaat.hee. hahahaha. papai korang. :D 


2 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

entry yang bagus, lepas ni kita pulak nak jadi jutawan macam KRU

edogawa conan said...

ameen :D

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates