Saturday, 21 December 2013

kepentingan KALSIUM


assalamualaikum..

hari ni aku nak dedahkan korang dengan KEPENTINGAN KALSIUM :)

kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan bersama 20 cerita menarik tentang kalsium ini.
1- kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
2- kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
3- keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang
4- pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
5- bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
6- pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
7- kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
8- oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
9- pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
10- segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
11- bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
12- makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
13- kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
14- untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
15- kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
16- kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
17- tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
18- kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
19- kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
20- untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

haa..banyak kan KEPENTINGAN KALSIUM ni :)
aku ambil kalsium bukan sebab aku dah sakit-sakit ke apa, tapi MENCEGAH kan lagi baik dari MERAWAT :)
aku kadang-kadang terlalu obses dengan kesihatan dan kecantikan.hihi.
tapi tak salah kan kita menjaga kesihatan dari awal. lebih awal itu lebih baik. tapi kalau sekarang kita dah berumur pun, masih tak terlambat nak mula dari sekarang. yang penting KESEDARAN dari dalam diri kita.

aku sayang diri :) korang bila lagi.hihihi :D 



1 comment:

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Akibat kekurangan kalsium

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates