Monday 30 May 2011

Tuhan..baru hari ini aku terasa bebas

Tuhan..hari ini hatiku terasa lapang. bebas dengan belenggu ikatan dengan manusia. hatiku bebas berlagu riang. tidak perlu lagi ku peruntukan masa rehatku untuk menghiburkan hati-hati yang beku.

Tuhan..kini baru ku sedar aku begitu beruntung..kerana aku telah bebas dari belenggu sang manusia. aku..tidak perlu lagi di pertanggungjawabkan untuk menjaga hati dan menghiburkan hati manusia. Tuhan..kini aku bebas tanpa di belenggu oleh manusia yang dahagakan kasih sayang. kasih sayang membuatkan manusia menjadi tamak dan pentingkn diri sendiri. kerana terlalu tamakkan kasih sayang, aku terpaksa memberi kasih sayang kepada manusia supaya manusia kekal berada di sampingku. betapa aku serba salah dengan keadaan ketika itu. aku terpaksa mengetepikan kepentinganku untuk manusia yang dahagakan kasih sayang. kini..aku bebas. manusia dahaga biarkan berlalu pergi saat di temui sumber kasih sayang yang baru. sumber yang lebih baik. dan hari ini aku lepaskan tanggungjawab yang memberat di pundakku sejak sekian lama. hari ini aku terasa bebas..bebas dari tanggungjawab yang membebankan hati.

Tuhan..masaku kini hanyalah untuk menghiburkan dan menjaga diriku dan menjaga manusia yang tidak tamak. kasih sayangku hanya sedikit, tidak mampu ku penuhi segala keperluan manusia yang terlalu dahagakan kasih sayang. kasih sayangku hanya sekelumit, tidak mampu menghilangkan kedahagaan itu. hanya sekadar menjadikan manusia semakin haus dan tercari-cari kasih sayang. dan sesudah menjumpai sumber yang kaya dengan kasih sayang, manusia yang dahaga pasti akan berlalu pergi. itu sesuatu yang pasti. tidak ada yang perlu sesiapapun ragukan lagi. aku relakan manusia itu pergi. tidak ingin ku lihat dia terseksa kehausan kasih sayang lagi. aku tidak ada apa yang di perlukan oleh sang manusia. aku tidak mampu memenuhi segalanya. kerana aku adalah manusia yang miskin dengan kasih sayang.  

Tuhan..baru hari ini pundakku terasa ringan dengan bebanan. setelah sekian lama ku bawa pundak yang memberat di hati. baru hari ini berjaya ku lepaskan diri dari bebanan perasaan yang mendera kekuatan. syukurku padamu Tuhan..di temukan dengan ketenangan dan di lapangkan hati dari bebanan dunia yang sekian lama melemahkan kekuatan hatiku. 
Read More

Tuhan..aku ingin bangkit dengan semangat hari ini

Tuhan..perjalanan hidup seakan bersimpang siur. aku makin keliru dengan perjalanan hariku. seolah-olah aku tidak lagi mampu mengerti masih hidup atau sudah tidak bernyawa jasadku ini. helaan nafas seakan kosong..tanpa sekelumitpun rasa. aku makin keliru dengan perjalanan ini. seakan aku sesat sebelum memulakan perjalanan. jalan di depan seakan kabur..aku tidak mampu melihatnya Tuhan..aku tidak mampu mentafsir kemanakah jalan di depan sana akan membawaku pergi.

Tuhan..aku seakan tidak mengerti akan sapaan embun pagi dan tidak mengerti akan lambaian pekat malam. adakalanya terasa malam berdetik terlalu laju dan siang seakan tidak berputar. aku lemas dengan kepenatan yang memamah setiap urat kekuatan. terasa masa untukku sendirian bersama-Mu terlalu singkat, dan aku di buru masa yang terlalu lama dengan kepenatanku menghadapi dunia.
Tuhan..saat ini baru ku mengerti..betapa berharganya waktu lapang sesudah datangnya sibuk yang mendera kemampuan seorang hamba yang hina ini. Tuhan..apakah aku hamba-Mu yang gagal? apakah aku tergolong dalam golongan manusia yang menyesal? Tuhan..sesungguhnya Engkau begitu mengenaliku..aku tidak ingin sesekali merasa apa itu kesal. dan hari ini walau apapun yang telah terjadi dan akan terjadi..aku sesekali tidak pernah merasa menyesal. segalanya adalah pengalaman. pengalamanku mengenali apa itu ertinya kehidupan.

Tuhan..sekian kalinya aku pasrah dengan kehendak ketentuan-Mu. bahagia semalam mengajarku erti tertawa dan air mata semalam mengajarku menyelami apa itu ertinya derita. semalam adalah mimpi yang telah pergi bersama gerhananya rembulan. dan hari esok seakan tidak akan pernah kunjung datang. yang ada dan setia bersamaku sehingga kini adalah hari ini. hari ini yang seringkali setia bersamaku meniti perjalanan yang penuh mencabar. Tuhan..hidupkanlah aku hanya untuk menghadapi hari ini kerana aku telah berjanji pada diriku, akan ku usahakan yang terbaik untuk hari ini. ingin ku buang ngerinya semalam dan ingin ku halau angan-angan esok hari. moga hari ini aku bertapak di alam realiti. tidak lagi di buru fantasi yang sekian lama menipu diri.

Tuhan..hanya Engkau yang menentukan kejamkah aku pada hari-hari semalam atau kejamkah hari semalam yang mengajarku bermain dengan angan-angan.
Tuhan..tertawakah hari semalam melihatku atau aku yang akan tertawa melihat hari semalam mengejekku. Tuhan..ku hargai hari-hari semalam yang telah berlalu namun ku harapkan aku tidak lagi di temukan dengan kenangan hari semalam. biarlah hari semalam berkubur dengan masa. aku tidak ingin lagi di buru ngeri hari semalam. hanya aku dan Engkau mengerti betapa hari semalam memakan kekuatan diriku pada hari ini. jadikanlah aku kuat dengan semangat baru pada hari ini..bukan semangat semalam yang telah menjeratku ke dalam angan-angan. Tuhan..aku ingin berpijak di alam nyata. tolonglah aku..bawalah hari semalam pergi..kerana aku tidak mampu berdiri sendiri selagi hari semalam masih menghantui hati.
maafkan aku kenangan semalam..hari ini aku tidak lagi sudi menjemputmu bertamu di hatiku. maafkan aku kerana tidak lagi bersamamu.namun tidak pernah ku lupa, engkau..hari semalam telah mengajarku apa itu ertinya hidup di alam realiti. hari semalam adalah guru yang paling tegas mengajarku erti kehidupan walaupun aku hari ini tidak ingin lagi di temukan dengan hari semalam. aku ingin bergembira seadanya dengan semangat hari ini.
Read More

Wednesday 11 May 2011

Tuhan..jangan tinggalkan aku..

Tuhan..saat ada yang tertawa bahagia, malamku masih di ulit air mata. tidurku lemas dengan angan-angan..apakah aku akan ketemu bahagiaku bersama-Mu?
Tuhan..aku dan air mataku tidak pernah hilang sungguhpun Engkau selalu bersamaku mendengar ceritaku. 
Tuhan..marilah ku ceritakan hariku penuh cabaran..hanya Engkau dan aku melaluinya. 
Tuhan..malamku tidak setenang semalam..resah saat terjaga di tengah malam yang pekat..sukar ku lelapkan kembali..dan malamku adakalanya di ulit air mata. menunggu Engkau menghiburkan dan akhirnya ceria kembali dengan keyakinan sepenuh hati..bahawa Engkau ada di hatiku.
Tuhan..kenapa masih ada hati-hati yang kejam. tertawa girang melihatku bermain-main dengan air mata. Tuhan..bawalah air mata pergi..aku sudah terlalu penat menangisi hariku..kurniakanlah senyuman manis moga hati-hati yang sedang menangis turut tertawa girang melihat senyumanku. Tuhan..biarkanlah mereka tertawa bahagia..aku redha dan bawalah aku pergi andai tawa mereka menghiris hatiku. aku tidak ingin menganggu saat mereka tertawa bahagia..aku tumpang bahagia. cuma hatiku belum cukup kuat untuk menyeka air mata untuk sekian kalinya.
Tuhan..hanya bahagia buat mereka ku pinta dari-Mu. kurniakanlah bahagia yang mereka cari. walaupun hatiku masih parah. sudah cukup puas bagiku melihat mereka di sekelilingku tertawa bahagia. 
Tuhan..mereka tidak pernah berdosa..hanya aku yang terlalu berdosa, dosaku pada diriku dan pada mereka. sungguh..aku tidak layak untuk kecapi bahagia..cukuplah sekadar dosa-dosaku Engkau ampunkan. aku tidak ingin meminta lebih..cukuplah diri ini suci dari dosa walaupun tidak berkesempatan merasa bahagia..aku redha Tuhan..redha dengan takdir dan pemberian-Mu. sudah cukup bagiku Engkau masih bersamaku..aku sayang Kamu..jangan tinggalkan aku Tuhan..saat yang lain sudah lama meninggalkan aku bersama air mataku.
Tuhan..mereka tidak berdosa..hanya aku yang berdosa..kejam pada diriku dan kejam pada mereka. mereka berhak merasa bahagia..bahawalah mereka pergi dengan bahagianya. biarlah aku tetap disini dengan air mataku..aku sudah cukup bahagia selagi Engkau bersamaku. Tuhan..jangan pernah tinggalkan aku. andainya Engkau tidak pernah menyayangiku..kasihanilah aku Tuhan..tetaplah bersamaku. jangan sesekali tinggalkan aku sendiri. kerana akulah hamba-Mu yang di tinggalkan sendiri..
Read More

Sunday 8 May 2011

Tuhan..kutemui kasih-Mu di hatiku..

Tuhan..hari ini..aku tersenyum dan mampu tertawa riang..saat dengan sepenuh hati ku yakin, aku ada Kamu. dimanakah keyakinan itu datang???hmm..semuanya tidak datang bergolek, keyakinanku pada-Mu bukan datang dalam masa yang sekejap, namun..aku mencari-Mu saat ku mula tahu berfikir..sedari aku kecil lagi. Tuhan..di sepanjang aku mencari-Mu, hatiku selalu di temani-Mu. saat hati bercerita..hanya Engkau dan aku berbicara..

Tuhan..pentas dunia ini penuh dengan permainan yang pelbagai. hingga adakalanya aku di temani air mata yang tidak pernah putus. namun, hari ini ku panjatkan syukur yang tidak terluah oleh deriaku.aku sayang Kamu Tuhan..di manakah kasih seagung kasih-Mu yang mampu menandingi kasih lain di hatiku??? hanya kasih dan sayang-Mu yang ku jumpa di hatiku..Engkau tidak pernah meninggalkan aku, saatku tersungkur atau saatku melangkah dengan gagahnya.  dimanakah kekuatan itu ku jumpa jika tidak dari belas kasih-Mu???

Tuhan..izinkanlah aku bersama-Mu mengecapi kasih sayang ini sehingga ku hela nafasku yang terakhir..

Tuhan..menangiskah aku mengingati hari laluku??? ya..aku masih di ulit air mataku..namun air mataku tidak lagi ku bazirkan untuk menangisi dunia yang penuh ragam ini, air mataku tidak pernah putus saat ku sedari..Engkau tidak pernah meninggalkanku saat ku rasakan sendiri hadapi luka yang gila mendera di hati.  Tuhan..kenapa Engkau masih bersamaku saat yang lain pergi??? aku buntu..memikirkan kesetiaan-Mu bersamaku..sedang aku, selama ini seolah-olah tidak mengenali cinta-Mu dan kesetiaan-Mu. Tuhan..ampunkan aku..mengabaikan kasih-Mu terhadapku.

Tuhan..saat yang lain bingung mencari kasih-Mu aku hanya mampu mengungkapkan betapa kasihan pada hati-hati yang beku..akalnya tidak tercapai untuk memikirkan tentang diri-Mu. Tuhan..bagaimana harus ku bantu mereka mencari-Mu??? hatiku terpanggil untuk menuntun mereka mancari-Mu, kerana aku adalah manusia yang mencari-Mu tanpa lelah sedari aku tanyakan kepada ibuku..dimanakah Engkau Tuhan??? baru kini ku jumpa kasih teragung di hatiku. namun Tuhan..aku masih tertanya..bagaimanakah harus ku bantu mereka mencari-Mu sedangkan ku tahu Engkau begitu dekat dengan hamba-hamba-Mu, namun deriaku tidak mampu meluahkan agar mereka mengerti hingga ku lihat hati mereka beku..bingung memikirkan di mana Engkau. mereka seperti dulunya aku, kebingungan mencari cinta-Mu. bantulah aku membawa mereka mengenali-Mu.

Tuhan..ku panjatkan syukur dan ku persembahkan kasihku kepada-Mu. bawalah diriku bersama cinta-Mu. Tuhan..ku yakin Engkau lebih mengenaliku dan hari-hariku. ku pohon dari-Mu andai aku telah tercipta untuk mencari-Mu dan mencintai-Mu seumur hidupku, hapuskanlah rasa cintaku pada dunia andai cinta dunia membunuh kesetiaanku terhadap-Mu. aku rela bersama-Mu selamanya walau aku hanya punya cinta-Mu di hati.

Tuhan..izinkan aku mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Mu tanpa hatiku di ganggu. Tuhan..memikirkan di luar sana ada hati-hati yang masih mencari bahagia, ingin ku pohon dari-Mu cincanglah hatiku sehalus-halusnya moga serpihan hatiku dapat ku bahagi-bahagikan buat mereka yang memerlukan kasihku moga mereka mampu berasa bahagia. namun Tuhan..saat ku sedar semuanya mustahil, ku pohon dari-Mu, kurniakanlah bahagia buat hati-hati yang kehausan kasih sayang kerana hatiku hanya satu..tidak dapat ku bahagi-bahagikan. kerana hatiku hanya satu..hatiku hanya untuk ku persembahkan kepada-Mu. ampunilah aku Tuhan tidak membuka pintu saat ade yang tidak pernah putus asa mengetuknya..ku pekakkan telinga saat salam di beri dari luar..kerana kunci pintuku telah di jumpai oleh-Mu. dan salam mereka tidak bersambut kerana aku tidak lagi mengerti, salam apakah yang di beri..salam duka atau salam tipuan semata-mata. ampunkan aku Tuhan..aku tidak lagi mempercayai akan salam yang di beri. pintuku hanya Engkau yang mampu memasukinya kerana hatiku hanya untuk-Mu setelah kunciku hanya Engkau yang berjaya menemuinya..saat ini. ku percaya..sehingga ku bertemu dengan-Mu nanti. ku yakin mereka akan pergi..dan bawalah mereka pergi sebelum pintuku terkopak parah di ketuk oleh hati-hati yang gila..ampuni aku Tuhan terlalu sombong untuk membuka pintu.
Read More
Designed By Seo Blogger Templates